Search This Blog

Friday, 23 August 2013

Orang Asli Tribe Mission -Tasik Banding,Grik Perak

5 hari sebelum hari raya aku pergi  ke perkampungan  orang asli utk kali ke brp pun aku dh lupa. Tp antara semua tempat yng aku pergi tempat ni yg plg 'asli' dan agak jauh dari  kehidupan bandar . Line telefon mmg x de apatah lg internet. Sebelum bertolak kena sediakan brngn makanan utk stok 5 hari mcm sardin, telor beras, acar buah, gula kopi dll.Kitaorang bertolak hari Jumaat 5 Aug dngn Nissan Xtrail & Ford Ranger. Mlm tu bermlm kt Kg Gerik. Pg Sabtu terus bergerak ke Jeti  Tasik Banding .Smpi kt sn bot JKOA (Jab. Kebajikan Orang Asli) dah lm tunggu.Bot diorang mmg laju. Guna 2 enjin setiap satu 200 hp . Dlm 45 minit smpi ke destinasi.
  Tempat ni mmg agk terpencil terletak di slh satu pulau dlm tasik Banding ni.  Nama perkampungan orang asli ni adlh Pos Chiong. Tempat ni mmg best . Sejuk ,nyaman tak tercemar dan dikelilingi oleh tasik. Rumah kt sini dlm 50 buah . Kebanykannya dah Islam sejak dr tahun 90'an.Tp pengamalan nmpk msh kurang. Surau x hidup walaupun bulan ramadhan.
   Air kena angkut dr sungai. Kdg2 pki air hujan sbb air paip selalu putus. Mlm x digalakkan berada  di tepi  sungai bnyk haiwan liar yg ada kt kawasan ni terutamanya gajah. Aku ad jumpa tpk kaki gajah ms ambil air dan nmpk babi hutan waktu mahgrib kt tepi sungai dr jauh. .Org asli kt sini baik2 belaka cuma diorg mcm malu2 skit. Yerlah jrg bergaul dgn orang luar. Apa pun ms kt sini adalah escapism yg sesuai utk memperbaiki diri krn jauh dr  kesibukan dan hiruk pikuk yg x berkesudahan.

Jeti tasik Banding, Grik perak.
Sign Board Hutan Belum, antara Hutan tertua di dunia