X pernah terlintas dlm fikiran aku selama ni utk pergi ke negara Vietnam. Aku selalu dengar Vietnam ni ms kecik2 dulu. Dlm TV selalu dipaparkan cerita perang US vs Viet Cong dan seperti biasa Amerika digambarkan sebagai hero dan menang dalam peperangan tersebut tetapi hakikatnya berbeza sekali. Certa yg popular ms tu adalah drama bersiri Nam Tour of Duty. Tp tulah apabila Allah dh tetapkan rezki kita kat satu tempat tu kita pasti ke situ walau apa keadaan sekalipun. Pada 2 Jun lepas hingga 5 Jun lepas aku ke sana bersama rakan -rakan sekerja. Pada mulanya aku saja bg nama main2 jer utk trip ke sana. Tp bila nk trk diri rupa -rupanya member aku dh beli tiket semua org yg bg nama. Nak tak nak terpaksa la pg walaupun pd asalnya main2 jer.
Brg2 utk ke Vietnam aku bwk sikit jer. Semua brg muat dlm beg galas kecik jer, Aku bwk satu lg beg pegang berisi makanan termasuk mi segera, buah coklat dan roti sbb menurut sumber online kat sana susah nk dpt brg halal. X lupa baju sweater yg sering aku bwk bila travel mn2. Bertolak dlm 7 .15pm smpi dlm 9 lbh. Perjalanan Malaysia ke Vietnam dlm 2 jam jer. Smpi di sana dh ad tourist guide yg tunggu. So tempat pertama yg kitaorg pergi adalah Restoren Halal Banana Leaf. Makanan mmg sedap lbh2 bila lpr. Lepas tu terus Check in kat Hotel Espoir x jauh dr Pasar Benh Tanh yg famous di kgln org yg minat shopping kt Vietnam ni. Ad gk member aku x tunggu lg terus jln2 mlm tu gak tp aku nk rehat dulu tidor puas2. Letih jetlag x abih lg.
Bgn pg kn awl sbb pkl 5.oo dh cerah. Subuh dlm 4.17 pg. Satu yg aku raspek org Vietnam ni pg2 lg diorg dah exercise termasuk org tua di kawasn taman berhampiran hotel. Pttlah majoriti org vietnam kurus2. Susah nk jumpa bdn yg berisi mcm kt Malaysia neh. Lps sarapan terus gerak ke tempat lawatan yg pertama iaitu Cu Chi Tunnel. Cu Chi Tunnel adalah terowong bawah tanah yg digunakan oleh tentera Viet Cong untuk bersembunyi, tempat penyembunyian makanan dan senjata, hospital dan markas tentera Viet Cong sewaktu Perang Vietnam . Yg menariknya terowong ini di buat di bawah markas tentera Amerika. Juga di kenali sebagai Tunnel Rat oleh tentera Amerika.
Amerika pernah beberpa kali cuba untuk melumpuhkan sistem terowong ni tp x berjaya. Ramai G.I US yg masuk sesat, terkena jerangkap samar dan sebagainya. Terowong ni mempunyai sistem yg kompleks termasuk ventilation untuk pengudaraan dan sebagainya. Terowong ni sejauh 121 km panjangnya.
Makanan utama masa tu adalah ubi kayu. Sistem pengudaraan untuk masak begitu kompleks sampai asap yg keluar nmpk mcm kabus jer. Kt situ ada satu shooting range open untuk pelancong. Ad mcm2 jenis senjata yg di gunakan ms perang Vietnam yg boleh di cuba mcm AK 47, M16, Carbine dll. Aku cuba senjata lama jenis Carbine . Teruja gak menembak ni sebab 1st time menembak peluru hidup dalam hidup aku.
Lps tu sebelum balik kitaorang melawat shoping centre yg ad popular kt Bandar Ho chi Minh atau Saigon ni mcm Saigon Square . Bg aku tempat bisa2 jer x tarikan sngt. harga pun boleh thn mahalnya. Destinasi terakhir adalah Night Market berhadapan Benh Tanh market. Market ni mcm Petaling Street KL. Harga pun msh boleh ditawar lg. Penuh dgn org Malaysia jer dah mcm kt Malaysia. Lbh2 lg bila time cuti mcm waktu ni. Kt sini bnyk jual souviner mcm fridge magnet baju, beg dll. Tp yg plg best kopi Vietnam . Pekat dan melekat.
|
Malam sebelum berlepas ke Vietnam LCCT KLIA |
|
Makanan Halal di Restoren Banana Leaf |
|
Entrance Restoren Banana Leaf |
|
Penerangan tentang Cu Chi Tunnel |
|
Slh satu Entranve ke Cu Chi tunnel |
|
Kecik jer entrance dier. kalo org yg bdn bsr2 mmg x blh masuk |
|
Bila dh tutup mmg x nmpk . Lbh2 lg bila di tutup daun dr pokook berhampiran |
|
Peninggalan Tank US masa perang dulu. Metal Gear Solid |
|
Booby trap untuk memerangkap musuh yg dibuat tentera Viet Cong |
|
Selipar rasmi tentera Viet Cong. Diperbuat drp tyr trak askar US. |
|
Pakaian Rasmi tentera Viet Cong . Camouflage utk siang ,gelap utk malam |
|
Booby trap 2. Kalo jatuh terus kena cucuk dgn besi yg tajam tu. |
|
Test senapang carbine lama kt shooting range. Sdp snpg ni x tndg kuat Sesuai buat sniper. |
|
Bom yg digugurkan oleh G.I US utk memeusnahkan Cu Chi Tunnel |
|
Kopi Vietnam yg kaw giler |
|
Pasar Saigon Square. |
No comments:
Post a Comment