Search This Blog

Monday, 10 February 2014

TLDM Lumut Navy Malaysia -Junior Summer Camp.....Part 2 (PASKAL)


    Pasukan Khas  Laut  atau  PASKAL merupakan  pasukan  elit  dari  Tentera  Laut Diraja  Malaysia.Unit ini juga diperkatakan  sebagai  pasukan elit no.1 di  Malaysia  kerana  terkenal  dengan  sistem  persenjataan, taktikal  dan kelengkapan jauh  lebih  moden  daripada  pasukan  elit ATM dan  PDRM. Memulakan  operasi  pada 1 Oktober  1980  dan  menjalankan 3 cabang  operasi  meliputi  darat  ,udara  dan  udara.Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.
    Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.
     Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.
  Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.Antara  kejayaan  PASKAL  yg menjadi  kebanggaan negara adalah bila dpt mengalahkan Lanun  Somalia  yg cuba  menawan Kapal dagang Bunga Laurel 5 di Teluk Eden yg menjadi  sebutan dlm  media massa bukan sahaja di Malaysia  malah media luar negara.
   So bila ada peluang melawat  tempat latihan PASKAL  adalah "dream come true" bg aku. Bg aku dlm bnyk aktiviti yg dibuat dlm  Perkhemahan ni aktiviti ni plg best sekali. Pegawai NAVY yg join kem ni pun bgtau aku ni first time dia dtg tempat ni sbb bukan sebrangan org boleh msk. Kt sini diorang x pun ceritakan latihan ngan misi  diorang. cuma diorang tunjukkan skil ikhtiar hidup seperti mcmana nk msk dlm hutan, nk buat perangkap , shelter, tumbuhan yg boleh dimakan dan  jungle  tracking. Untuk Keselamatan anggota PASKAL gambar  tidak  di ambil secara  terus  memaparkan wajah mereka. NI baru genggampisau  yang sebenar.


Pintu gerbang ke tempat Latiahn PASKAL


Stretching dan warm up sebelum  jungle  tracking
Jungle  Tracking
Taklimat  tentang survival di  hutan

Sunday, 9 February 2014

TLDM Lumut Navy Malaysia -Junior Summer Camp.....Part 1

 Hujung tahun lepas  aku berkunjung ke Pengkalan TLDM ats misi  y membawa  pelajar2 "bertuah" atau "aktif" utk didisiplinkan mengikut  disiplin ketenteraan ATM dan polis   . Pihak keselamatan  negara  yang  terlibat  seperti  Tentera darat, Tentera Laut ,Tentera Udara  dan Polis  berganding bahu bersama-sama  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  KPM menerapkan disipilin  pihak beruniform utk  pelajar ini.
  Bg ini  ini  satu  inisiatif yg  baik  sebagai salah satu alternatif utk  mendisiplinkan  pelajar yg  sngt istimewa ini. Kem ini  diadakan  di pengkalan TLDM Lumut iaitu  pengkalan TLDM  yg terbesar  di negara  kita. Kem  sebelum  ini  diadakan di  PULAPOL Ulu Kinta, Ipoh kalau  x silap  dimana  pasukan komando polis VAT 69 turut dilatih di sana. Mungkin di masa  yang yg mendatang  kem ini  di buat  di Kem Tentera  Darat  atau di Kem  Tentera  Udara.
    Sebaik  sahaja tiba di pitu hadapan kami disambut  oleh   seorang pegawai TLDM  iaitu Encik Hilimi  yg bertgjwb  sbgi jurulatih utk  pelajar.Kem  tentera  x boleh masuk  ikut  suka  hati. Perlu kepada  kebenaran  atau  pas  lawatan yg dibenarkan. Kami  kemudian  dibawa  ke dewan dan  berkumpul  bersama- sama  pelajar  lain.Sebaik  tiba  di sana  operasi  spotcheck terus dibuat  kepada  beg  pelajar  dan badan peserta  untuk  memastikan  pelajr tidak  membawa  bahan  terlarang  seperti  rokok dll. Telefon  bimbit  di tanda dan dirampas  dan  diserahkan  kepada pihak  yg  bertanggungjawab.
    Pelajar  diberi  taklimat   dan  diberi  brngn percuma  seperti  t-shirt, bag, traksuit, buku  dan  pen. Pelbagai aktiviti  yg  dibuat bermula dgn fitness waktu pg.Lawatan  dan pameran pada waktu tengahari. Berkawat  dan  bersukan pada  waktu  petang  dan  taklimat  serta  ceramah  pada  waktu  malam. So far  aktiviti berjalan lancar termasuk  aktiviti torturing pada pukul 12 mlm  kerana  pelajar  bising pada  waktu  malam. "Naik motor"  atau  half squat  adalah  denda dikenakan atas  kesalahan  mereka. Mereka juga dienda utk  membersihkan  kawasan  kediaman  sehari  sebelum  pulang. Hambek ko. Main2 dgn geng askar kan dah kena.
  


