Search This Blog

Monday, 17 February 2014

Jalan- jalan Cari Makan Taiping....(pt 4).. Ketam Masak Cili

  Kawasan Matang dan Kuala sepetang terkenal dgn beberapa kedai makan yang popular. Kebanyakan orang ramai tahu Mi Udang . Tp sebenarnya bnyk lagi  kedai mkn yg popular dan unik kt kawasan ni yg ramai x tahu. Antara  favourite aku  adalah Kedai Makan Asroza yg popular  dgn  masakan ketam masak cili. Kedai ni terletak di Matang Gelugor x jauh dari Kuala sepetang.
   Kebanyakan  regular pelanggan kat sini akan memesan dulu menu ni sebelum pergi sebab ketam ni di masak apabila di pesan untuk mengekalkan kualiti kepanasan masakan. Kalo nak order ms smpi pun boleh tp kn la tunggu skit. Kedai ni spesial sbb masih mengekalkan ' harga kampung' sebab market dia lbh kepada penduduk kampung berbanding Mi Udang yg lebih kpd market seluruh Malaysia yg lebih mhl. Lokasi  kedai ni tersorok skit. Tp masakan dia mmg superb  sbb ketam fresh dan kuah yg pekat dan lazat. Harga pula dlm RM2-Rm4 bergantung pada saiz. Selalunya kalo mkn dua orang 3 ketul dah cukup. Ketam selalunya dimakan bersama ulam. ........Marvelous..
  
Masakan Ketam bercili yg superb

/Lebih sedap di makan panas2...Perghh

Sunday, 16 February 2014

Pisau.........1


   

  Pisau  adalah senjata  yg plg mudah dan lama  digunakan oleh manusia. Zaman  dulu mungkin pisau diperbuat dari  batu. Revolusi  penghasilan  pisau  berubah -ubah  dari semasa ke semasa sehingga pisau dihasilkan dari besi. Sebenarnya kualiti pisau bergantung  pada  jenis  besi  yang digunakan. Antara  besi  berkualiti  yang sering digunakan dalam  penghasilan  pisau  dan parang  ialah besi paku keretapi lama, spring  kereta  yang berkualiti, bajak jentera, mata pemotong besi dll.
  Pisau x mcm  senjata api  yang lain yang berisiko  untuk jammed atau rosak . Selain itu ialah adalah  senjata  yang  senyap  dan  sesuai  untuk  operasi stealth atau  penyusupan. Pisau antara keperluan  utama  semasa  survival  di  dalam  hutan.  Pisau menjadi trademark pasukan khas  atau komando. Mereka  ditauliahkan pisau dan beret sebagai tanda  mereka telah  lulus ujian dan bersedia memikul tanggungjawab untuk menjalankan  apa   jua misi  untuk  mempertahankan negara.
   Pisau juga  mempunyai signature individu tertentu. Setiap pisau mengambarkan karekter  individu tertentu. Apa pun pisau ni bermanfaat kalo digunakan  dengan tujuan baik dan akan jadi mudarat  jika digunakan  untk tujuan  tidak  baik. So kat sini ad  beberapa list pisau yg popular-....


Pisau Bear Gryll-Man Vs Wild
  Pisau yg sering digunakan oleh Bear Gryll utk Siri Man Vs Wild yg menceritakan bagaimana untuk menjalakan aktiviti ikhtiar hidup dalam pelbagai lokasi dan situasi. Beliau merupakan bekas pasukan khas SAS. Disertakan dgn fire starter iaitu penghidup api dalam pelbagai cuaca. Berwarna oren untuk mudah dikesan.


Pisau Rambo-Rambo1 First Blood
Pisau legend dalam movie Rambo. Bersaiz agak besar. Mempunyai  mata  gergaji  untuk memotong kayu besar. Mengandungi pelbagai alatan survival dlm hulunya. Antaranya ialah  mancis tahan lembap, mata kail, jarum dan kompas di hujungnya.

