Search This Blog

Wednesday, 8 May 2013

Langkawi-Trip

 2 Minggu lepas  Matang High ad trip pergi Langkawi. Aku mmg ad niat pun nk pergi Langkawi tp x kesempaian. Ni  first time aku menjejakkan kaki kat Langkawi ni. Gerak awal pagi pkl 12.00 pg .  Sedar2 dah smpi Kuala Perlis. Solat Subuh  kat sini dulu. Lps sarapan terus gerak ke Pulau Langkawi. Lbh kurang 2 jam 15 minit  sampi kat Pulau Langkawi.
        Kami travel naik bas yg di sewa oleh penganjur rombongan. Mula2 melawat kilang minyak gamat. Souvineer wajib dari Langkawi. Honestly aku krg yakin dengan keaslian minyak gamat  skrg ni walaupun dari Langkawi. Kalo fikir2 x kn minyak gamat ni bnyk sangat kot. Apa pun aku beli gak le sedozen sbgi souviner.
  Lps tu melawat  kedai pakaian dan batik jawa. Beli gak le sikit batik ngan kain pelikat. Harga pun murah sikit jer dr tempat aku. Kemudian pergi Makam Mahsuri . Dari info yg aku dpt rupa2nya waris Mahsuri ni ad kat Thailand. Tempat ni dah dikomersialkan. Yela nak masuk Makam Mahsuri pun kena bayar. Kalo x silap rm7 kot. Aku x masuk cuma lihat kedai cenderahati yg ada kat kawsan sekitar jer. Rupa2 nya brg kat sini lg murah dari tempat yg aku pergi sebelum ni. Batik, minyak gamat pakaian murah semua ad. Aku beli magnet fridge jer. Ni antara souvineer wajib yg aku beli kalo travel sesuatu tempat.
   Kitarong lunch kat tempat mkn spesial iaitu Jom Ikan Bakar kat Padang Mat Sirat. Mkn pun sedap ala2 kampung. Yg best air free yg siap dibancuh seperti anggur, oren dll. Harga pun x mahal walaupun amik mcm2. Lps tu melawat tempat beras terbakar. Biasa jer tempat ni. Mengikut sejarah beras kat sini di bakar untuk mengelakkan kerajaan Siam mencuri beras  sewaktu peperangan.

  Sblm balik ke hotel pergi Underwaterworld. Bayaran masuk Rm 28 utk dewasa. Oklah jugak dengan pameran mcm2 jenis hidupan laut yg jarang dan x pernah aku lihat sebelum ni mcm penguin, anjing laut, ikan jerung obor2 dll.  Last tempat yg dibawa oleh guide kitarong adalah tempat shopping. Langkawi mmg dikenali sebagai tempat bebas cukai. Antara barangan yg sering dicari  pelancong adalah barangan dapur, coklat, rokok dan ain2 lagi. Aku beli pemanggang  serbaguna jenis Vantage. Kalo luar Langkawi harga dlm Rm 2XX. Kat sini cuma dalam Rm 119 Jer. Bnyak lg barangan dapur branded yg dijual kat sini mcm Cornell, Tefal, Vantage dll.
    Mlm tu lepak hotel Langkasuka. Lps solat jamak Maghrib Isyak keluar jap tgk2 kedai kat sini. Beli  coklat mcm2 jenis utk souvineer. Bnyk coklat kat sini import punya dari Turki, U.S, Europe  dll.
Bg aku Langkawi memiliki tarikan tersendiri yg x der pd tempat lain. Mayb lain kali aku pergi lagi next time. Sehari mn cukup. Bnyk tempt lg x pergi lg.

Jeti  Kola  Perghlih (Sebutan utara)



Produk  gamat-Souvineer  -wajib  dari  Langkawi
Penguin di Underwaterworld Langkawi. Laju  diorang  berenang mcm torpedo
Ikan dlm aqurium yg cntik. Aku rs nk buat satu  aquarium mcm ni kt rmh.

Syurga Coklat .Mcm2 ada. Yg Imported pun bnyk.

The  eagle  has  landed
Pelam  Harumanis. Kalo harga biasa dalm Rm20 ke atas sekilo. Tp sbb beli kat ldg dpt RM 15/kg

Pemanggang serbaguna Vantage- Rsnya susah nk cr kat Taiping ni. Kalo ad pun mahal.


No comments:

Post a Comment