Spot check  sebelum kem bermula. dilakukan oleh NAVY
Kerjasama antara 3 pasukan keselamatan dalam mendisiplinkan pelajar istemewa ini.
Fitness  setiap pagi

Wednesday, 5 February 2014

Taiping bike week

  Skrng ni  motor besar dah jd trend masa kini. Mungkin  harga  motor besar ni skrg dh murah dan macam -macam pilihan dari brand motor yg popular x mcm dulu. Kalo ikut trend skrang kawasaki yg mendominasi  pasaran motor besar tempatan. Bermula dengan kawaski 150 rr, ninja 250r, z250r , er6-n, er6-f, z850  hingga  z1000. Kalo model lain pulak x bnyk sngt model berbanding kawasaki. Tp  model favourite aku adalah Honda dan Yamaha sebab aku pernah pki honda EX5 dan Yamaha lagenda 115. Mmg puas hati x bnyk problem . Aslkan jaga minyak hitam cukup. Plg jauh aku pernah travel naik motor adalah dr Taiping ke Ipoh. Jarak perjalanan dalam  60 km. Ok jer.Motor yamaha lagenda aku msh digunakan sehingga sekarang.
  Thn lps Bandar Taiping mengadakan Taiping bike week bermula hari Jumaat hingga Ahad. Mcm2 jenis motor ada. Ada superbike, touring bike, easy rider, 2 stroke bike , cup dll. Kat sinilah bikers akan menghabiskan ms berkumpul sambil berkongsi minat masing2 tentang motorsikal masing2. Aku meminati motor2 lama mcm kawasaki Vulcan 500 ngan  kawsaki ninja ZXR 250  dua2 skrng market dlm RM 10000 . Kalo motor baru  1st   choice adalah  Yamaha  xj6  600cc 4 piston . Harga  dlm RM 38,000 cash.Top speed dlm 200 km/h. 2nd choice adalah kawasaki z250 2 piston. Top speed dlm 170-180 km/h. Harga dlm RM 21,000 cash. Tp tu semua  cuma  angan 2 jer kalo ada duit lebih. Apa pun aku kena utamakan priority dlm hidup aku.Beli motor  berkuasa  tinggi jatuh ranking no 4 dlm priority aku.

Virago 535 . Jgn ragu -ragu menunggangnya
 Kawa ER-6F. Tp banyak yg pki jenis ER-6N . 600cc

Sunday, 3 November 2013

My Favourite Online Website

  Aku rasa aku mula2 kenal internet dlm tahun 97 dan mula aktif menggunakannya dlm tahun 98. Ms tu line internet mmg slow giler. Nak tunggu satu2 laman nk bukak kena tunggu dlm 2-3 minit. Wifi mmg x jumpa.  Antara aktiviti yg popular ms tu adalah chatting menggunakan  MIRC. Channel popular ms tu Kampung dan Mamak. Selalunya chat tanya a/s/l( Age/Sex/Live) iaitu nk tanya umur, jantina ngan tempat tinggal. Skrg internet dah mcm keperluan. Nk mintak kerja, nak beli barang, nak masuk U , nak isi borang, nak bayr bil semua nak kena guna internet. Perkara ini sedikit sebanyak menyebabkan stress kpd golongan olskol  yg sukakan ol' fashion.


