Search This Blog

Monday, 10 February 2014

TLDM Lumut Navy Malaysia -Junior Summer Camp.....Part 2 (PASKAL)


    Pasukan Khas  Laut  atau  PASKAL merupakan  pasukan  elit  dari  Tentera  Laut Diraja  Malaysia.Unit ini juga diperkatakan  sebagai  pasukan elit no.1 di  Malaysia  kerana  terkenal  dengan  sistem  persenjataan, taktikal  dan kelengkapan jauh  lebih  moden  daripada  pasukan  elit ATM dan  PDRM. Memulakan  operasi  pada 1 Oktober  1980  dan  menjalankan 3 cabang  operasi  meliputi  darat  ,udara  dan  udara.Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.
    Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.
     Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.
  Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.Antara  kejayaan  PASKAL  yg menjadi  kebanggaan negara adalah bila dpt mengalahkan Lanun  Somalia  yg cuba  menawan Kapal dagang Bunga Laurel 5 di Teluk Eden yg menjadi  sebutan dlm  media massa bukan sahaja di Malaysia  malah media luar negara.
   So bila ada peluang melawat  tempat latihan PASKAL  adalah "dream come true" bg aku. Bg aku dlm bnyk aktiviti yg dibuat dlm  Perkhemahan ni aktiviti ni plg best sekali. Pegawai NAVY yg join kem ni pun bgtau aku ni first time dia dtg tempat ni sbb bukan sebrangan org boleh msk. Kt sini diorang x pun ceritakan latihan ngan misi  diorang. cuma diorang tunjukkan skil ikhtiar hidup seperti mcmana nk msk dlm hutan, nk buat perangkap , shelter, tumbuhan yg boleh dimakan dan  jungle  tracking. Untuk Keselamatan anggota PASKAL gambar  tidak  di ambil secara  terus  memaparkan wajah mereka. NI baru genggampisau  yang sebenar.


Pintu gerbang ke tempat Latiahn PASKAL


Stretching dan warm up sebelum  jungle  tracking
Jungle  Tracking
Taklimat  tentang survival di  hutan



Perangkap haiwan hidup.
Peralatan yg digunakan oleh pelatih komando semasa latihan ikhtiar hidup di hutan
Kata2 semangat PASKAL "Kelaparan Mengajar kita Bersifat Binatnag Bukan Mengajar Kita Menjadi Rezki  Binatang"
    
Demo perangkap binatang memanjat seperti kera dan monyet

Makanan survival-Ayam pansuh dlm buluh & pulut kelapa-mmg lazat dan fresh
Lamabang PASKAL  TLDM


No comments:

Post a Comment