Baru2 ni beli alat membuat telur separuh masak. Saje2 nk try buat sendiri.So far ok gak hasilnya lbh kurang mcm kat kdi kopi. Sebelum ni cuma beli kat kedai jer. Teringat ms tinggal kat Kluang dulu bila lepak ngan member selalu order telur separuh masak ni kalo lepak kedai kopi . Kdg2 order roti bakar. Aku rasa kalo sarapan menu ni dah cukup sebelum lunch.
Aku rasa telur adalah sumber tenaga mudah disamping mempunyai protien yg tinggi. Even ms daki Kinabalu dulu diet yg dibekalkan adalah 2 biji telur rebus , limau ,pisang dan air mineral. Malah telur menjadi souviner kalo pegi kenduri. Tp skrg ramai yg gantikan ngan gula2 yg kurang menyihatkan. Antara khasiat telur :
- Makan telur boleh membantu anda untuk kurus! Mengikut kajian Surrey University, jika kita semua makan telur
sewaktu sarapan, kita semua berupaya untuk tahan lapar lebih lama kerana
telur memberi kesan kenyang yang berpanjangan. sekaligus boleh
mengurangkan potensi mendapat kegemukan/obesiti.
- Telur sebenarnya rendah kolestrol dan tinggi protien serta khasiat- khasiat lain yang penting seperti vitamin D, B12, selenium dan choline.
- Telur baik untuk mata dan megurangkan risiko katarak
- Baik untuk kesihatan rambut dan kuku
- Tingkatkan kesihatan otak dengan choline yang terdapat dalam telur. mengurangkan risiko nyayuk
Apapun kebaikan telur ni bergantung kepada cara penyediaannya . Yelah kalo kalo asyik2 goreng jer konferm lah bnyk lemak. Lgpun dgn menggoreng akan mengurangkan khasiat telur ni. Kalo nk goreng pun gunakan sedikit jer minyak atau x pki minyak langsung atau buat scramble egg + lada hitam. Perghh
|
Ok gak hasilnya. Mcm kt kedai kopi Oldtown |
|
Alat untuk membuat telur separuh masak. Ad sukatan kat tepi bergantung kepada jumlah telur yg di rebus |
|
Telur boleh crack kalo terus direbus dr peti ais . Kalo boleh lepas basuh biar lama skit bg dia sejuk skit. |
|
Telur separuh masak bersama kicap ngan lada sulah. Marvelous....n healthy.. |
Puhhhh..teringat bro mkn dkt railway dl.telur separuh masak mmg xmiss nyer.terbaiklah.
ReplyDelete