Taiping bertuah kerana memiliki lapangan terbang yang agak luas iaitu di kawasan Tekah. Tempat ni bukan untuk penerbangan domestik tapi untuk latihan pasukan beruniform mcm askar, polis, bomba dan sebagainya. Baru2 ni aku sempat tengok latihan parachut dari pasukan polis. Aku syak ni adalah pasukan khas polis atau komando unit polis, VAT 69. Sbb aku tengok baju diorang ada tulis VAT 69.
VAT 69 atau
69 Komando merupakan pasukan Operasi khas
Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta,
Perak dan manakala "Unit Tindak Khas"di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,
Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai
unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran
dan
taktik gerila
oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri
Dewan negeri perak mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan
elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada
tahun 1969 di kawasan Perak. Antara kejayaan pasukan VAT 69 ni adalah menangani pemberontakan Al Maunah di Sauk, Kuala Kangsar Perak sekitar tahun 2000 bersama komando ATM. Namun peristiwa tersebut mengorbankan seorang perisik polis dan komando ATM yang ditawan. Dua lagi tawanan dapat diselamatkan.
Baru2 ni ada kes pengawal keselamatan yang yang membunuh rakan sekerjanya di Giant Taiping dan melarikan wang tunai lebih kurang RM 1.2 juta bersama beberapa rakan yang lain. Namun dalam tempoh x smpi 2 minggu semua suspek berjaya diberkas termasuk suspek utama yg membunuh rakannya yang di temui di sebuah pondok di sempadan Perlis-Thailand dengan bantuan pasukan khas polis. Syabas kepada pihak polis atas kecekapan menyelsaikan kes ini dengan cepat. Biaslah kalo dpt tgkp sorang ,x susah nk dpt yg lain. Polis Malaysia mmg hebat bab2 interogate ngan korek rahsia ni.
Aku percaya setiap orang ada perasaan gayat dan bukan semua orang mampu buat terjunan parachut. Persiapan dan latihan perlu melalui disiplin yang ketat kerana kesilapan yang kecil boleh menyebabkan kecelakaan yang besar. Baru2 ni aku jumpa rekrut askar kat supermarket. Seram gak tengok buku lima diorang luka2 ngan pecah2 masa nak bayar kat kaunter. Aku syak ni mesti kena denda pumping kat jalan raya ni. Apapun aku tabik pada semua pihak yang sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan negara. Respect.......
 |
| Flight yang membawa pelatih penerjun parachut |