Search This Blog

Tuesday, 13 January 2015

Semporna Tour n Duty...pt 1

   Dah lama x menulis rs kekok pun ada. But anyway paksa gak diri ni  write something supaya blog ni x bersawang.   Hujung  tahun  lepas  29 November telh ditakdirkan untuk 'dihantar' ke Semporna  ats maksud untuk  islahkan diri  dan menziarahi rakan di sana. Bertolak dari klia2 jam7.00 pg dan smpi di sana dlm pkl 8.00 dan buat persiapan utk naik flight mcm , urusan baggage dan check in. Seramai 9 orang yang pergi dalam misi ni. Flight take off dlm  pukul 10.30 pg dan sampai di Airport Tawau dlm pkl 1.00> ptg. Smpi di sana call org sana  dan  akhirnya mereka smpi dngn 4x4 msg2. Seperti yg sedia maklum kendraan 4x4  adalah kenderaan harian orng Sabah & Sarawak disebabkan keadaan muka bumi di sana  yg berbukit bukau. Bermalam sehari di Tawau dan keesokan  paginya  bergerak  ke  Semporna.
    Semporna  adalah  bandar  maritim. Kebanyakan  sumbar  pendapatan di sini berasaskan  laut seperti  menangkap ikan, menjual permata, membela rumpai laut dll. Antara  kaum  utama di kawasan Semporna  adalh  Bajau dan  Suluk. Di samping tu terdapat  kaum nomad  dari bangsa  Bajau Laut  yg suka berhijrah dan tinggal di atas  bot. namun begitu ada yg sudah  menetap di darat, Bangsa Bajau Laut dikenali sebagai jaguh laut dan kebanyak mereka berkulit gelap dan  berambut  perang kerana  terlalu  lama  terdedah  dengan  panas  laut.Bangsa Suluk pula kebnyakannya berasal  dari Filipine dan kebanyakannya tidak memiliki ic. Mereka pun hero dilaut.
     Sejak kes pencerobohan ekstrimis Suluk thn lepas bndr Semporna x seperti  dulu. Bnyk askar dan polis yg  meronda utk mengawal  keselamatn. Mlh berdasarkan info yg aku perolehi dr penduduk  setempat sejak kes tersebut bnyk risik dr agensi kerajaan yg menyamar sebagai  org tempatan membuat risikan utk mendapatkan maklumat  berkaitan  perkara2 yg boleh mengancam keselamatan negara.
   Masa kt sna x mcm semenanjung. Subuh dlm 4.30 pg. Maghrib dalam pukul 6.00 Insyak dalam pukul 7.15 mlm. Bg yg kerja ikut waktu pejabat  mmg untung sbb diorang kerja ikut waktu semenanjung 8.00-5.00. So lepas bngn ngan solat Subuh ada bnyk masa  utk rehat @  pergi pasar. Surau kt sini rmi gak org mcm kat semenanjung.Orng kat sini pun baik2 belaka. Kebanyakan yg mengimarahkan surau kt sini adalah orang muda.

Klia2 sblm berlepas ke Tawau

Awan Comulonimbus yg tebal. Bergegar jgk flight bila rempuh awan

Rumah atas air Tampi-Tampi

Jambatan di Pulau Bum-Bum.
Pasar Tamu di Semporna.

Ikan  yg Fresh dan murah

Semua2 murah berbanding semenanjung. Selonggok sotong dalam rm5 jer.

Thursday, 26 June 2014

Courses N Vacation 2.....Hotel heritage

 Kursus lg. Sejak  in charge bahagian inventori kena la pegi kursus 2-3 kali. Batu2 ni kursus dkt Hotel Heritage, Ipoh 3 h 2m. Hotel ni  terletak otw  nak ke Tmn Cempaka dr bandar Ipoh. Dulu ms bljr kat Ipoh selalu  nmpk hotel ni bila nk pg sekolah dlm bas. Design hotel ni biasa jer. Interior pun agak selesa mcm hotel lain . View pun cantik .Makanan pun not bad even aku rs the best food setakat ni  spnjg aku kursus utk tahun ni.  So far kursus berjalan lancar cuma lps kursus kena la siapkan  kerja yg  diberi. Anyway aku happy gak sbb  dpt  gak vacation utk rest kan minda  sekejap dr kerja harian...........
Nice n Simple

Mcm Dorm asrama pun ad. Tempat mkn dkt bwh

Monday, 9 June 2014

MyRide (Blue trueno) Maintainace and Fix...Part 2 (Absorber)

