Search This Blog

Monday, 1 October 2012

Para Trooper

 Taiping bertuah kerana memiliki  lapangan terbang yang agak  luas iaitu di kawasan Tekah. Tempat ni bukan untuk  penerbangan domestik tapi untuk latihan pasukan beruniform mcm askar, polis, bomba dan sebagainya. Baru2 ni aku sempat tengok latihan parachut  dari  pasukan polis. Aku syak ni adalah pasukan khas polis  atau komando unit polis, VAT 69. Sbb  aku tengok baju diorang ada tulis VAT 69.
  VAT 69 atau 69 Komando merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan manakala "Unit Tindak Khas"di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Dewan negeri perak mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969 di kawasan Perak. Antara kejayaan pasukan VAT 69 ni adalah menangani pemberontakan Al Maunah di Sauk, Kuala Kangsar Perak sekitar tahun 2000 bersama komando ATM. Namun peristiwa  tersebut mengorbankan seorang perisik polis dan komando ATM  yang ditawan. Dua lagi tawanan dapat diselamatkan.
    Baru2 ni ada kes pengawal keselamatan yang  yang membunuh rakan sekerjanya di Giant Taiping  dan  melarikan wang tunai lebih kurang RM 1.2 juta bersama beberapa rakan yang lain. Namun dalam tempoh x smpi 2 minggu semua suspek berjaya diberkas termasuk suspek utama yg membunuh rakannya yang di temui di sebuah pondok di sempadan Perlis-Thailand  dengan bantuan pasukan khas polis. Syabas kepada pihak polis atas kecekapan menyelsaikan kes ini dengan cepat. Biaslah kalo dpt tgkp sorang  ,x susah nk dpt yg lain. Polis Malaysia mmg hebat bab2 interogate ngan korek rahsia ni.
   Aku percaya setiap orang ada perasaan gayat dan bukan  semua orang mampu buat terjunan parachut. Persiapan dan latihan  perlu melalui  disiplin  yang ketat  kerana kesilapan yang kecil boleh menyebabkan kecelakaan yang besar. Baru2 ni aku jumpa rekrut askar  kat supermarket. Seram gak tengok buku lima diorang  luka2 ngan pecah2 masa nak bayar kat kaunter. Aku syak ni mesti kena denda pumping kat jalan raya ni. Apapun aku tabik pada semua pihak  yang sanggup menggadaikan nyawa  untuk  mempertahankan  negara. Respect.......

Flight yang membawa  pelatih penerjun parachut



Flying above the sky

Landing time........Right on target

No comments:

Post a Comment