Perang Vietnam, ada kalanya disebut juga "Perang Indochina" ataupun "Konflik Vietnam". Dalam bahasa Vietnam, peperangan ini disebut sebagai "Perang Amerika" ataupun mengikut nama yang digunakan oleh Kerajaan Vietnam,
Kháng chiến chống Mỹ (Peperangan Menentang Amerika). Peperangan ini melibatkan Republik Demokratik Vietnam (dipanggil juga Vietnam Utara) dan sekutunya menentang Republik Vietnam (ataupun Vietnam Selatan) dan sekutunyanya, khususnya Amerika Syarikat.
Sekutu Vietnam termasuk Barisan Pembebasan Vietnam Selatan (Vietong) , Kesatuan Soviet dan China . Manakala Vietnam Selatan dibantu Amerika Syarikat , Australia , New Zealand dan Korea Selatan . Sekutu Vietnam Selatan menghantar bantuan tentera untuk berjuang di Vietnam . Penglibatan tentera Amerika Syarikat sebenarnya bermula sejak tahun 1959 lagi, tetapi bilangan tentera yang terlibat kecil. Askar Amerika dihantar dalam jumlah yang besar ke Vietnam Selatan mulai tahun 1965 dan hanya berundur sepenuhnya dalam tahun 1973.Peperangan ini mengorbankan ramai penduduk awam. Peperangan tamat secara rasminya pada30 April 1975 apabila Vietnam selatan tewas keseluruhannya dan Vietnam dimenangi Vietnam utara yang pro komunis seterusnya menyatukan Vietnam menjadi republik Vietnam dan diperintah oleh presiden iaitu Ho Chi Minh.
Perang Vietnam juga menjadi saksi penggunaan pelbagai senjata yang meninggalkan kesan mendalam dalam perang Vietnam.Antaranya M16 yang masih digunakan oleh ATM sehingga kini.
Helicopter Huey yang sering digunakan dalam pengangkutan trup yang menjadi icon semasa perang Vietnam. Helicopter Chinok untuk pengangkutan bekalan makanan dan utiliti lain.
Antara senjata yang paling bahaya adalah bom Napalm.Walaupun telah digunakan semenjak tahun 1944, penggunaan bom napalm
secara meluas di Vietnam membuka mata dunia kepada kekejaman pengguna
senjata ini. Dibuat menggunakan galian daripada asid naphthenic dan palmitic , campuran ini menjadi sejenis gel yang melekat. Apabila dicucuh, ia membakar pada paras 800 darjah celsius. Napalm
juga menghapuskan oksigen dari udara dan mengeluarkan carbon monosida
dengan jumlah yang banyak. Bom napalm digunakan untuk mewujudkan dengan
serta merta kawasan untuk pendaratan helikopter.
Senjata kedua berbahaya ialah senjata kimia atau agen oren. Amerika menggunakan racun herba atau agen oren semasa Perang Vietnam untuk menyebabkan pokok-pokok hutan menggugurkan daun supaya pergerakan Viet
Cong dan tentera PAVN, dan untuk memusnahkan sumber makanan pihak
musuh. Peranggas disembur daripada pesawat udara (biasanya pesawat C-123
Provider) yang terbang rendah sangat berbahaya, walaupun dalam jumlah
yang kecil. Hampir 50 juta liter Agent Orange , mengandungi 170 kilogram dioxin disembur sepanjang Perang Vietnam.Agent Orange
dipersalahkan untuk kadar keguguran kandung yang terlampau tinggi,
penyakit kulit, kanser, dan kecacatan semasa kelahiran. Tentera Amerika,
Australia dan New Zealand juga mengalami kesan daripada Agent Orange. Sejak tahun 1980, banyak kes saman diajukan terhadap Dow Chemical dan Monsanto ,
pengeluar Peranggas yang digunakan. US$180 juta telah dibayar kepada
veteran tentera di Amerika Syarikat, dan satu jumlah (tidak diketahui)
dibayar kepada veteran Australia dan New Zelnd dalam satu penyelesaian luar mahkamah. US$62 juta dibayar kepada veteran dari Korea Selatan .
Honestly hari terakhir kat Vietnam ni memberi kesan mendalam dalam jiwa aku. Melihat kesan peperangan yang di pamerkan kat War Remnant Museum di sini memberikan aku gambaran betapa buruknya kesan peperangan. Penyeksaan, kehilangan orang, orang yang ditawan, kecederaan serius, kesan senjata biologi dan kematian mencatatkan satu kenangan pahit kepada mereka yang terlibat. Seolah2 pada waktu tersebut nyawa manusia tidak berharga.
.War....easy to start... difficult to end... and impossible to forget."Give peace a chance".-Peace
|
M48 Patton tank. Tank Amerika ms prg Vietnam |
|
Jet Fighter U.S ms perang Vietnam dulu |
|
Helicopter Bell UH-1 (Huey). Helikopter ikon ms prg Vietnam dulu |
|
Uniform G.I USA |
|
Senjata US di Vietnam termasuk the famous M16 |
|
Kesan Agen oren di kawasn hutan paya bakau |
|
Aerial View agent orange effect |
|
Effect Agent orange on people. |
|
Bantahan penduduk US terhadap perang Vietnam |
|
Statistik Perang Vietnam |
|
Interogation during war |
|
Destinasi wajib utk mengetahui sejarah perang Vietnam-War Remnant Museum |
|
Tribute to all war casualties. |
No comments:
Post a Comment