Search This Blog

Monday, 14 October 2013

Taiping Interesting places...3..Hutan Paya Laut Matang..



      At last dpt gak aku memecahkan kemalasan aku utk 'berblogging' kali ni.Lately bnyk perkara  yg menyerabutkan fikiran aku. Antaranya prestasi kerja yg agak down . Apapun bg aku segala yg berlaku ada hikmah msg2. Dengan kesilapan sebenrnya kita belajar benda baru. Bak kata  pujangga barat  " don't call it mistake call it education".Lives goes on.  Sebenarnya  apa yg aku nk ceritakan kt sini adalah antara tarikan utama yg  ada kat pekan taiping ni  iaitu   Hutan  Paya Laut matang. Ni merupakan antara destinasi wajib kalau singgah ke pekan Taiping . Menurut sumber pejabat hutan pengurusan hutan paya laut Matang merupakan antara  pengurusan hutan paya laut terbaik dunia dan menjadi rujukan negara lain.
        Antara tarikan yg ada kat hutan paya laut ni adalah boardwalk  yang  dikelilingi hutan paya bakau yg indah. Di sepanjang boardwalk  ni terdapat  beberapa info yang berkaitan hutan paya laut Matang seperti flora dan fauna yang ada di hutan paya Laut Matang . Selain tu terdapat juga chalet utk  disewa di sini. Agak selesa dan berpatutan mengikut rate kerajaan .  Aku rs plg mahal pun siap ekon dlm rm 80 jer. Dewan pun ada utk aktiviti berkumpulan. Bg kaki pancing pula boleh lah mencuba nasib di jeti berhampiran paya laut ni. Aku dah bersara dah bidang memancing ni atas sebab tersendiri.
      Tarikan lain yg ada berdekatan dengan kawasan hutan paya laut ni adalah restoran Mi Udang yg famous kt Taiping ni. Ada dua kedai yg ada kt sini iaitu Mak Teh dan Mak Jah. Tp aku prefer Mak Teh sebab kuah lbh pekat. Selain tu terdapat kilang arang dikawasan berdekatan  di mana pengunjung boleh melihat cara penghasilan arang. Apapun tempat di best utk dilawati kerana mempunyai flora dan fauna yg mendamaikan.
Boardwalk  di Hutan Paya laut Matang.
Info Pokok Bakau
Info Spesis pokok yg ada di Hutan paya Laut Matang