Search This Blog

Thursday, 24 May 2018

Once Upon A Time in 90's....Dunia Animasi dan Kartun (Pt 1)


1. Zaman 80an ke 90an adalah zaman  yang unik
2. Zaman ni tiada internet  dan  telefon bimbit hanya digunakan oleh golongan elit dan bersaiz besar
3. Kebanyakan kanak-kanak pada zaman ni menghabiskan masa  dengan bermain bola di padang,
    menangkap ikan, bermain bersama terutamanya waktu cuti
4. Permainan di main mengikut musim. Ada  musim gasing, ada  musim layang-layang, ada musim
    Dash Yankuro, ada musim  main senapang  dll.
5. Tapi  antara  yang paling best zaman ni adalah rancangan kartun yang mewarnai zaman  kanak-
     kanak   90an.
6.  Kartun zaman ni bukan mcm zaman sekarang. Walaupun bukan 3D tapi storyline dan stroke
      lukisan  berkualiti dan  mempunyai  keunikan dan tema tersendiri.
7.  Pengaruh  kartun zaman dahulu  diterjemahkan  pada T-shirt, Beg, permainan Video ,figura aksi
     buku mewarna dan sering menjadi topik bualan kanak- kanak pada zaman tersebut.
8.  Bahkan kebanyakan kartun zaman dahulu dah difilemkan untuk tatapan generasi terkini
9.  So ini  adalah beberapa kartun zaman 80an dan 90an yang berstatus  masterpiece.



Transformers -Cerita robot kenderaan yang boleh bertukar menjadi robot. Pertarungan  antara Autobot dan Decepticon.

Voltron- Kisah gabungan  robot harimau yang menjadi robot besar.

Teenage  Mutant Ninja  Turtles- Kisah  4  ekor penyu (Michelangelo , Donatello , Raphael  dan Leonardo) yang terkena bahan radioaktif dan menjadi seperti manusia dan pandai bermain senjata. Dilatih oleh Splinter, seekor tikus mutasi.

Tuesday, 15 May 2018

Renovate House 3.......

1. Hari Isni  lepas aku  membaiki Sistern  @  Tangki simbah bilik air aku yang rosak
2. Namun malang tidak berbau mesin gerudi aku terkena  paip dalam dinding. sewaktu memasang
    bracket sistern.
3. Air mencurah seumpama air hujan memercik ke mukaku.
4.Dengan pantas aku menutup kunci paip bilik air .
5. Aku cuba pecahkan dinding menggunakan tukul dan skru driver besar namun tidak berjaya kerana
     paip tertanam agak dalam
6. Keesokannya aku menghubungi  jiran aku  yang bekerja sebagai tukang rumah  untuk
    menyelesaikan masalah ini menggunakan kepakaran yang dimiliki.
7.Alhamdulillah , masalah berjaya diselesaikan .Paip baru di buat dan   sistern berfungsi dengan baik.
8. Kontraktor meletakkan harga sebanyak RM80 namun aku membayar RM100 kerana berpuas
     hati dengan  kerja dibuat dan memikirkan tahap kesukaran kerja terutamanya menebuk dinding
     yang keras.
Dinding yang digerudi

Paip yang terkena gerudi tertanam dalam dinding dipotong

Saturday, 5 May 2018

Tamparuli.........Peace n Calm


1.   Hujung tahun lepas  aku telah pergi ke negeri di bawah bayu
2.   Tempat yang  dituju adalah Tamparuli
3.   Tamparuli merupakan satu pekan kecil  sebelum   menuju ke Kundasang.
4.   Tamparuli terkenal dengan  ikon "Jambatan Tamparuli".
5.   Cuaca di sini agak sejuk . Kaum majoriti adalah Dusun.
6   .Sungai di sini masih bersih dan tidak tercemar. Mereka mengamalkan sistem Tagal. iaitu tidak
      dibenarkan menangkap  Ikan melainkan hujung tahun sahaja. Denda yang tinggi dikenakan
      kepada  orang yang  melanggar arahan.
7.   Antara  destinasi pelancongan di sini  ialah Rumah Terbalik yang aku tak pergi
8.   Antara pekan utama  di sini ialah pekan Tamparuli pada hari Rabu dan Tuaran pada hari Selasa
      kalo x silap
9.   Sempat juga pergi ke Kundasang
10  .Cuaca di sini lebih sejuk. Especially malam.
12  .Di sini  terdapat Gunung Kinabalu, Ladang lembu, dan lain2 lagi
13   Kemudian bergerak ke Ranau.
14  Terdapat banyak kesan gempa bumi di Ranau termasuk jalan raya dan masjid di sini.
15  DI sini terdapat santuari ikan kelah. Kami tak bernasib baik melihat kelah  kerana hujan. Air
       keroh
16  Sebelum balik sempat pergi pantai UMS dan pergi pasar Filipin dan makan ikan bakar di KK.
      Ikan fresh dan manis.
17  Hopefully dapat datang kembali ke sini .Tak dapat lupakan layanan orang di sini terutamanya
      jemaah masjid di kalangan  orang muda yang banyak memberi masa dan kerjasama.
18  Last but not least thanks Suhidin ,my exromate in UPM 2003-2005 sebab ziarah aku
     masa di sana.Moga kita jumpa lagi kalo ada rezki..............😁

Before  take off

Jambatan Tamapruli yang ikonik
Bandar Tamparuli

Dont look down

Friday, 6 January 2017

My home 2017

My home 2017..................................