Monday, 10 February 2014

Taiping Interesting Places 4......Burmese Pool

  Kat Taiping ni ad bnyk tempat mandi air bukit  yg fresh dan menarik. Lebih kurang ad 4-5 tempat mandi yg ad kat sini .Tmpt yg sering  menjadi kunjungan orang ramai  adalah  Burmese  Pool  yang  ada  terletak di bandar  Taiping. Tempat ni  mmg rami ms cuti  dan  hunjung  minggu. Terletak x jauh dari  lokasi  Kolam  renang Maxwell yg aku dah review  sblm ni.
   Kat sini dah  ad  mcm2 kemudahan untuk keselesaan  pengunjung mcm tandas, restoren, kedai cenderamata  dan lain2. Setiap  parking  kereta  dikenakan  bayaran rm2. Deruan air lata yang sederhana laju menerjah batuan besar menghiburkan halwa telinga di tambah suara unggas rimba memberikan kedamaian dan ketenangan semula jadi. Bagi pencinta alam, meneroka di hutan sekitarnya cukup menakjub­kan kerana mereka bukan saja menemui pel­bagai flora hutan, malah berpeluang mendekati pelbagai spesies fauna. Justeru, tidak sah rasanya kunjungan ke Taiping jika tidak merasai kesejukan air terjun di Burmese Pool serta tempat-tempat lain di situ.
    Kawasan tempat mandi kat sini  ad yg cetek dan ad yg dalam . So kena pandai2 "ukur baju di badan  sendiri".Bagi memudahkan pengunjung sampai ke kawasan atas air terjun, sebuah jambatan juga dibina di situ.Apa2 pun  keselamtan perlu diutamakan  bila cuaca mendung dan hujan turun  kawasan mandi mcmni perlu ditinggalkan segera untuk mengelakkan "kepala air" mengganas menyebabkan air tenang menjadi laju dan keruh. Yelah Taiping kan tempat plg bnyk hujan kat Malaysia ni. ...

Kawasan burmese pool yg cetek

Jambatan lama merentangi Sungai

Port  chantek utk mandi. Kawasn hijau tu tmpt dlm

TLDM Lumut Navy Malaysia -Junior Summer Camp.....Part 2 (PASKAL)


    Pasukan Khas  Laut  atau  PASKAL merupakan  pasukan  elit  dari  Tentera  Laut Diraja  Malaysia.Unit ini juga diperkatakan  sebagai  pasukan elit no.1 di  Malaysia  kerana  terkenal  dengan  sistem  persenjataan, taktikal  dan kelengkapan jauh  lebih  moden  daripada  pasukan  elit ATM dan  PDRM. Memulakan  operasi  pada 1 Oktober  1980  dan  menjalankan 3 cabang  operasi  meliputi  darat  ,udara  dan  udara.Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.
    Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.
     Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.
  Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.Antara  kejayaan  PASKAL  yg menjadi  kebanggaan negara adalah bila dpt mengalahkan Lanun  Somalia  yg cuba  menawan Kapal dagang Bunga Laurel 5 di Teluk Eden yg menjadi  sebutan dlm  media massa bukan sahaja di Malaysia  malah media luar negara.
   So bila ada peluang melawat  tempat latihan PASKAL  adalah "dream come true" bg aku. Bg aku dlm bnyk aktiviti yg dibuat dlm  Perkhemahan ni aktiviti ni plg best sekali. Pegawai NAVY yg join kem ni pun bgtau aku ni first time dia dtg tempat ni sbb bukan sebrangan org boleh msk. Kt sini diorang x pun ceritakan latihan ngan misi  diorang. cuma diorang tunjukkan skil ikhtiar hidup seperti mcmana nk msk dlm hutan, nk buat perangkap , shelter, tumbuhan yg boleh dimakan dan  jungle  tracking. Untuk Keselamatan anggota PASKAL gambar  tidak  di ambil secara  terus  memaparkan wajah mereka. NI baru genggampisau  yang sebenar.


Pintu gerbang ke tempat Latiahn PASKAL


Stretching dan warm up sebelum  jungle  tracking
Jungle  Tracking
Taklimat  tentang survival di  hutan

