Search This Blog

Monday, 28 April 2014

MyRide (Blue trueno) Maintainace and Fix

 Aku rs ni first time aku hantar maintainace kete aku dlm thn ni. Thn lps ad skali hantar repair aircond sbb compressor problem. Alhamdulillah aircond dah ok. Selain tu maintainace biasa jer tukar minyak hitam. Mlm smlm ad event kat masjid. Aku parking kawasan gelap dan berlumpur. Ms reverse x perasan ad mcm  ranting kayu kat blkg. Aku main redah jer. As a result tank minyak aku bocor mgkn terkena hujung ranting yg tajam mybbkan oil tank aku bocor. Bocor skit jer tp utk long term boleh kering minyak aku.
 .So far kete ni x pernah pernah mengecewakan aku. Speed mmg tip top. Pickup pun cepat. Bunyi ekzos pun lunak merdu bak buluh perindu. Cuma skrg dh tiba msnya nk servis atau tuka absorber sbb dah lembut. Timing belt pun dh boleh tuka sbb dh lbh 100,000 km.
  Tempat aku repair kete ni mmg famous kt Taiping utk buat body kete dan cat. Kerja dia mmg tip top dan cepat. Harga pun x mhl sngt . Semua total aku bukak tank, cuci ngan welding dlm RM 150. Dia bg waranty kalo jd apa2 jumpa dia blk.  Bg aku dlm servis  yg penting adalah kualiti. X guna kalo harga murah kalo customer x puas hati.

Jek and jerk

Tuesday, 15 April 2014

Made in Malaysia - Film

  Art is subjektif. Seni itu indah.  Untuk menghasilkan sesuatu indah bukan satu kerja yang mudah. Filem juga salah satu cabang seni.  Filem Melayu bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40-an. Sekitar 50-an - 60-an Jalan Ampas di Singapura dan Jalan Ampang di Malaysia, menjadi terkenal sebagai pengeluar filem-filem Melayu. Ramai pelakon yang berbakat mempunyai teknik lakonan yang baik dan menonjol pada masa itu seperti P.Ramlee, ,Nordin Ahmad dan sebgainya. Bagi aku setakat ni filem P.ramlee still evergreen dan terbaik  walaupun dah  berpuluh tahun lamanya
   Pada hari ini,dah banyak filem tempatan yg  bg aku 'not bad'  sbb masih ada nilai artistik. Bg aku filem yg terbaik x semestinya mencatakan kutipan tinggi atau mendapat publisiti yg bnyk. Ttp diingati  sehingga masa yang mendatang. Kebanyakn filem yg  yg hebat  dihasilkan berdasarkan realiti semasa atau filem rakyat. Bkn mcm kebnyakan filem skrg yg lbh memaparkan ilusi yg berlebihan. Kalo kaya tu melampau2 kayanya. Ad kereta  BMW, Merc dll. Anak Datok. Ad projek juta2 dll. Tp isi cerita"null".
   Selain tu filem tempatan turut dimeriahkan dgn filem indie.Filem bebas, atau juga dikenali sebagai filem indie, ialah filem yang dihasilkan kebanyakannya di luar dari  studia filem utama. Istilah ini juga boleh merujuk kepada filem seni (art film) yang berbeza dengan jelas daripada kebanyakan filem pasaran umum. Tambahan kepada ia dihasilkan oleh syarikat pengeluar bebas, filem indie sering kali dihasilkan dan/atau diedar oleh subsidiari studio utama. Untuk dianggap bebas, kurang dari separuh pembiayaan filem datangnya dari studio utama. Filem indie seringkali tidak dapat dibezakan dari kendungannya dan gaya dan cara yang mana artistik peribadi penerbit filem dihasilkan. Biasanya, tetapi tidak semestinya, filem bebas dihasilkan dengan belanjawan lebih rendah berbanding filem studio utama.Apapun semuanya terpulang kepada selera masing2. Msg2 ada minat msg2.  So this is my favourite malaysia film. Aku x senaraikan  filem P.Ramlee sbb semuanya ceritanya legend.

