Search This Blog

Saturday 26 May 2018

Once Upon A time in 90s.. Japan Anime (Pt2)

1. Anime   merujuk kepada  kartun buatan Jepun
2. Kita boleh bezakan anime dengan kartun Barat  berdasarkan bentuk  mata  yang besar, comel
    dan yang penting ada cakap bahasa jepun atau  tulisan jepun pada  montaj atau kredit penerbit
3. Pada era 90an antara negara asia  yang dikagumi di seluruh dunia dari segi ekonomi dan
    teknologi ialah Jepun.
4. Antara  produk keperluan harian jepun yang terkenal ialah Sony, Panasonic, Aiwa (walkman),
    Toshiba dll.
5. Malah Perdana kita masa itu iaitu Tun M telah melancarkan kempen Dasar Pandang ke Jepun
     pada  waktu  tersebut
6. Antara  projek negara  yang berjaya masa  tersebut  adalah pengeluaran Kereta Nasional  Pertama
     iaitu  Proton Saga  hasil  kerjasama  Proton dengan Mitsubishi.
7.Namun bagi aku masa tu yang aku tahu anime atau kartun Jepun banyak mewarni zaman kanak-
    kanak aku.
8. Antara  anime  yang berstatus "Evergren" pada zaman tersebut ialah.....

Dragon Ball Z- Mengisahkan pengembaraan  Goku dan rakan-rakan mencari  7 biji Dragon ball serta menentang  musuh sepanjang  perjalanan  . Kebanyakan musuh yang  di tentang menjadi sahabat Goku.

Macross A.K.A Robotech- Mengisahkan peperangan antara robot atau Mecha di angkasa. Mirip macam Star Wars

Mengisahkan Stig Bernard seorang askar yang membantu penduduk  Bumi  menentang musuh dari angkasa lepas terutamanya robot inbit. Pada zaman tersebut manusia kebanyakan tinggal diangkasa lepas kerana bumi sudah tercemar dan kekurangan sumber hidup.Motor dalam cerita ni boleh bertukar kepada body armour. Cerita ni  merupakan sambungan dari anime  Macross




Slam Dunk- Mengisahkan Perjuangan Pasukan Bola Keranjang  Sekolah Tinggi Shohuku untuk  memenangi Kejohanan bola keranjang  di peringkat tertinggi. Pelbagai kisah suka dan duka  sepanjang bergelar pemain bola keranjang. Hero utama ialah Hanamichi Sakuragi

Initial D- Mengisahkan Takumi Fujiwara  seorang Drifter  "underdog" yang mengalahkan pro drifter dari pelbagai  pasukan dan individu di Bukit Akina..Takumi dilatih drift oleh bapanya Antara  teknik yang digunakan  oleh bapanya ialah  membawa tauhu ke destinasi  tertentu dengan  meletakkan cawan berisi air di atas dashboard dan memastikan ia tidak tumpah dengan kelajuan yang tinggi. Setiap selekoh pula  dilalaui dengan teknik seretan aatu "drift".Cerita ini mempopularkan kereta lagenda Toyota AE86 di seluruh dunia.

Doraemon-  Mengisahkan Robot kucing yang bernama Doraemon yang membantu Nobita yang  sering mendapat 0 dalam peperiksaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupannya terutamanya  dari sering dibuli oleh Giant.





No comments:

Post a Comment