Sunday, 9 February 2014

TLDM Lumut Navy Malaysia -Junior Summer Camp.....Part 1

 Hujung tahun lepas  aku berkunjung ke Pengkalan TLDM ats misi  y membawa  pelajar2 "bertuah" atau "aktif" utk didisiplinkan mengikut  disiplin ketenteraan ATM dan polis   . Pihak keselamatan  negara  yang  terlibat  seperti  Tentera darat, Tentera Laut ,Tentera Udara  dan Polis  berganding bahu bersama-sama  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  KPM menerapkan disipilin  pihak beruniform utk  pelajar ini.
  Bg ini  ini  satu  inisiatif yg  baik  sebagai salah satu alternatif utk  mendisiplinkan  pelajar yg  sngt istimewa ini. Kem ini  diadakan  di pengkalan TLDM Lumut iaitu  pengkalan TLDM  yg terbesar  di negara  kita. Kem  sebelum  ini  diadakan di  PULAPOL Ulu Kinta, Ipoh kalau  x silap  dimana  pasukan komando polis VAT 69 turut dilatih di sana. Mungkin di masa  yang yg mendatang  kem ini  di buat  di Kem Tentera  Darat  atau di Kem  Tentera  Udara.
    Sebaik  sahaja tiba di pitu hadapan kami disambut  oleh   seorang pegawai TLDM  iaitu Encik Hilimi  yg bertgjwb  sbgi jurulatih utk  pelajar.Kem  tentera  x boleh masuk  ikut  suka  hati. Perlu kepada  kebenaran  atau  pas  lawatan yg dibenarkan. Kami  kemudian  dibawa  ke dewan dan  berkumpul  bersama- sama  pelajar  lain.Sebaik  tiba  di sana  operasi  spotcheck terus dibuat  kepada  beg  pelajar  dan badan peserta  untuk  memastikan  pelajr tidak  membawa  bahan  terlarang  seperti  rokok dll. Telefon  bimbit  di tanda dan dirampas  dan  diserahkan  kepada pihak  yg  bertanggungjawab.
    Pelajar  diberi  taklimat   dan  diberi  brngn percuma  seperti  t-shirt, bag, traksuit, buku  dan  pen. Pelbagai aktiviti  yg  dibuat bermula dgn fitness waktu pg.Lawatan  dan pameran pada waktu tengahari. Berkawat  dan  bersukan pada  waktu  petang  dan  taklimat  serta  ceramah  pada  waktu  malam. So far  aktiviti berjalan lancar termasuk  aktiviti torturing pada pukul 12 mlm  kerana  pelajar  bising pada  waktu  malam. "Naik motor"  atau  half squat  adalah  denda dikenakan atas  kesalahan  mereka. Mereka juga dienda utk  membersihkan  kawasan  kediaman  sehari  sebelum  pulang. Hambek ko. Main2 dgn geng askar kan dah kena.
  


Spot check  sebelum kem bermula. dilakukan oleh NAVY
Kerjasama antara 3 pasukan keselamatan dalam mendisiplinkan pelajar istemewa ini.
Fitness  setiap pagi

Wednesday, 5 February 2014

Taiping bike week

  Skrng ni  motor besar dah jd trend masa kini. Mungkin  harga  motor besar ni skrg dh murah dan macam -macam pilihan dari brand motor yg popular x mcm dulu. Kalo ikut trend skrang kawasaki yg mendominasi  pasaran motor besar tempatan. Bermula dengan kawaski 150 rr, ninja 250r, z250r , er6-n, er6-f, z850  hingga  z1000. Kalo model lain pulak x bnyk sngt model berbanding kawasaki. Tp  model favourite aku adalah Honda dan Yamaha sebab aku pernah pki honda EX5 dan Yamaha lagenda 115. Mmg puas hati x bnyk problem . Aslkan jaga minyak hitam cukup. Plg jauh aku pernah travel naik motor adalah dr Taiping ke Ipoh. Jarak perjalanan dalam  60 km. Ok jer.Motor yamaha lagenda aku msh digunakan sehingga sekarang.
  Thn lps Bandar Taiping mengadakan Taiping bike week bermula hari Jumaat hingga Ahad. Mcm2 jenis motor ada. Ada superbike, touring bike, easy rider, 2 stroke bike , cup dll. Kat sinilah bikers akan menghabiskan ms berkumpul sambil berkongsi minat masing2 tentang motorsikal masing2. Aku meminati motor2 lama mcm kawasaki Vulcan 500 ngan  kawsaki ninja ZXR 250  dua2 skrng market dlm RM 10000 . Kalo motor baru  1st   choice adalah  Yamaha  xj6  600cc 4 piston . Harga  dlm RM 38,000 cash.Top speed dlm 200 km/h. 2nd choice adalah kawasaki z250 2 piston. Top speed dlm 170-180 km/h. Harga dlm RM 21,000 cash. Tp tu semua  cuma  angan 2 jer kalo ada duit lebih. Apa pun aku kena utamakan priority dlm hidup aku.Beli motor  berkuasa  tinggi jatuh ranking no 4 dlm priority aku.

Virago 535 . Jgn ragu -ragu menunggangnya
 Kawa ER-6F. Tp banyak yg pki jenis ER-6N . 600cc