Filem Kami 1982
  Filem ini mengisahkan dua orang yang masih mentah usianya, Tookoo dan Din, yang melarikan diri daripada rumah penjaga mereka untuk mencari kebebasan dan rezeki di kota.  Terpaksa tinggal di bunglow usang beralaskan kotak, mencari botol kosong, mencuci kereta, mengutip sampah dan pelbagai pancoroba hidup demi sesuap nasi. Bg aku filem mcm ni menyedarkan kita bhw sewaktu kita enak menikmati McD terdapat segelintir manusia yg terpaksa struggle utk mencari sesuap nasi utk mengalas perut. Satu2nya filem Allahyarham Sudirman.

Kembara Seniman Jalanan
Filem ini diarahkan oleh Nasir Jani pd thn 1986. Mengisahkan  Bujang lakonan M.Nasir yang baru tiba di ibukota untuk mencuba nasib sebagai artis rakaman telah bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus (lakonan Pyan Habib) di Hentian Puduraya.Osman merupakan seorang penyeluk saku @ pencuri sepenuh masa. Pertembungan itu mengakibatkan dompet Bujang juga turut menjadi mangsa Osman. Terpaksa tinggal di Bunglow usang bersama Osman Tikus utk meneruskan hidup di kota dengan bermain muzik di tepi jalan sehinga diterima oleh syarikat rakaman indie @ bebas. Penipuan, rasuah dan hak cipta muzik, diceritakan Nasir Jani melalui Kembara Seniman Jalanan tanpa prejudis sedikit pun. Apakah untuk menjadi popular sebagai seorang penyanyi, kita perlu mencuri hak cipta orang lain yang bertungkus lumus berkarya dan merasuah para wartawan untuk membuat liputan terbaik bagi sesuatu album, sedangkan hasilnya adalah penuh dengan penipuan? Mungkin barangkali situasi tersebut masih lagi berlaku dalam industri muzik ketika ini?
Dari Jemapoh ke Manchestee
 Filem ini diarahkan oleh pengarah kontrovesi Hishamuddin Rais ditayangkan pd thn 1998. Filem yang berlatarkan zaman 70-an ini mengisahkan dua anak muda Yadi dan Mafiz dari sebuah kampung di Jemapoh N9  dalam perjalanan ke   England untuk mencapai hasrat masing-masing hnya dengan menaiki Volvo lama berwarna merah. Yadi ingin ke Manchester untuk melihat bintang  bola sepak kesayangannya George Best sementara Mafiz ingin mencari ayahnya seorang kelasi yang dikatakan berada di Liverpool. Dalam perjalanan itu, banyak halangan pahit manis yang terpaksa ditempuhi. Mesej utama filem ini adalah kejar impian msg2 sementara msh muda. Tiada yg mustahil

Tuesday, 8 April 2014

My Folding Bike

 Dah lama aku x naik basikal. Ms sekolah dulu selalu gak naik basikal . Ni jelah transport yg ada dan 'legal'. Nilah kenderaan nk pi sekolah, main,  mandi sungai, tangkap ikan ,pegi surau ,main bola dan ronda2. Kdg rasa letih jgk bwk basikal ni lbh2 lg bila bwk orang  tp ms tu x fikir sngt yg penting seronok. Basikal yg ada masa tu adalah BMX biasa jer. X de modified aper sbb ms tu instint nk modified belum ad.
  Sebenarnya aku dh lama dah beli basikal lipat ni. Cuma jrg guna. Jenama basikal lipat ni atau' folding bike' ni adalah Raliegh Ugo  7 speed. Harga dlm Rm 8** . Berat dlm 13 kg.Aku rs  plg jauh pun aku bwk basikal ni dlm jrk 12km ms program kembara merdeka. Dh lama x naik basikal ni. Kdg2 je naik pusing2 tmn. Basikal ni x mcm mountain bike atau road bike yg laju dan sesuai utk long distance. Size roda pun cuma 20" berbanding mountain bike dlm 26". So mmg  slow skit kalo bwk basikal lipat ni. Tp kelebihannya dalah ia boleh dilipat dan dimasukkan dalam kereta walaupun kancil. Kalo mountain bike mmg x boleh masuk dlm kereta kecik. Kalo letak kat bumbung bolehlah. Selain tu bskl ni mudah dibawa utk travel naik public transport seperti bas dan keretapi.
   Skrg naik basikal dh jd trend. Kdg2 mlm pun ada orang naik. Tp kena jg safety mcm pki baju terang dan psg lampu. Antara faktor utama org naik basikal  ni adalah utk jaga stamina bdn dan kuruskan bdn. Tp ada jugak yg  fanatik dgn dunia basikal ni dan snggp laburkan ribuan ringgit utk aksesori dan  beli brg2 basikal yg berkualiti utk kelajuan  dan ketahanan. Mlh kategori hardcore ni sering memasuki tournament dan event yg dijalankan dimana- mana. Apapun bg aku semuanya terpulang kepad individu  msg2. Bila dh minat soal duit jd perkara kedua. Yg penting kepuasan diri.