  Hal ini ditambah dengan bercambahnya laman2 sosial mcm facebook, tweeter, instagram dll hingga menyebabkan satu ketagihan terutamnya kepada golongan Generasi Y. Mlh budak2 pun skrg x mcm dulu. Asyik duduk kat rumah jer. X mcm generasi aku yg bersosial melalui aktiviti luar dan permainan. Kalo musim gasing semua main gasing, kalo musim layang2 semua main lyg, kalo musim guli semua main guli dll. Tp kdg2 tu ada baiknya duduk kat rumah sbb skrg jenayah berleluasa merata2 hingga menimbulkan  ketakutan  kpd  ibu  bapa.
   Bg aku ada  beberapa  website yg menjadi  favourite aku  utk  mengisi  kebosanan  yang melanda.  Antaranya  ialah :

Blog yg  pnh informatif walaupun ceduk dr blog lain. At lesast dia bg kreadit pd blog yg diceduk

Blog yg  berkaitan dgn info yg pelik dan  kreatif. Ramai gak folower blog  ni.

Monday, 14 October 2013

Taiping Interesting places...3..Hutan Paya Laut Matang..



      At last dpt gak aku memecahkan kemalasan aku utk 'berblogging' kali ni.Lately bnyk perkara  yg menyerabutkan fikiran aku. Antaranya prestasi kerja yg agak down . Apapun bg aku segala yg berlaku ada hikmah msg2. Dengan kesilapan sebenrnya kita belajar benda baru. Bak kata  pujangga barat  " don't call it mistake call it education".Lives goes on.  Sebenarnya  apa yg aku nk ceritakan kt sini adalah antara tarikan utama yg  ada kat pekan taiping ni  iaitu   Hutan  Paya Laut matang. Ni merupakan antara destinasi wajib kalau singgah ke pekan Taiping . Menurut sumber pejabat hutan pengurusan hutan paya laut Matang merupakan antara  pengurusan hutan paya laut terbaik dunia dan menjadi rujukan negara lain.
        Antara tarikan yg ada kat hutan paya laut ni adalah boardwalk  yang  dikelilingi hutan paya bakau yg indah. Di sepanjang boardwalk  ni terdapat  beberapa info yang berkaitan hutan paya laut Matang seperti flora dan fauna yang ada di hutan paya Laut Matang . Selain tu terdapat juga chalet utk  disewa di sini. Agak selesa dan berpatutan mengikut rate kerajaan .  Aku rs plg mahal pun siap ekon dlm rm 80 jer. Dewan pun ada utk aktiviti berkumpulan. Bg kaki pancing pula boleh lah mencuba nasib di jeti berhampiran paya laut ni. Aku dah bersara dah bidang memancing ni atas sebab tersendiri.
      Tarikan lain yg ada berdekatan dengan kawasan hutan paya laut ni adalah restoran Mi Udang yg famous kt Taiping ni. Ada dua kedai yg ada kt sini iaitu Mak Teh dan Mak Jah. Tp aku prefer Mak Teh sebab kuah lbh pekat. Selain tu terdapat kilang arang dikawasan berdekatan  di mana pengunjung boleh melihat cara penghasilan arang. Apapun tempat di best utk dilawati kerana mempunyai flora dan fauna yg mendamaikan.
Boardwalk  di Hutan Paya laut Matang.
Info Pokok Bakau
Info Spesis pokok yg ada di Hutan paya Laut Matang
 

