Search This Blog

Saturday, 5 April 2014

Taiping Interesting Places 5.......(Perpustakaan Awam Taiping)


   Membaca jambatan ilmu. Dulu aku minat membaca. Selalu gak pg kedai buku tgk apa buku yg best yg boleh dibeli. Selalunya buku yg aku beli lebih kepada motivasi dan komik. Skrg still jgk pg kedai buku tp dh kurang membeli mcm dulu.  Mngkin kekangan masa utk membaca atau skrg dah ada kemudahan online utk membaca. The best places utk membaca adalah perpustakaan. Alhamdulillah di Taiping ad perpustakaan  yg indah  dan mesra pengguna.Aku selalu jgk pg perpustakaan ni utk baca surat khabar dan majalah. Dibuka  setiap hari dari pukul 9 pg smpi 5 ptg.Cuti hari Isnin dan cuti awam. Hari Ahad buka dr pkl 9 pg hingga pkl 1 ptg.
    Pada asalnya bangunan kerajaan ini pernah menjadi premis Charted Bank of India, Australia dan China yang kemudianya dikenali sebagai Standed Charted Bank yang telah membuka agensinya di Bandar Taiping dalam tahun 1888. Ia telah disewakan kepada Charted Bank dengan peruntukan permulaan sebanyak RM40,000.00 . Pihak majlis Bandaran Taiping telah menjadikan bangunan ini sebagai Perpustakaan Peringatan Merdeka. Ia telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak pada ketika itu, yang bernama Almarhum Sultan Almutawakkil Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Kaddamsallah pada 5 November 1966. Pada Januari 1967, ia telah dibuka kepada orang ramai. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengambil alih pentadbiran perpustakaan pada 1986 dan dituka namanya kepada Perpustakaan Awam Taiping. Pada tahun 1990, bangunan tambahan telah dibuat dan siap dibina dan dibuka setahun selepas itu. Ia merupakan salah sebuah perpustakaan cawangan terbesar di negeri Perak.
   Bg  aku  membaca adalah slh satu cara  utk mendapatkan ilmu. Bahkan ayat pertama wahyu yg diturunkan kpd Nabi Muhamad S.A.W adlah Iqra'. So kita kenalah bnykkan  membaca terutamnya Al-Quran iaitu manual kehidupan manusia dunia dan akhirat. Bahkan kebnyakan teknologi yg kita pki skrg ni bnyk yg diambil dr Al-Quran samada kita sedar atau tidak.


Ruang membaca surat khabar dan majalah yang selesa. Kat sini la aku cari  iklan kerja termasuk kerja  aku skrg dlm paper. Skrg semua  iklan kerja dah online.

Ruangan membaca kanak- kanak



Mcm2 ada

Ruang membaca di bilik atas

Info perpustakaan Taiping. Mula dibuat pd thn 1882. Dh 132 thn.  Mmg antik bagunan ni.

Pandangan hadapan Perpustakaan Taiping. Kat belakang bangunan Majlis Perbandaran Taiping

Restoran McDonald 24 jam btl2 berhadapan Perpustakaan Taiping. Tak jauh dr sini adalah Tmn Tasik Taiping

No comments:

Post a Comment