Search This Blog

Sunday, 23 June 2013

Vietnam.........Rise from war..Part 2

 Sungai Mekong antara sungai yg memainkan peranan penting bg  negara asian utara mcm Vietnam, Cambodia, Laos,Myanmar dan Thailand. Dr sungai ni penduduk tempatan mendapatkan air, sumber protien, jaringan perhubungan dan lain- lain. Begitu juga di Vietnam. Di sini  antara  tarikan utama adalah River Mekong Cruising. 2nd day kitaorng bergerak  ke jeti sungai Mekong untuk ikut  trip  mengelilingi Sungai Mekong dan pulau berdekatan.
   Sungai ni pernah  menjadi  saksi  peperangan  Vietnam dahulu. Kini  menjadi salah  satu  tarikan di Vietnam. Kitaorang cruising dengan bot yg besar melihat aktivit yg di jalankan penduduk setempat. Mula2 singgah ke pulau yg mengandungi  aktiviti  pemprosesan kelapa. Di sini  kelapa di peroses untuk di buat  pelbagai  produk termasuk gula- gula2 kelapa. Mcm2 perisa   ada termasuk pandan, kelapa ngan durian. Beli gak sikit sebab rare  dan sedap.
    Kemudian bergerak ke pulau menternak lebah. Sebaik tiba kitaorang di beri minum air yang dicampur madu  dan pollen. Diorang juga ada tunjukkan macamana nak bezakan madu asli  dan bukan. Caranya masukkan madu dalam mangkuk berisi air. Kacau perlahan2 dan kita dapati madu asli x bercampur dgn air dan membentuk corak berbentuk heksagon  berbentuk  sarang lebah. Aku beli sebotol. Kalo duit Malaysia dlm RM 15. Kt sini ad jugak jual souvineer lain. Baju, beg dll.
      Lps tu  kitaorang di jamu dgn buah- buahan temapatan. Sambil tu dihiburkan dengan  nyayian  live oleh orkes Vietnam. Dah nyanyi kena byr tips laa. Lagu  popular "Anak Kampung" dr artis Malaysia  pun diorang boleh nyanyi. Aktiviti seterusnya  adalah  menaiki sampan melalui hutan nipah. Mmg best. Dengan suasana yg tenang dan mendamaikan  rasa  ditambah dengan angin yg bertiup sepoi2 bahasa. Kat Malaysia susah nak cara suasana mcm ni.
     Lps makan tghari kitaorg bergerak ke pasar besar China Town. Kt sini lah tempat memborong pelbagai brg  termasuk pakaian, baju, beg, topi, kasut dll. Kalo beli bnyk mmg dpt harga yg murah.
Aku rs rmi bisnesman dr  Malaysia yg memborong kt sini.
     Kemudian kitaorang gerak ke Russian Market. Kat sini bnyk dijual brangan branded dgn harga yg murah. Sebenarnya walaupun Vietnam ni pengeluar barangan branded under licensed tapi itu semua utk  pasaran eksport. Cuma ad sikit2 jer yg di jual disini. Antaranya kat Russian Market ni. Aku beli beg camping deuter kt sini. Kalo  kat Malaysia rs dlm rm 2xx tp kt sini dlam rm80 jer. Tu pun x bnyk pilihan. Yg x ori bnyk lar.
      Mlm tu x buat ape2 cuma shopping utk  souvineer blk ke Malaysia kt Night Market. Mmg rambang mata ler shopping kt sini.

Central Saigon Post Office- arkitek post office ni sama dengan arkitek Eifel Tower kat Paris tuh

Nice coconut

Entrance jeti Sg mekong

Dekat sungai pun ada stesen minyak


Ketika mendayung sampan di kawasn hutan Nipah sungai Mekong



Russian market . tempat membeli brngn branded yg x di eksport keluar negara

Sweater north face.

Onitsuka tiger.

     

No comments:

Post a Comment