Monday, 2 September 2013

Merdayka Celebration....2013

  Berdasarkan pengalaman aku aku rs sekali jer aku sambut Hari Kemerdekaan . Tu pun ms bljr dkt universiti.kt Serdang, Selangor. Mula2 kitaorg   rancang pun main2 jer nk sambut merdeka. Last2 jd jugak pergi tu pun dah lmbt  dh nk mlm bru pergi. Kitaorg pg 3 tmpt. Mula2 Dtrn Merdeka klo x silap. Saje tgk sambutan kt sn. Ms tu ad persembahan kt sn oleh artis tempatan  . X brp meriah sngt. Bnyk org yg berkeluarga jer pergi . Lps tu bergerak ke Bukit Bintang. Ni baru btl2 happening. Mcm2 org termasuk mat salleh pun ad. Kt tepi jln ad 2-3 group buat breakdance dan persembahan lain . Dkt stage plk ad persembahan  dr artis kumpulan rock Jason Lo yg bwk lagu Evening News. Boleh dikatakan tmpt ni mmg sosial habis. Dh habis sambutan kt Bukit Bintang jln kaki pg KLCC. Walaupun dh hbs sambutan msh rmi lg org melepak kt sini. Ad jugk jumpa member ms sekolah dulu kt sini. Tp tegur camtu jer sbb msg2 ad haluan hidup msg2. Blk plk awal pg dlm pkl 3 pg kalo x silap. ms tu servis public transport dilanjutkan. Aku rs ni kali pertama dan terakhir aku sambut  merdeka  smpi mlm.......setakat ni laa.
  Fikir2 blk aku rs x bnyk manfaatnya sambut merdeka ni. Sebab time ni la bdk2 muda nk amik kesempatan blk lmbt dan buat aktiviti x berfaedah. Mlh time ni jugak bnyk benda x elok berlaks sebab pergaulan terlampau bebas. Aku rs kalo x sambut pun x jd masalah yg penting kita hayati sambutan kemerdekaan. Pernah sekali Malaysia x sambut Merdeka ms Pak Lah jd PM sbb time tu sma ngan sambutan hari raya. X de masalah pun. Kalo nk sambut pun bersederhana cukuplah.
    Jumaat lepas aktiviti sambutan merdeka tmpt aku adalah menunggang basikal mengelilingi kampung sejauh 15km. Sambil tu berhenti kat satu pit stop untuk makan dan  buat aktiviti kemasyarakatan dengan menyusun kerusi dan meja kat surau berdekatan utk program jamuan raya untuk malam tersebut..Ok gak buat sambutan raya camni. Badan sihat dan dpt menyumbang sesuatu kp masyarakat stempat. Apapun erti kemerdekaan pada aku adalah mempunyai jati diri yang kuat dan x terpengaruh dengan anasir luar yang x sihat.

Basikal berhias dengan bendera Malaysia siap utnuk berkonvoi

Antara basikal 'Custom Made' . Kreatif tp x praktikal. Handel rendah sngt . Lenguh nk kayuh

Friday, 23 August 2013

Orang Asli Tribe Mission -Tasik Banding,Grik Perak

5 hari sebelum hari raya aku pergi  ke perkampungan  orang asli utk kali ke brp pun aku dh lupa. Tp antara semua tempat yng aku pergi tempat ni yg plg 'asli' dan agak jauh dari  kehidupan bandar . Line telefon mmg x de apatah lg internet. Sebelum bertolak kena sediakan brngn makanan utk stok 5 hari mcm sardin, telor beras, acar buah, gula kopi dll.Kitaorang bertolak hari Jumaat 5 Aug dngn Nissan Xtrail & Ford Ranger. Mlm tu bermlm kt Kg Gerik. Pg Sabtu terus bergerak ke Jeti  Tasik Banding .Smpi kt sn bot JKOA (Jab. Kebajikan Orang Asli) dah lm tunggu.Bot diorang mmg laju. Guna 2 enjin setiap satu 200 hp . Dlm 45 minit smpi ke destinasi.
  Tempat ni mmg agk terpencil terletak di slh satu pulau dlm tasik Banding ni.  Nama perkampungan orang asli ni adlh Pos Chiong. Tempat ni mmg best . Sejuk ,nyaman tak tercemar dan dikelilingi oleh tasik. Rumah kt sini dlm 50 buah . Kebanykannya dah Islam sejak dr tahun 90'an.Tp pengamalan nmpk msh kurang. Surau x hidup walaupun bulan ramadhan.
   Air kena angkut dr sungai. Kdg2 pki air hujan sbb air paip selalu putus. Mlm x digalakkan berada  di tepi  sungai bnyk haiwan liar yg ada kt kawasan ni terutamanya gajah. Aku ad jumpa tpk kaki gajah ms ambil air dan nmpk babi hutan waktu mahgrib kt tepi sungai dr jauh. .Org asli kt sini baik2 belaka cuma diorg mcm malu2 skit. Yerlah jrg bergaul dgn orang luar. Apa pun ms kt sini adalah escapism yg sesuai utk memperbaiki diri krn jauh dr  kesibukan dan hiruk pikuk yg x berkesudahan.

Jeti tasik Banding, Grik perak.
Sign Board Hutan Belum, antara Hutan tertua di dunia