  Time cuti adalah ms yg plg best. Kita punya masa yg agak lapang . So aku gunakan ms ni untuk  upgradekan  performance kete aku. Part yg diupgrade adalah absorber . Absorber lama dh lembut. Maybe minyak dah leaking. Yelah kete dh lama mmg patut tukar pun.  Especially bila  dah upgrdekan enjin  dulu.
Antara effect absorber yg dh lembut adalah yg pertama tayar akan tersagat dengan mudflap bila bwk beban yg banyak atau langgar bumper.Ini boleh  mengurangkan jangka hayat tayar. Yang kedua boleh merosakkan komponen bawah kete especially tank minyak. Aku rs tank minyak aku bocor mungkin disebabkan absorber aku yg lembut  menyebabkan tank tu selalu tersagat bila kena bumper.
   Absorber yg aku beli  adalah Kayaba Gas Absorber. Harga dalam RM500 untk 4 set. Ni standard biasa jer. Selalunya  hardcore peminat kereta selalu guna adjustable hi/low & soft/hard absorber. Kelebihan adjustable ni adalah boleh adjust  nak lembut atau keraskan absorber. Tp harga standard adjustable  dlm RM 1900. Lg pun sekarang ada servis absorber yg mana absorber lama dpt digunakan blk dgn memasukkan blk gas atau minyak dlam absorber lama dan pateri tempat yg leaking. Absorber akan diservis mengikut kehendak customer  nak lembut  ke keras.Walaupun  murah tp aku rs better aku beli yg baru  x pening kepala. Tp absorber lama aku  aku simpan jgk. Mana tahu kalo nk pki blk boleh pergi tempat  servis absorber untuk  servis aborber aku. Lg satu tayar depan depan kanan aku selalu kurang angin. Check2 blk rupanya tiub dah rosak tukar setel masalah.
    Skrang handling dh ok. Sedap skit la berbanding dulu. Cuma lps ni ad satu major servis kena buat. Tuka timing belt sbb dh cecah 13x,xxx. Patutnya 100,000 dh tuka. Tgklah bila ad bajet dgn timing yg sesuai.     Yg lain msh tip top stkt ni....

Proses penukaran absorber

Kayaba Gas Absober mengantikan absorber lama

Sunday, 8 June 2014

Berbudi kpd Tanah.....

Tanah merupakan aset yg bernilai . Harga selalunya naik especially bila tempat strategik. Org dulu2 belajar x tinggi tp cukup bijak bila melibatkan hartanah. Sekurangnya ad tanah pusaka utk diwariskan kpd anak cucu. X mcm working klas skrg . Kdg2 mampu beli rumah yg x seberapa. Mlh ad yg terpaksa menyewa shj disebabkan kekangan kewangan. Nk beli tnh lg x mampu. Harga sekarang mencanak2 harganya. Walaupun mencanak  tp boleh di jual sbb ad yg sggp membeli.
    Sbb tu bg yg ad harta pusaka seboleh2nya jgn dijual harta tersebut. Buatlah apa pun kt tnh tu rumahke, bela kambing ke, berladang ke atau lain. Bila dh jual bkn sng nk dpt blik. Duit nk habis sekejap jer. Baru2 ni tgk tnh arwah ayah yg telah diusahakan oleh penduduk setempat kt Trong dlm 2 ekar. Sblm ni ni mmg berhutan jgk walaupun ad pkk rambutan sbb dulu kerja kt Johor x sempat nk usahakan. Skrg bila dh blk Taiping ad jgk ms nk tgk2 & upah org usahakan tnh ni. Sekrg plan nk tanam sawit jer.


Tanah yg dah dicerahkan  untuk penanaman sawit

Antara kayu  pokok rambutan yg terpaksa dikorbankan
Benih sawit  yg baru ditanam.

