Search This Blog

Sunday 26 April 2020

Urban Job.........*

. Dulu ms kecik2 bila cikgu tanya dah besar nak jadi ap ?

2. Kalo lelaki selalunya Polis, Askar,Bomba

3.Kalo perempuan pulak selalunya Cikgu, Doktor, Nurse.

4.Tp kalo zaman IT sekarangnya kita kena sedar bahawa dunia telah berubah

5. Teknologi smartphone dan internat telah mengubah kehidupan kita yang mungkin kita tidak
    pernah  terfikir suatu masa dahulu

6.Walaubagaimanapun sampi sekarang kereta masih di darat. Kereta  terbang masih dalam percubaan

7. Zaman sekarang  telah muncul kerjaya baru yang  berasaakan  internet,IT dan smartphone

8. Antara kelebihan online adalah x perlu menyewa kedai, x perlu tunggu di kedai dan ia beroperasi
     24/7

8.Antara kerjaya  urban zaman sekarang adalah.......................


ONLINE SELLER
    Zaman sekarang ni kebanyakannya customer beli barang online sbb mudah, murah dan
    availabality sbb kdg2  barang yg dicari susah nak jumpa kat kedai. Bg sesetengah org antara
    perkara yang paling happy adalah bila terima bungkusan barangan yang dipesan sampi..




YOUTUBER
     Youtube adalah platform himpunan video seluruh dunia.Anda boleh menjana income dan menjadi
      selebriti dengan menjadi Youtuber. Dengan memiliki subscriber jutaan follower dan  jutaan view
     membolehkan anda memperolehi income dari RM 5,000-RM30,000 sebulan malah lebih
     lagi.Selain income dari youtube mereka mendapat income dari produk yang diiklan dalam video
     pendek yang dihasilkan.. Antara yang Youtuber Malaysia yang terkenal  adalah Kokom ,Syahmi
    Sazali, Zukie dan lain- lain.



Tuesday 3 July 2018

Ekzos Bocor.................

1. Baru- baru ni  ekzos kereta aku bocor.

2. Sindrom yang berlaku adalah ia mengeluakan  bunyi seperti enjin bot lebih- lebih lagi bila ditekan
    pedal.Enjin  pula mengalami masalah kurang pick up

3. Ini adalah pertama kali kes ini  berlaku.

4. Mungkin kerana  faktor usia memandang ekzos ini   berusia  hampir   8 tahun sejak kereta  aku
    diubahusai.

5. Aku  menjangkakan kos untuk memperbaiki ekzos ini  mencecah  ratusan ringgit

6. Syukur  kerana  kebocoran ekzos ini  dibaiki  dengan  menutup dan mencantum ekzos ini dengan
     welding sahaja.

7. Selepas diuji  ekzos ini  ia  berfungsi  dengan  cemerlang.

8. Kos  yang  dikenakan  hanyalah RM 15  sahaja.

Macam- macam  jenis ekzos ada  kat sini..

Sunday 3 June 2018

Game Nintendo 90's

1. Antara kenangan manis kanak2 zaman 90an ialah permainan video nintendo
2. Masa ni X box dgn Playstation blm popular
3. Permainan video masa ni hanya mempunyai grafik yg minimum dan sound yang simple.
4. Walaupun begitu keasyikannya membuatkan kebanyakan pengemarnya sanggup menghabis masa
     berjam- jam  untuk bermainnya.
5. Ini  kerana  semakin tinggi level permainan  semakin susah  untuk  memenangi permainan tersebut.
6. Setiap penghujung level mempunyai bos masing-masing yang memerlukan kepakaran tinggi untuk
     mengatasinya.
7. Bos yang terakhir adalah yang paling susah.
8. Kepuasan bermain terhasil apabila  dapat memenangi semua level.
9. Pada zaman ni tiada  memory card untuk menyimpan level yang dimenangi. Malah ada perminan
     yang mempunyai "nyawa" permainan yang sedikit. Apabila habis nyawa perlu bermain dari mula
     semula.
10. Permainan  pada   zaman  tersebut  mempunyai  pelbagi jenis dan mempunyai keunikan masing-
       masing.
 11. So ini  adalah beberapa  permainan video zaman tersebut yang member impak pada zaman
       tersebut...

