Search This Blog

Friday, 28 October 2011

3rd Training (Gng Ledang)

  Gunung Ledang dgn ketinggian lbh kurang 1276 meter dari aras laut dikenali sbg gng lagenda kat Malaysia nih. Ms kecik2 aku pernah dengar psl lagenda Puteri Gunung Ledang. Sultan Mahmud a.k.a Sultan Melaka ms tu dikatakan tergila2kan Puteri ni telah hantar pendekar Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa org  lain utk meminag puteri ni. Tp syarat yg diletakkan pelik2. 7 Dulang hati nyamuk la, 7 dulang hati kuman la, 7 tempayan air mata anak dara la, 1 jambatan emas dan 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang la dan yg paling bahaya 1 mangkuk darah Sultan Ahmad iaitu anak Sultan Mahmud. Semua syarat sultan sedia tunaikan kecuali darah anaknya sendiri. Bagi aku no komen psl lagenda ni. Mungkin betul @ tidak. Sbgi org Melayu aku berbangga dgn lagenda ni  dan mungkin ada hikmah tersembunyi yg cuba nak disampaikan.
    Kembali  psl hiking kat Gng Ledang kitaorg bergerak ke Gng Ledang dr Kluang pkl 9.45mlm dan smpi kat S.R.K Tun Mamat utk bermalam sbb nak daki awal pg. Pg esoknya lps sarapan kitaorg check in kat Pejabat Rekreasi Gng Ledang utk taklimat  & register brg. Semua kena register termasuk pakaian, makanan dll supaya kitaorg x tinggal brg tu bila daki. Dlm pkl 8.45pg kitaorang pun start daki. Trak 1 naik tangga dlm 700 lebih anak tangga smpi ke check point 1 di Bukit Semput. Pergh Memang Semput pun. Seterusnya terus daki smpi di check point 4 dan 5. Di check point 5 ad sungai so kiatorang refill blk tangki air yg kosong smbil piknik jap sambil menikmati keindahan Gng Ledang.Tp yg peliknya ad seko anjing putih ikut kami on the way ms naik smpi ke check point ni. Kuat gak stamina anjing ni. Mungkin dier dah biasa kot ngan tempat ni. Lps tu teruskan perjalanan ke KFC atau 'Killing Fitness Centre' yg mencabar sbg terpaksa melalui kawasan yg curam dan terpaksa gunakan tangga dan tali  khas. Akhir skali smpi ke checkpoint 7 iaitu Bukit Botak sbgi destinasi terakhir. Checkpoint terakhir iaitu Puncak tidak dibenarkan ke sana lg sejak 2009 ats faktor keselamatan. Perjalanan ke puncak lbh krg 3 jam 15 minit dan turun lbh krg 2 jam 30 minit.

Pusat Operasi Gunung Ledang.

Senarai  checkpoint Gunung Ledang

Check point 5 Sungai 3 segi
Anjing putih yg ikut kitaorang smpi check point ni. Check point lain x boleh sbb kena bergayut dgn tali
Laluan KFC "Killing Fitness Centre"
Laluan Tmn bonsai yg marvelous
Nice View up here. ke Check point Bukit Botak

No comments:

Post a Comment