Saturday, 7 June 2014

Kejohanan Sepak Takraw MSSPk 2014

  Baru2 ni Kejohanan Sepak takraw dijalankan di Manjung, Bandar Maritim . Tahun ni kena jgk jd manager daerah LMS walaupun di tolak beberapa kali. Yelah  nak jadi manager bukannya senang sbb kena uruskan semua benda. Bermula dari pendaftaran pemain, makan minum ,penginapan, pengangkutan, perubatan semua kena tip top dan berjalan dengan baik.
   So far pengurusan berjalan baik sebab ada pembantu. Tp ad jgk insiden yg x dpt dielakkan  especially bila berlaku kecurian melibatkan pemain aku. Ad beberapa pemain yg kehilangan brg di tempat penginapan waktu main di venue lain. Nak buat cmna tempat penginapan adlh dorm asrama.
   Tp mcmna pun kekecewaan ini dpt ditebus apbila pasukan LMS dpt merangkul pingat emas utk 2 kategori mcm tahun lepas selapas menewaskan Sekolah Sukan Gunung Rapat b15 dan Kinta Selatan utk b18.. Selain tu dpt jgk anugerah killer dgn tekong terbaik setiap  kategori. Berbaloi jgk penat lelah setiap individu yg terlibat secara langsung atau tidak dlm pskn sepak takraw LMS 2014 dr pt, pengurus, jurulatih dan pemain. Semua memainkan peranan dgn baik. Tahniah pd semua..........

Taklimat sebelum game

Layout baju slps game

Thursday, 15 May 2014

Taiping Interseting Places 6...(Kuala Gula Bird Sanctuary)



  Kuala Gula terkenal sebagai tempat penghijarahan burung. Terletak kira2 50km dari bandar taiping.
Sebahagian daripada Hutan Simpan Paya laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan berlumpur. Menurut sumber kajian diadapati tempat ni menjadi tempat persinggahan burung dari bulan Ogos hingga April setiap tahun.
  Tempat ni memang sesuai  untuk orang menikmati keindahan hutan paya bakau dan kaki pancing. Im quit fishing already. Boleh gak crusing dengan bot mengikut masa dan bayaran tertentu.  Terdapat chalet untuk mereka yang ingin kelainan dan bermalam di tepi hutan paya bakau. Bayaran yg dikenakan dlm RM 110 hingga RM300 berdasarkan jenis, hari dan saiz. Terdapat juga restoren untuk mengalas perut dan menghilangkan dahaga.
   Baru2 ni saje dtg sini nk rest otak jap di samping ziarah sedara berdekatan. On the way nak ke sini agal sunyi skit tp best gak sbb jln lengang. Dulu pernah mancing kat sini dpt gak ikan gelama dan pari(tuka). Makanan kat sini pun not bad. Ad mcm2menu.


Welcome  to  Kuala Gula

Nive View.

Friday, 2 May 2014

Sport Week-Badminton & Sepaktakraw

 2 minggu yg meletihkan. Minggu pertama jd manager utk sukan badminton . Minggu kedua jd teknikal utk kejohanan sepak takraw. Anyway walaupun letih tp happy. Sbb dpt skip kerja jap.Kalo hr2 mcmni pun takpe. Badminton adalah sukan favourite kebnyakan orang. Mlh ada yg snggp byr coach utk jdkn anak mereka handal bermain badminton. Yela msg2 nk jd mcm Lee Chong Wei. Kejohanan badminton yg dijalnkan mnggunakan format kalah singkir.Permainan perseorangan atau single. So kalo mula2 dh kena lwn yg kuat mmg bungkus awal lah. Anyway aku puas hati gak dgn performance team aku  sbb  ada yg dpt melangkah ke pusingan ke 3 berbnding thn lepas yg hnya dpt msk pusingan ke-2. Nmpknya kena start train drpd awal lg utk  persiapan thn depan. Kena lbh intensif lg.
  Minggu ni pula  jd teknikal utk kejohanan sepaktakraw. Uruskan pemasangan net, dan persiapan tempat  dll. So far game berjalan lancar. Cuma bila msk pusingn separauh akhir dgn akhir perlawanan mnjd sengit. Perlawanan melibtkan  musuh tradisi Selama DHH dan Batu Kurau Sedaka . Dua 2 tempat ni mmg hardcore sepaktakraw. Ms game final  ramai yg turun termasuk org kampung msg2. Kira ni mcm "El Classsico" la. Game final berlanjuntan ke perlawanan ke-3. Setiap game menggunkan format mata 15.  Kemuncaknya pd perlawanan terakhir pd mata msg2 mengutip mata 13-13 apabila pskn Selama mnpt mata ke 14 tiba2  jurulatih pskn lawan mgamuk dan tendang kerusi alasannya bola yg masuk dikatakan out. Game delay gak dlm 10 minit. Akhirnya game diteruskan dan dimenangi oleh Selama DHHH. Bg aku sbg pemain dan pengurus kena profesional . Kalah menang adat permainan. Apapun bg aku dlm mana2 game yg penting semangat kesukanan bkn mng atau klh. Lbh baik kalah bermaruah dr mng tp lupa diri.

Badminton tournament

Team Mtg High bersama polis pencen