Pacman- Game simple tapi ada catchy..

Bomberman - Bom musuh. Tapi pastikan tak bom diri sendiri



Saturday 26 May 2018

Once Upon A time in 90s.. Japan Anime (Pt2)

1. Anime   merujuk kepada  kartun buatan Jepun
2. Kita boleh bezakan anime dengan kartun Barat  berdasarkan bentuk  mata  yang besar, comel
    dan yang penting ada cakap bahasa jepun atau  tulisan jepun pada  montaj atau kredit penerbit
3. Pada era 90an antara negara asia  yang dikagumi di seluruh dunia dari segi ekonomi dan
    teknologi ialah Jepun.
4. Antara  produk keperluan harian jepun yang terkenal ialah Sony, Panasonic, Aiwa (walkman),
    Toshiba dll.
5. Malah Perdana kita masa itu iaitu Tun M telah melancarkan kempen Dasar Pandang ke Jepun
     pada  waktu  tersebut
6. Antara  projek negara  yang berjaya masa  tersebut  adalah pengeluaran Kereta Nasional  Pertama
     iaitu  Proton Saga  hasil  kerjasama  Proton dengan Mitsubishi.
7.Namun bagi aku masa tu yang aku tahu anime atau kartun Jepun banyak mewarni zaman kanak-
    kanak aku.
8. Antara  anime  yang berstatus "Evergren" pada zaman tersebut ialah.....

Dragon Ball Z- Mengisahkan pengembaraan  Goku dan rakan-rakan mencari  7 biji Dragon ball serta menentang  musuh sepanjang  perjalanan  . Kebanyakan musuh yang  di tentang menjadi sahabat Goku.

Macross A.K.A Robotech- Mengisahkan peperangan antara robot atau Mecha di angkasa. Mirip macam Star Wars

Mengisahkan Stig Bernard seorang askar yang membantu penduduk  Bumi  menentang musuh dari angkasa lepas terutamanya robot inbit. Pada zaman tersebut manusia kebanyakan tinggal diangkasa lepas kerana bumi sudah tercemar dan kekurangan sumber hidup.Motor dalam cerita ni boleh bertukar kepada body armour. Cerita ni  merupakan sambungan dari anime  Macross

Thursday 24 May 2018

Once Upon A Time in 90's....Dunia Animasi dan Kartun (Pt 1)


1. Zaman 80an ke 90an adalah zaman  yang unik
2. Zaman ni tiada internet  dan  telefon bimbit hanya digunakan oleh golongan elit dan bersaiz besar
3. Kebanyakan kanak-kanak pada zaman ni menghabiskan masa  dengan bermain bola di padang,
    menangkap ikan, bermain bersama terutamanya waktu cuti
4. Permainan di main mengikut musim. Ada  musim gasing, ada  musim layang-layang, ada musim
    Dash Yankuro, ada musim  main senapang  dll.
5. Tapi  antara  yang paling best zaman ni adalah rancangan kartun yang mewarnai zaman  kanak-
     kanak   90an.
6.  Kartun zaman ni bukan mcm zaman sekarang. Walaupun bukan 3D tapi storyline dan stroke
      lukisan  berkualiti dan  mempunyai  keunikan dan tema tersendiri.
7.  Pengaruh  kartun zaman dahulu  diterjemahkan  pada T-shirt, Beg, permainan Video ,figura aksi
     buku mewarna dan sering menjadi topik bualan kanak- kanak pada zaman tersebut.
8.  Bahkan kebanyakan kartun zaman dahulu dah difilemkan untuk tatapan generasi terkini
9.  So ini  adalah beberapa kartun zaman 80an dan 90an yang berstatus  masterpiece.