Guest room...Ad collection hotwheels yg rare.Kalo perasan atas panel pintu ad
besi panel utnk aku buat chin up utk exercise otot bicep..

Ruang tamu...so far x de perabot lg
My freeze...hobi aku beli magnet fridge bila travel..
Bilik store.....Dh lama x naik basikal tu hmmmmmmmmmmm

My kitchen
My restroom....


This post is exclusively dedicated to.....................................................you know who you are :-).
Maybe this is kickstart for me to continue  blogging.....Hopefully.

Thursday, 5 November 2015

Renovate House 2

  1. Awal tahun ini merupakan antara masa yang getir bagi aku
  2. Ini kerana aku mengubahsuai rumah aku
  3. Aku mengubahusai  kesemua panel pintu  kayu rumah aku  kepada jenis panel aluminium
  4. Pengubahsuaian ini bertujuan untuk mengelakkan serangan anai-anai dan menambah ketahanan rumah  pada  masa  akan datang
  5. Aku juga mngabungkan tandas dan bilik air menjadi satu
  6. Di samping itu aku juga menambah baik pendawaian elektrik keseluruhan rumah termasuk menambahkan kipas dan penukaran kepada lampu terang, penambahan soket ,lampu tidur untuk setiap bilik
  7. Kos pengubahsuaian rumah adalah RM 9,500 dan Kos untuk pendawaian elektrik bernilai RM3,000
Eng Ver.
  1. Earlier this year are some tough time for me
  2.  This is because I renovate my house
  3.  I customizing the panel wooden doors of my house to  aluminum panel
  4. This modification is intended to prevent termite attack
  5.  I also combine the toilet and bathroom into one
  6.  In addition I are also improving the entire home electrical wiring, including adding a fan and bedside lamp for every room
  7.   Home renovation costs are RM 9,500 and costs for electrical wiring worth RM 3,000
Kerja mencabut panel kayu sedang dibuat

Panel  pintu yang  telah  dicabut

Panel pintu aluminium yang  sedia untuk dipasang

Panel kayu tandas dan bilik air yang dicabut

Wednesday, 4 November 2015

Taiping Bike Week 2015

  1. Inilah  tulisan blogku yang pertama selepas  telefon bimbitku hilang sejak bulan Mei kalau aku tak salah
  2. Aku  sebenarnya menulis blog atas  beberapa  sebab  dan tak menulis pun atas beberapa sebab
  3. Mungkin sahabat terdekat ku yang mengetahui sebab tersebut
  4. Hari minggu  lepas Taman Tasik Taiping mengadakan  Minggu Permotoran 2015
  5. Acara ini  mungkin acara kedua selepas tahun 2013
  6. Acara ini menghimpunkan  penunggang  dan peminat  motorsikal  dari  seluruh negara berkumpul  untuk berkongsi minat  dan bertanya khabar
  7. Dalam  acara  ini  aku lebih berminat  kepada  motor klasik  dan easy rider.
  8. Terutamanya motor  yang berkonsepkan Cafe Racer
  9. Ia menonjolkan  satu konsep yang ringkas, bebas, klasik,retro, minoriti,lain dari kebiasaan dan melawan arus yang ada  kaitan dengan apa yang aku minat sedikit sebanyak
  10. Mungkin aku akan memiliki motor berkonsepkan Cafe Racer suatu hari nanti 
     Eng ver.
  1.  This is the first article of my blog after my phone has been missing since May  if I'm not mistaken
  2.   I actually wrote a blog for some reason and did not write for some reasons  too.
  3.  Perhaps my closest friend knows the reason  
  4.  Last week Taiping Lake Gardens held Sunday Motoring 2015
  5.  This event may be the second event after 2013
  6.  The event brought together bikers and motorcycle enthusiasts from across the country gather to share interests and just to say hello
  7.  In this event I was more interested in the classic motorcycle rider and easy rider
  8.   Especially Cafe Racer motorcycle concept
  9.   It bring simple concept, independent, classic, retro, minorities, against ordinary  and related to myself a little bit
  10. Maybe I'll have a Cafe Racer motorcycle concept someday 
      
        
Pintu Gerbang Minggu Permotoran 2015

Motor Virago 535 kalau tak salah aku

Thursday, 28 May 2015

Handset hilang

Kpd  kenalan yng selalu follow blog ni  especially Hamzi ,Din atau  siapa shj dgn ini dimaklumkan  bahawa hanset aku hilang.  Secara automatiknya hbs no dlm h/set tu  hlg. So memandangkan aku x ade  laman sosial di harap dpt menghubungi aku utk perkembangan terkini. Aku mmg  dh agak dah benda ni nak jadi. Ni pun kira ok gak  sebab dapat bertahan dalm 3 tahun . H/set dulu kdg2  setahun dh hilang @  rosak.By the way aku masih pakai  no lama. Skrg pakai h/set samsung jgk . Samsung V. Hopefully h/set dpt  maintain lama sket.Anyway "Nothin' las  forebar".