Search This Blog

Tuesday, 15 April 2014

Made in Malaysia - Film

  Art is subjektif. Seni itu indah.  Untuk menghasilkan sesuatu indah bukan satu kerja yang mudah. Filem juga salah satu cabang seni.  Filem Melayu bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40-an. Sekitar 50-an - 60-an Jalan Ampas di Singapura dan Jalan Ampang di Malaysia, menjadi terkenal sebagai pengeluar filem-filem Melayu. Ramai pelakon yang berbakat mempunyai teknik lakonan yang baik dan menonjol pada masa itu seperti P.Ramlee, ,Nordin Ahmad dan sebgainya. Bagi aku setakat ni filem P.ramlee still evergreen dan terbaik  walaupun dah  berpuluh tahun lamanya
   Pada hari ini,dah banyak filem tempatan yg  bg aku 'not bad'  sbb masih ada nilai artistik. Bg aku filem yg terbaik x semestinya mencatakan kutipan tinggi atau mendapat publisiti yg bnyk. Ttp diingati  sehingga masa yang mendatang. Kebanyakn filem yg  yg hebat  dihasilkan berdasarkan realiti semasa atau filem rakyat. Bkn mcm kebnyakan filem skrg yg lbh memaparkan ilusi yg berlebihan. Kalo kaya tu melampau2 kayanya. Ad kereta  BMW, Merc dll. Anak Datok. Ad projek juta2 dll. Tp isi cerita"null".
   Selain tu filem tempatan turut dimeriahkan dgn filem indie.Filem bebas, atau juga dikenali sebagai filem indie, ialah filem yang dihasilkan kebanyakannya di luar dari  studia filem utama. Istilah ini juga boleh merujuk kepada filem seni (art film) yang berbeza dengan jelas daripada kebanyakan filem pasaran umum. Tambahan kepada ia dihasilkan oleh syarikat pengeluar bebas, filem indie sering kali dihasilkan dan/atau diedar oleh subsidiari studio utama. Untuk dianggap bebas, kurang dari separuh pembiayaan filem datangnya dari studio utama. Filem indie seringkali tidak dapat dibezakan dari kendungannya dan gaya dan cara yang mana artistik peribadi penerbit filem dihasilkan. Biasanya, tetapi tidak semestinya, filem bebas dihasilkan dengan belanjawan lebih rendah berbanding filem studio utama.Apapun semuanya terpulang kepada selera masing2. Msg2 ada minat msg2.  So this is my favourite malaysia film. Aku x senaraikan  filem P.Ramlee sbb semuanya ceritanya legend.

Filem Kami 1982
  Filem ini mengisahkan dua orang yang masih mentah usianya, Tookoo dan Din, yang melarikan diri daripada rumah penjaga mereka untuk mencari kebebasan dan rezeki di kota.  Terpaksa tinggal di bunglow usang beralaskan kotak, mencari botol kosong, mencuci kereta, mengutip sampah dan pelbagai pancoroba hidup demi sesuap nasi. Bg aku filem mcm ni menyedarkan kita bhw sewaktu kita enak menikmati McD terdapat segelintir manusia yg terpaksa struggle utk mencari sesuap nasi utk mengalas perut. Satu2nya filem Allahyarham Sudirman.

Kembara Seniman Jalanan
Filem ini diarahkan oleh Nasir Jani pd thn 1986. Mengisahkan  Bujang lakonan M.Nasir yang baru tiba di ibukota untuk mencuba nasib sebagai artis rakaman telah bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus (lakonan Pyan Habib) di Hentian Puduraya.Osman merupakan seorang penyeluk saku @ pencuri sepenuh masa. Pertembungan itu mengakibatkan dompet Bujang juga turut menjadi mangsa Osman. Terpaksa tinggal di Bunglow usang bersama Osman Tikus utk meneruskan hidup di kota dengan bermain muzik di tepi jalan sehinga diterima oleh syarikat rakaman indie @ bebas. Penipuan, rasuah dan hak cipta muzik, diceritakan Nasir Jani melalui Kembara Seniman Jalanan tanpa prejudis sedikit pun. Apakah untuk menjadi popular sebagai seorang penyanyi, kita perlu mencuri hak cipta orang lain yang bertungkus lumus berkarya dan merasuah para wartawan untuk membuat liputan terbaik bagi sesuatu album, sedangkan hasilnya adalah penuh dengan penipuan? Mungkin barangkali situasi tersebut masih lagi berlaku dalam industri muzik ketika ini?
Dari Jemapoh ke Manchestee
 Filem ini diarahkan oleh pengarah kontrovesi Hishamuddin Rais ditayangkan pd thn 1998. Filem yang berlatarkan zaman 70-an ini mengisahkan dua anak muda Yadi dan Mafiz dari sebuah kampung di Jemapoh N9  dalam perjalanan ke   England untuk mencapai hasrat masing-masing hnya dengan menaiki Volvo lama berwarna merah. Yadi ingin ke Manchester untuk melihat bintang  bola sepak kesayangannya George Best sementara Mafiz ingin mencari ayahnya seorang kelasi yang dikatakan berada di Liverpool. Dalam perjalanan itu, banyak halangan pahit manis yang terpaksa ditempuhi. Mesej utama filem ini adalah kejar impian msg2 sementara msh muda. Tiada yg mustahil



Rock 2005
 Aku  rs ramai yg dah tengok cerita ni.Diarahkan oleh Mamat Kahlid & ditygkan pd tahun 2005 dan menjalani pengambaran di Taiping. Menceritakan keinginan anak2 muda sekitar awal 80-an yg terdedah kpd pengaruh muzik rock pd ms itu yg berkeinginan menubuhkan sebuah band muzik. Mereka mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita untuk menjadi sebuah kumpulan rock yang berwibawa dan berwawasan. Impian untuk menjadi terkenal semakin meluap-luap apabila mereka mengetahui satu pertandingan Battle of The Bands iaitu pertandingan untuk mencari sebuah band rock terbaik akan diadakan di tempat mereka.


Goodbye Boys
 Filem ini diarahkan oleh Bernard Chauly dan ditayangkan pd thn 2006. Mengisahkan 8 ahli pengakap yang mengharungi ekspedisi sejauh 100km selama lima hari tanpa menggunakan kenderaan. Dalam ekspedisi tersebut, pelbagai rintangan  harus diharungi oleh kelapan-lapan sahabat tersebut untuk mematangkan diri serta meraih gelaran Pengangkap Diraja. Memaparkan pancaroba remaja seperti masalah keluarga, persahabatan, mencari identiti  dll sbg  kenangan apabila dewasa kelak.


Lagenda Budak Hostel

Filem terakhir melayu yg aku tengok setakat ni. Filem arahan Bob Hashim  ditayangkan pada tahun 2013 ni
mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Kedua-duanya cukup disegani dan digeruni pelajar lain di asrama itu yang berhadapan kes buli setiap hari. Bahkan, yang bagusnya setiap aktiviti nakal dilakukan Put dan Kodan tidak pernah ditangkap warden asrama, Cikgu Angah (Angah Raja Lawak). Malah, mereka juga bersaing merebut hati Seroja. Cerita ni agak nostalgik bagi aku sbb ia  menigatkan aku semasa zaman sekolah asrama dari Ting 1 hingga Ting 5. Pengalaman dirotan warden, basuh baju sendiri, di ragging oleh senior, beratur waktu makan dan lain2 semuanya asam garam dalam kehidupan asrama yg mematangkan diri pelajar utk menghadapi cabaran yg lebih mencabar selapas habis menempuh alam persekolahan kelak. 

No comments:

Post a Comment