Transformers -Cerita robot kenderaan yang boleh bertukar menjadi robot. Pertarungan  antara Autobot dan Decepticon.

Voltron- Kisah gabungan  robot harimau yang menjadi robot besar.

Teenage  Mutant Ninja  Turtles- Kisah  4  ekor penyu (Michelangelo , Donatello , Raphael  dan Leonardo) yang terkena bahan radioaktif dan menjadi seperti manusia dan pandai bermain senjata. Dilatih oleh Splinter, seekor tikus mutasi.

Tuesday 15 May 2018

Renovate House 3.......

1. Hari Isni  lepas aku  membaiki Sistern  @  Tangki simbah bilik air aku yang rosak
2. Namun malang tidak berbau mesin gerudi aku terkena  paip dalam dinding. sewaktu memasang
    bracket sistern.
3. Air mencurah seumpama air hujan memercik ke mukaku.
4.Dengan pantas aku menutup kunci paip bilik air .
5. Aku cuba pecahkan dinding menggunakan tukul dan skru driver besar namun tidak berjaya kerana
     paip tertanam agak dalam
6. Keesokannya aku menghubungi  jiran aku  yang bekerja sebagai tukang rumah  untuk
    menyelesaikan masalah ini menggunakan kepakaran yang dimiliki.
7.Alhamdulillah , masalah berjaya diselesaikan .Paip baru di buat dan   sistern berfungsi dengan baik.
8. Kontraktor meletakkan harga sebanyak RM80 namun aku membayar RM100 kerana berpuas
     hati dengan  kerja dibuat dan memikirkan tahap kesukaran kerja terutamanya menebuk dinding
     yang keras.
Dinding yang digerudi

Paip yang terkena gerudi tertanam dalam dinding dipotong

Saturday 5 May 2018

Tamparuli.........Peace n Calm


1.   Hujung tahun lepas  aku telah pergi ke negeri di bawah bayu
2.   Tempat yang  dituju adalah Tamparuli
3.   Tamparuli merupakan satu pekan kecil  sebelum   menuju ke Kundasang.
4.   Tamparuli terkenal dengan  ikon "Jambatan Tamparuli".
5.   Cuaca di sini agak sejuk . Kaum majoriti adalah Dusun.
6   .Sungai di sini masih bersih dan tidak tercemar. Mereka mengamalkan sistem Tagal. iaitu tidak
      dibenarkan menangkap  Ikan melainkan hujung tahun sahaja. Denda yang tinggi dikenakan
      kepada  orang yang  melanggar arahan.
7.   Antara  destinasi pelancongan di sini  ialah Rumah Terbalik yang aku tak pergi
8.   Antara pekan utama  di sini ialah pekan Tamparuli pada hari Rabu dan Tuaran pada hari Selasa
      kalo x silap
9.   Sempat juga pergi ke Kundasang
10  .Cuaca di sini lebih sejuk. Especially malam.
12  .Di sini  terdapat Gunung Kinabalu, Ladang lembu, dan lain2 lagi
13   Kemudian bergerak ke Ranau.
14  Terdapat banyak kesan gempa bumi di Ranau termasuk jalan raya dan masjid di sini.
15  DI sini terdapat santuari ikan kelah. Kami tak bernasib baik melihat kelah  kerana hujan. Air
       keroh
16  Sebelum balik sempat pergi pantai UMS dan pergi pasar Filipin dan makan ikan bakar di KK.
      Ikan fresh dan manis.
17  Hopefully dapat datang kembali ke sini .Tak dapat lupakan layanan orang di sini terutamanya
      jemaah masjid di kalangan  orang muda yang banyak memberi masa dan kerjasama.
18  Last but not least thanks Suhidin ,my exromate in UPM 2003-2005 sebab ziarah aku
     masa di sana.Moga kita jumpa lagi kalo ada rezki..............😁

Before  take off

Jambatan Tamapruli yang ikonik
Bandar Tamparuli

Dont look down