New from box

Sebaris dngn transport  aku yg lain

Saturday, 5 April 2014

Taiping Interesting Places 5.......(Perpustakaan Awam Taiping)


   Membaca jambatan ilmu. Dulu aku minat membaca. Selalu gak pg kedai buku tgk apa buku yg best yg boleh dibeli. Selalunya buku yg aku beli lebih kepada motivasi dan komik. Skrg still jgk pg kedai buku tp dh kurang membeli mcm dulu.  Mngkin kekangan masa utk membaca atau skrg dah ada kemudahan online utk membaca. The best places utk membaca adalah perpustakaan. Alhamdulillah di Taiping ad perpustakaan  yg indah  dan mesra pengguna.Aku selalu jgk pg perpustakaan ni utk baca surat khabar dan majalah. Dibuka  setiap hari dari pukul 9 pg smpi 5 ptg.Cuti hari Isnin dan cuti awam. Hari Ahad buka dr pkl 9 pg hingga pkl 1 ptg.
    Pada asalnya bangunan kerajaan ini pernah menjadi premis Charted Bank of India, Australia dan China yang kemudianya dikenali sebagai Standed Charted Bank yang telah membuka agensinya di Bandar Taiping dalam tahun 1888. Ia telah disewakan kepada Charted Bank dengan peruntukan permulaan sebanyak RM40,000.00 . Pihak majlis Bandaran Taiping telah menjadikan bangunan ini sebagai Perpustakaan Peringatan Merdeka. Ia telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak pada ketika itu, yang bernama Almarhum Sultan Almutawakkil Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Kaddamsallah pada 5 November 1966. Pada Januari 1967, ia telah dibuka kepada orang ramai. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengambil alih pentadbiran perpustakaan pada 1986 dan dituka namanya kepada Perpustakaan Awam Taiping. Pada tahun 1990, bangunan tambahan telah dibuat dan siap dibina dan dibuka setahun selepas itu. Ia merupakan salah sebuah perpustakaan cawangan terbesar di negeri Perak.
   Bg  aku  membaca adalah slh satu cara  utk mendapatkan ilmu. Bahkan ayat pertama wahyu yg diturunkan kpd Nabi Muhamad S.A.W adlah Iqra'. So kita kenalah bnykkan  membaca terutamnya Al-Quran iaitu manual kehidupan manusia dunia dan akhirat. Bahkan kebnyakan teknologi yg kita pki skrg ni bnyk yg diambil dr Al-Quran samada kita sedar atau tidak.


Ruang membaca surat khabar dan majalah yang selesa. Kat sini la aku cari  iklan kerja termasuk kerja  aku skrg dlm paper. Skrg semua  iklan kerja dah online.

Ruangan membaca kanak- kanak

Wednesday, 2 April 2014

Grand Kampar Hotel

Cuti br ni mmg x de niat pun nk pg vacation. But anyway dpt gak aku pg vacation on duty dngn izin Allah sbb kn pg bengkel  kt  Hotel Grand Kampar selama 3H 2mlm.  Bengkel ni dibuat utk sipakan plan bangunan ngan maklumat plan utk inventori aset. Bengkel ni x striaght sngt.  Pg hari kedua dah siap. So bila dh siap boleh buat xtvt bebas. So apalagi jln2, mkn ngan lpk hotel smpi besok pg. Roomate plak ptg tu dh blk sbb kerja dh siap .So lpk sorg2 kt bandar kampar ni smpi pg esok  br chekout.  So far  hotel ni not bad berbanding hotel lain. Selesa dan sejuk.. So far ok gaklah skrg-krgnya dpt gak aku pg vacation  ni tanpa guna kos yg bnyk. Minyak ngan tol pun boleh claim.

Standard hotel deco

Sejuk dan Selesa

Hotel Grand Kampar