Search This Blog

Sunday, 18 January 2015

Pulau Mabul........Peace N Traditional

  Pulau Mabul merupakan antara pulau tercantik di Malaysia yang terletak di Timur Sabah. Menurut orang lama  di  sini  pulau ini asalnya pulau  perkampungan  nelayan. Namun  pulau ini  mula  menjadi tumpuan  pelancong dan pengusaha  chalet sekitar  tahun 1990-an kerana tempias  populariti  Pulau  Sipadan  yang  terkenal  antara  pulau  tercantik  di Malaysia  malah   pernah dinobatkan  antara  pulau  tercantik di dunia. Terdapat dua kampung di pulau ini yang pertama  didominasi  oleh kaum Suluk  dan  kedua kampung yang  didominasi oleh  kaum  Bajau Laut.
   Untuk ke sana antara jeti terdekat adalah dari  Semporna. Bahkan kebanyakan penduduk  di sini  membeli keperluan  dari  bandar  Semporna. Selalunya  masa  yang diambil dari jeti Semporna ke Pulau Mabul  adalah 1 jam 40 minit bergantung kepada  cuaca. dan pasang surut  air laut. Kalau air pasang  cepat sikit sampai   tp kalo surut terpaksa pusing jauh untuk mengelakkan  terlanggar  batu  karang. Untuk pelancong  pergi ke sana  selalunya  akan menaiki bot  laju  yang disediakan oleh  pihak  pelancongan. Tapi disebabkan aku ada  rkn yg tinggal di Pulau Mabul  aku tumpang bot pancung  atau dikenali  sebagai Jongkong oleh penduduk di sini.
   Masa  sampi  kat pulau ni pun dh Maghrib sebab bertolak pun lewat petang. Risau jgk aku  naik bot  waktu2 mcm ni. Bukan apa sbb skrng ni Timur Sabah di bawah Esscom. Ada perintah berkurung. Bot tak boleh  berlayar dlm jam 6.00 ptg hingga 6.00 pg. Ini  untuk membendung  kegiatan pencerobohan  pengganas  yg menceroboh Sabah tidak  lama dahulu dan kegiatan  jenayah lain.  Alhamdulillah  perjalanan  berjalan  lancar.
   Malam x nampak kecantikan Pulau  Mabul  tp bila dh siang baru nmpk kecantikan pulau ni. Pantai yg cantik laut yg membiru bak kata mat salleh 'crystal  clear'. Pulau ini  x sebesar mn. dlm 20 minit dh hbs  pusing satu  pulau. Kt sini  ada 2 kampung, satu  sekolah rendah, satu  masjid ,bereapa kedai kecil  dan  chalet. X lupa terdapat  balai  polis  yang mewakili pihak Esscom dan pos PGA  untuk  persedian sebarang  kemungkinan berkaitan. keselamatan.  Dlm pukul  10.00 mlm  terdpt pihak PGA berpakaian taktikal lengkap dengan  baju kalis  peluru  dan  Sub Machine Gun  meronda pulau  ni. Walaupun penculikan  untuk  tebusan  sering  berlaku  di  Pulau  Sipadan kat  sini  pun ad jg sbb  baru2 ni  seorang  anggota  polis  terbunuh  dan serorang lg  msh  di twn dipercayai  di senbunyikan  di pulau  sempadan dengan  Filipina.
   Namun kt sini  kena  mujahadah  sikit  sbb elektrik  mlm  baru ad sbb pki  generator. Kalo siang pki solar tp x dpt  guna selalu. Time solat jer boleh pki  untuk kipas dll.Air  tawar  x ada kn pam air bawah tanah. Tu pun ad rs msn skit2. Nk minum x boleh. Air hujan yang ditakung bolehlah  buat minum. Kalo x hujan pki air mineral jer. Apa  pun  aku respek org kt sini  sbb msh  mengamalkan  kehidupan  dngn ceria & tenang wlaupun serba sederhana. Masjid dkt  sini  pun ramai orang tempatn dan pg2 ada dengar  org  baca  Al-Quran  mcm  suasana kampung ms dulu2. Hopefully Mabul  masih  mengekalkan  tradisi  yang  baik & tidak  dipengaruhi  oleh   pengaruh  yang tidak  baik  dari  luar.
  

Jeti umum Semporna untuk ke pulau  berdekatan  termasuk mabul

Jongkang  yang sering digunakan  penduduk tempatan untuk ke Pulau Mabul.

Antara pantai yang terdapat di Pulau Mabul

Antara resort di pulau Mabul



Signboard  Mabul Resort

Jeti di Pulau Mabul

Antara  pantai cantik yg terdapat di sini. Kawasan landai sampai  ke hujung. Air mmg jernih

Jambatan ke resort. Pengambaran cerita Duyung lakonan  Apek pernah dijalankan disini


Rehat  sebentar  bersama Kit Kat

Antara  souvineer  yg di jual.. Harga  pun boleh thn mhlnya

Mulut  jerung untuk perhiasn. Harga dalam RM200-RM400 berdasarkan saiz.

Kampung air yg ada  di Pulau Mabul

Persiapan sbelum  balik

Otw balik.

Pemandangan  di otw balik ke jeti semporna.

I'll be back InsyaAllah.

2 comments: