Search This Blog

Thursday, 26 June 2014

Courses N Vacation 2.....Hotel heritage

 Kursus lg. Sejak  in charge bahagian inventori kena la pegi kursus 2-3 kali. Batu2 ni kursus dkt Hotel Heritage, Ipoh 3 h 2m. Hotel ni  terletak otw  nak ke Tmn Cempaka dr bandar Ipoh. Dulu ms bljr kat Ipoh selalu  nmpk hotel ni bila nk pg sekolah dlm bas. Design hotel ni biasa jer. Interior pun agak selesa mcm hotel lain . View pun cantik .Makanan pun not bad even aku rs the best food setakat ni  spnjg aku kursus utk tahun ni.  So far kursus berjalan lancar cuma lps kursus kena la siapkan  kerja yg  diberi. Anyway aku happy gak sbb  dpt  gak vacation utk rest kan minda  sekejap dr kerja harian...........
Nice n Simple

Mcm Dorm asrama pun ad. Tempat mkn dkt bwh

Monday, 9 June 2014

MyRide (Blue trueno) Maintainace and Fix...Part 2 (Absorber)

  Time cuti adalah ms yg plg best. Kita punya masa yg agak lapang . So aku gunakan ms ni untuk  upgradekan  performance kete aku. Part yg diupgrade adalah absorber . Absorber lama dh lembut. Maybe minyak dah leaking. Yelah kete dh lama mmg patut tukar pun.  Especially bila  dah upgrdekan enjin  dulu.
Antara effect absorber yg dh lembut adalah yg pertama tayar akan tersagat dengan mudflap bila bwk beban yg banyak atau langgar bumper.Ini boleh  mengurangkan jangka hayat tayar. Yang kedua boleh merosakkan komponen bawah kete especially tank minyak. Aku rs tank minyak aku bocor mungkin disebabkan absorber aku yg lembut  menyebabkan tank tu selalu tersagat bila kena bumper.
   Absorber yg aku beli  adalah Kayaba Gas Absorber. Harga dalam RM500 untk 4 set. Ni standard biasa jer. Selalunya  hardcore peminat kereta selalu guna adjustable hi/low & soft/hard absorber. Kelebihan adjustable ni adalah boleh adjust  nak lembut atau keraskan absorber. Tp harga standard adjustable  dlm RM 1900. Lg pun sekarang ada servis absorber yg mana absorber lama dpt digunakan blk dgn memasukkan blk gas atau minyak dlam absorber lama dan pateri tempat yg leaking. Absorber akan diservis mengikut kehendak customer  nak lembut  ke keras.Walaupun  murah tp aku rs better aku beli yg baru  x pening kepala. Tp absorber lama aku  aku simpan jgk. Mana tahu kalo nk pki blk boleh pergi tempat  servis absorber untuk  servis aborber aku. Lg satu tayar depan depan kanan aku selalu kurang angin. Check2 blk rupanya tiub dah rosak tukar setel masalah.
    Skrang handling dh ok. Sedap skit la berbanding dulu. Cuma lps ni ad satu major servis kena buat. Tuka timing belt sbb dh cecah 13x,xxx. Patutnya 100,000 dh tuka. Tgklah bila ad bajet dgn timing yg sesuai.     Yg lain msh tip top stkt ni....

Proses penukaran absorber

Kayaba Gas Absober mengantikan absorber lama

Sunday, 8 June 2014

Berbudi kpd Tanah.....

Tanah merupakan aset yg bernilai . Harga selalunya naik especially bila tempat strategik. Org dulu2 belajar x tinggi tp cukup bijak bila melibatkan hartanah. Sekurangnya ad tanah pusaka utk diwariskan kpd anak cucu. X mcm working klas skrg . Kdg2 mampu beli rumah yg x seberapa. Mlh ad yg terpaksa menyewa shj disebabkan kekangan kewangan. Nk beli tnh lg x mampu. Harga sekarang mencanak2 harganya. Walaupun mencanak  tp boleh di jual sbb ad yg sggp membeli.
    Sbb tu bg yg ad harta pusaka seboleh2nya jgn dijual harta tersebut. Buatlah apa pun kt tnh tu rumahke, bela kambing ke, berladang ke atau lain. Bila dh jual bkn sng nk dpt blik. Duit nk habis sekejap jer. Baru2 ni tgk tnh arwah ayah yg telah diusahakan oleh penduduk setempat kt Trong dlm 2 ekar. Sblm ni ni mmg berhutan jgk walaupun ad pkk rambutan sbb dulu kerja kt Johor x sempat nk usahakan. Skrg bila dh blk Taiping ad jgk ms nk tgk2 & upah org usahakan tnh ni. Sekrg plan nk tanam sawit jer.


Tanah yg dah dicerahkan  untuk penanaman sawit

Antara kayu  pokok rambutan yg terpaksa dikorbankan
Benih sawit  yg baru ditanam.

Saturday, 7 June 2014

Kejohanan Sepak Takraw MSSPk 2014

  Baru2 ni Kejohanan Sepak takraw dijalankan di Manjung, Bandar Maritim . Tahun ni kena jgk jd manager daerah LMS walaupun di tolak beberapa kali. Yelah  nak jadi manager bukannya senang sbb kena uruskan semua benda. Bermula dari pendaftaran pemain, makan minum ,penginapan, pengangkutan, perubatan semua kena tip top dan berjalan dengan baik.
   So far pengurusan berjalan baik sebab ada pembantu. Tp ad jgk insiden yg x dpt dielakkan  especially bila berlaku kecurian melibatkan pemain aku. Ad beberapa pemain yg kehilangan brg di tempat penginapan waktu main di venue lain. Nak buat cmna tempat penginapan adlh dorm asrama.
   Tp mcmna pun kekecewaan ini dpt ditebus apbila pasukan LMS dpt merangkul pingat emas utk 2 kategori mcm tahun lepas selapas menewaskan Sekolah Sukan Gunung Rapat b15 dan Kinta Selatan utk b18.. Selain tu dpt jgk anugerah killer dgn tekong terbaik setiap  kategori. Berbaloi jgk penat lelah setiap individu yg terlibat secara langsung atau tidak dlm pskn sepak takraw LMS 2014 dr pt, pengurus, jurulatih dan pemain. Semua memainkan peranan dgn baik. Tahniah pd semua..........

Taklimat sebelum game

Layout baju slps game