Search This Blog

Friday, 28 October 2011

3rd Training (Gng Ledang)

  Gunung Ledang dgn ketinggian lbh kurang 1276 meter dari aras laut dikenali sbg gng lagenda kat Malaysia nih. Ms kecik2 aku pernah dengar psl lagenda Puteri Gunung Ledang. Sultan Mahmud a.k.a Sultan Melaka ms tu dikatakan tergila2kan Puteri ni telah hantar pendekar Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa org  lain utk meminag puteri ni. Tp syarat yg diletakkan pelik2. 7 Dulang hati nyamuk la, 7 dulang hati kuman la, 7 tempayan air mata anak dara la, 1 jambatan emas dan 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang la dan yg paling bahaya 1 mangkuk darah Sultan Ahmad iaitu anak Sultan Mahmud. Semua syarat sultan sedia tunaikan kecuali darah anaknya sendiri. Bagi aku no komen psl lagenda ni. Mungkin betul @ tidak. Sbgi org Melayu aku berbangga dgn lagenda ni  dan mungkin ada hikmah tersembunyi yg cuba nak disampaikan.
    Kembali  psl hiking kat Gng Ledang kitaorg bergerak ke Gng Ledang dr Kluang pkl 9.45mlm dan smpi kat S.R.K Tun Mamat utk bermalam sbb nak daki awal pg. Pg esoknya lps sarapan kitaorg check in kat Pejabat Rekreasi Gng Ledang utk taklimat  & register brg. Semua kena register termasuk pakaian, makanan dll supaya kitaorg x tinggal brg tu bila daki. Dlm pkl 8.45pg kitaorang pun start daki. Trak 1 naik tangga dlm 700 lebih anak tangga smpi ke check point 1 di Bukit Semput. Pergh Memang Semput pun. Seterusnya terus daki smpi di check point 4 dan 5. Di check point 5 ad sungai so kiatorang refill blk tangki air yg kosong smbil piknik jap sambil menikmati keindahan Gng Ledang.Tp yg peliknya ad seko anjing putih ikut kami on the way ms naik smpi ke check point ni. Kuat gak stamina anjing ni. Mungkin dier dah biasa kot ngan tempat ni. Lps tu teruskan perjalanan ke KFC atau 'Killing Fitness Centre' yg mencabar sbg terpaksa melalui kawasan yg curam dan terpaksa gunakan tangga dan tali  khas. Akhir skali smpi ke checkpoint 7 iaitu Bukit Botak sbgi destinasi terakhir. Checkpoint terakhir iaitu Puncak tidak dibenarkan ke sana lg sejak 2009 ats faktor keselamatan. Perjalanan ke puncak lbh krg 3 jam 15 minit dan turun lbh krg 2 jam 30 minit.

Pusat Operasi Gunung Ledang.

Senarai  checkpoint Gunung Ledang

Check point 5 Sungai 3 segi
Anjing putih yg ikut kitaorang smpi check point ni. Check point lain x boleh sbb kena bergayut dgn tali
Laluan KFC "Killing Fitness Centre"
Laluan Tmn bonsai yg marvelous
Nice View up here. ke Check point Bukit Botak

Sunday, 9 October 2011

Gunung Belumut (2nd Training)

