Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".
Fadhilat Korban :
-Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
-Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
-Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)
Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
-Hari raya korban tahun ni jatuh pada hari Jumaat. Kebanyakan tempat termasuk masjid tempat aku menjalankan ibadat korban pada hari Sabtu. Seawal jam 7 pagi ibadat koban di jalankan di tempat aku Taman Mewah , Kamunting. Lebih kurang 7 ekor lembu tumbang. Aku rs tahun ni aku terlibat dengan lebih intensif dlm ibadat korban. Tahun sblm2 ni cuma tgk jer org buat ibadat korban. Tahun ni tolong sekali melapah daging korban. Dpt jugak ilmu melapah dan cara- cara manyiat kulit lembu dari mula smpi tinggal dging. Mula2 takut gak tgk binatang kena korban lama2 seronok jugak buat ibadat korban ni.
Ni antara lembu yg garang tp tumpas akhirnya |
Waktu lembu disemblih. Memancut darah keluar |
Proses menyiat kulit lembu. Dari kaki ke perut Lepas siap siat proses melapah pun bermula |
No comments:
Post a Comment