Pulau Mabul merupakan antara pulau tercantik di Malaysia yang terletak di Timur Sabah. Menurut orang lama di sini pulau ini asalnya pulau perkampungan nelayan. Namun pulau ini mula menjadi tumpuan pelancong dan pengusaha chalet sekitar tahun 1990-an kerana tempias populariti Pulau Sipadan yang terkenal antara pulau tercantik di Malaysia malah pernah dinobatkan antara pulau tercantik di dunia. Terdapat dua kampung di pulau ini yang pertama didominasi oleh kaum Suluk dan kedua kampung yang didominasi oleh kaum Bajau Laut.
Untuk ke sana antara jeti terdekat adalah dari Semporna. Bahkan kebanyakan penduduk di sini membeli keperluan dari bandar Semporna. Selalunya masa yang diambil dari jeti Semporna ke Pulau Mabul adalah 1 jam 40 minit bergantung kepada cuaca. dan pasang surut air laut. Kalau air pasang cepat sikit sampai tp kalo surut terpaksa pusing jauh untuk mengelakkan terlanggar batu karang. Untuk pelancong pergi ke sana selalunya akan menaiki bot laju yang disediakan oleh pihak pelancongan. Tapi disebabkan aku ada rkn yg tinggal di Pulau Mabul aku tumpang bot pancung atau dikenali sebagai Jongkong oleh penduduk di sini.
Masa sampi kat pulau ni pun dh Maghrib sebab bertolak pun lewat petang. Risau jgk aku naik bot waktu2 mcm ni. Bukan apa sbb skrng ni Timur Sabah di bawah Esscom. Ada perintah berkurung. Bot tak boleh berlayar dlm jam 6.00 ptg hingga 6.00 pg. Ini untuk membendung kegiatan pencerobohan pengganas yg menceroboh Sabah tidak lama dahulu dan kegiatan jenayah lain. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar.
Malam x nampak kecantikan Pulau Mabul tp bila dh siang baru nmpk kecantikan pulau ni. Pantai yg cantik laut yg membiru bak kata mat salleh 'crystal clear'. Pulau ini x sebesar mn. dlm 20 minit dh hbs pusing satu pulau. Kt sini ada 2 kampung, satu sekolah rendah, satu masjid ,bereapa kedai kecil dan chalet. X lupa terdapat balai polis yang mewakili pihak Esscom dan pos PGA untuk persedian sebarang kemungkinan berkaitan. keselamatan. Dlm pukul 10.00 mlm terdpt pihak PGA berpakaian taktikal lengkap dengan baju kalis peluru dan Sub Machine Gun meronda pulau ni. Walaupun penculikan untuk tebusan sering berlaku di Pulau Sipadan kat sini pun ad jg sbb baru2 ni seorang anggota polis terbunuh dan serorang lg msh di twn dipercayai di senbunyikan di pulau sempadan dengan Filipina.
Namun kt sini kena mujahadah sikit sbb elektrik mlm baru ad sbb pki generator. Kalo siang pki solar tp x dpt guna selalu. Time solat jer boleh pki untuk kipas dll.Air tawar x ada kn pam air bawah tanah. Tu pun ad rs msn skit2. Nk minum x boleh. Air hujan yang ditakung bolehlah buat minum. Kalo x hujan pki air mineral jer. Apa pun aku respek org kt sini sbb msh mengamalkan kehidupan dngn ceria & tenang wlaupun serba sederhana. Masjid dkt sini pun ramai orang tempatn dan pg2 ada dengar org baca Al-Quran mcm suasana kampung ms dulu2. Hopefully Mabul masih mengekalkan tradisi yang baik & tidak dipengaruhi oleh pengaruh yang tidak baik dari luar.
|
Jeti umum Semporna untuk ke pulau berdekatan termasuk mabul |
|
Jongkang yang sering digunakan penduduk tempatan untuk ke Pulau Mabul. |
|
Antara pantai yang terdapat di Pulau Mabul |
|
Antara resort di pulau Mabul |