Search This Blog

Sunday 16 February 2014

Pisau.........1


   

  Pisau  adalah senjata  yg plg mudah dan lama  digunakan oleh manusia. Zaman  dulu mungkin pisau diperbuat dari  batu. Revolusi  penghasilan  pisau  berubah -ubah  dari semasa ke semasa sehingga pisau dihasilkan dari besi. Sebenarnya kualiti pisau bergantung  pada  jenis  besi  yang digunakan. Antara  besi  berkualiti  yang sering digunakan dalam  penghasilan  pisau  dan parang  ialah besi paku keretapi lama, spring  kereta  yang berkualiti, bajak jentera, mata pemotong besi dll.
  Pisau x mcm  senjata api  yang lain yang berisiko  untuk jammed atau rosak . Selain itu ialah adalah  senjata  yang  senyap  dan  sesuai  untuk  operasi stealth atau  penyusupan. Pisau antara keperluan  utama  semasa  survival  di  dalam  hutan.  Pisau menjadi trademark pasukan khas  atau komando. Mereka  ditauliahkan pisau dan beret sebagai tanda  mereka telah  lulus ujian dan bersedia memikul tanggungjawab untuk menjalankan  apa   jua misi  untuk  mempertahankan negara.
   Pisau juga  mempunyai signature individu tertentu. Setiap pisau mengambarkan karekter  individu tertentu. Apa pun pisau ni bermanfaat kalo digunakan  dengan tujuan baik dan akan jadi mudarat  jika digunakan  untk tujuan  tidak  baik. So kat sini ad  beberapa list pisau yg popular-....


Pisau Bear Gryll-Man Vs Wild
  Pisau yg sering digunakan oleh Bear Gryll utk Siri Man Vs Wild yg menceritakan bagaimana untuk menjalakan aktiviti ikhtiar hidup dalam pelbagai lokasi dan situasi. Beliau merupakan bekas pasukan khas SAS. Disertakan dgn fire starter iaitu penghidup api dalam pelbagai cuaca. Berwarna oren untuk mudah dikesan.


Pisau Rambo-Rambo1 First Blood
Pisau legend dalam movie Rambo. Bersaiz agak besar. Mempunyai  mata  gergaji  untuk memotong kayu besar. Mengandungi pelbagai alatan survival dlm hulunya. Antaranya ialah  mancis tahan lembap, mata kail, jarum dan kompas di hujungnya.



Pisau Hunted-The Hunted
 Pisau dalam movie the Hunted  yg menceritakan bekas  pasukan khas, Aaron Hallam yg mengalami mental disorder dan tinggal bersendirian di hutan. Berdasarkan bentuknya pisau ni sesuai untuk melapah. Pisau ni pernah dibuat semula oleh Aaron menggunakan besi yg dijumpai di empangan semasa melarikan diri dari pihak berkuasa

Pisau Swiss Army-McGyver
 Pisau ikonik untuk siri McGyver yg popular pada awal 90'an yg menceritakan seorang yg kreatif dan dapat menyelesaikan pelbahai masalah hnya berbekalkan pisau dan otak yg genius. Mengandungi pelbagai fungsi seperti pembuka botol, pisau, pembuka gabus, screwdriver dll.

Pisau lipat Joker-Batman The Dark Knight
  Pisau villian Joker  untuk movir The Dark Knight. Filem ni menaikkan nama  joker dan dianggap antara watak villian plg berjaya. Pisau ni sering digunakan utk mencederakan muka mangsanysa. Quote plg popular  " Let  put a smile on that face".


So what's your favourite knife...................





  Only The Tough Will Survive............................................................................

No comments:

Post a Comment