 Alhamdulillah dapat gak daki Gunung Belumut setelah hampir 4 tahun kat Kluang ni. Nak daki gunung ni bkn  boleh suka2. Kena mintak permit dr Jab. Hutan. Kalo nak ok lg amik sorang tourist guide @ penunjuk jalan. Gunung ni famous di kalangan org kluang sbgi tmpt mandi air terjun . Bg aku sungai kat sini not bad kalo nak mandi walaupun kebanyakan tempat kat sini airnya cetek. Tp x boleh nk challange  tmpat aku kat Taiping tmpt mandi air terjun je ad 3. Semua dekat2 pulak tu.
   Gunung Belumut ni ketinggian dia lbh kurang 1010 meter dr aras laut. Aku start naik dlm 8.45 pg smpi lbh kurang pukul 12.00 tgh. Turun plk dari pukul 12.30 tgh  smpi pkl 3.00 ptg  So amik ms lbh krg 3 jam 15 minit utk naik &  2 jam 30 minit utk turun. Antara Gunung Belumut ngan Gunung Lambak bg aku Gunung Belumut menang dari segi suasana hutan yg masih  fresh  & dikelilingi pokok balak yg besar 2. Ditambah ngan tempat mandi air terjun yg  fresh berbanding anak sungai Gunung Lambak . Cuma Gunug Lmbk menang dr segi track yg mencabar dipenuhi akar dan batu dan cerun yg curam. Apa pun berat aku turun gak 2 kilo bila timbang kat rumah lps  naik Gng Belumut ni. So kalo nak kurus cepat rajin2 le mendaki.
Sblm naik spray dulu ngan ridsect utk elakkan pacat. Tp kena jugak
Antara pokok besar kat Gunung Berlumut
Pemandangan pokok di puncak yg diselaputi lumut.

Tempat mandi di Gunung Belumut
Pintu Gerbang yg sterotaip tp cool
                                      

Saturday, 1 October 2011

Let's excercise

 Aku memang minat dgn martial art dari kecik lg. Ms kecik2 slalu tgk citer jackie chan, bruce lee rambo dll. Bg aku fighting ni nmpk cool. Lbh2 lg bila sorg dpt kalahkan byk org. Tp bila dah besar fikir2 blk mcm x logik la pulak. Tp nak buat mcmner kalo hero kalah dulu x dramatik la citer tu . Bg aku martial art falsafah dier lebih kpd self improvement. Yela kalo dulu bljr silat mmg penting. Sape yg terer silat di kira berjaya. Silap2 boleh kerja kat istana. Bahkan slah satu kriteria utk dijadikan calon menantu pd masa tu  adalah pandai mempertahankan diri. Dulu nak belajar silat bukannya senang. Tuk Guru bukan duduk kat tempat biasa. Silap2 kena daki gunung semata2 nak belajar silat. Mcm citer P.Ramlee. Sbb tu org dulu bnyk merantau. Org2 lama2 ni bnyk pengalaman diorang. Berbanding skg kriteria yg dikira berjaya adalah berkerjaya dan bnyk duit. Lbh2 kerja kerajaan. Yelah manusia berubah mengikut peredaran zaman.
   Bg aku cara hidup org dulu2 lg menyihatkan dr zmn skg. Yelah aktiviti diorang bnyk menggunakan tenaga fizikal  mcm berkebun, bela kambing ngan lembu. tangkap ikan dll. Zaman skg pun boleh keluarkan peluh bila bekerja walaupun kerja dalam pejabat kalo btl2 nk. Tempat aku bekerja  tingkat 4 ats sekali. So mmg berpeluh gak naik turun tangga.  Ptg2 aku slalu main bola ngan bdk2 kat pdg kalo x de kerja apa2.Bru2 ni beli punching bag colour favourite aku. Hitam merah. Dah tumbuk 2 @ 3 round. Mmg feel . Rs mcm blsh org. Cuma 2 benda jer aku susah nak control . Pertama makan. Nak jg makan mmg sussah. Ye la selera tgh ad. Yang kedua tidur. Mmg susah btl nak tidur awal. Kdg x tido. Lps subuh baru tido.Nak kata buat kerja x jugak. X tau la knp. Mngkin boring kot. Yela kdg2 sorg2 kat rumah. Housemate slalu out station. Apa pun aku kena perbaiki 2 benda ni as soon as posible utk stabilkan sdkt  hidup aku. I wish to have a good dream in my sleep. X dpt dlm realiti dlm mimipi pun jadilahhhh.
Kerusi sit up yg dah jd tmpt sangkut baju
  
Basikal  exercise. Ok gak bike ni ad speed, kalori, masa ngan jarak kayuhan.
Tmpt lepas geram. Wachaaaaaaa
Pki glove pun merah2 tgn. Kalo x pki   lg teruk injured.