Search This Blog

Monday, 14 October 2013

Taiping Interesting places...3..Hutan Paya Laut Matang..



      At last dpt gak aku memecahkan kemalasan aku utk 'berblogging' kali ni.Lately bnyk perkara  yg menyerabutkan fikiran aku. Antaranya prestasi kerja yg agak down . Apapun bg aku segala yg berlaku ada hikmah msg2. Dengan kesilapan sebenrnya kita belajar benda baru. Bak kata  pujangga barat  " don't call it mistake call it education".Lives goes on.  Sebenarnya  apa yg aku nk ceritakan kt sini adalah antara tarikan utama yg  ada kat pekan taiping ni  iaitu   Hutan  Paya Laut matang. Ni merupakan antara destinasi wajib kalau singgah ke pekan Taiping . Menurut sumber pejabat hutan pengurusan hutan paya laut Matang merupakan antara  pengurusan hutan paya laut terbaik dunia dan menjadi rujukan negara lain.
        Antara tarikan yg ada kat hutan paya laut ni adalah boardwalk  yang  dikelilingi hutan paya bakau yg indah. Di sepanjang boardwalk  ni terdapat  beberapa info yang berkaitan hutan paya laut Matang seperti flora dan fauna yang ada di hutan paya Laut Matang . Selain tu terdapat juga chalet utk  disewa di sini. Agak selesa dan berpatutan mengikut rate kerajaan .  Aku rs plg mahal pun siap ekon dlm rm 80 jer. Dewan pun ada utk aktiviti berkumpulan. Bg kaki pancing pula boleh lah mencuba nasib di jeti berhampiran paya laut ni. Aku dah bersara dah bidang memancing ni atas sebab tersendiri.
      Tarikan lain yg ada berdekatan dengan kawasan hutan paya laut ni adalah restoran Mi Udang yg famous kt Taiping ni. Ada dua kedai yg ada kt sini iaitu Mak Teh dan Mak Jah. Tp aku prefer Mak Teh sebab kuah lbh pekat. Selain tu terdapat kilang arang dikawasan berdekatan  di mana pengunjung boleh melihat cara penghasilan arang. Apapun tempat di best utk dilawati kerana mempunyai flora dan fauna yg mendamaikan.
Boardwalk  di Hutan Paya laut Matang.
Info Pokok Bakau
Info Spesis pokok yg ada di Hutan paya Laut Matang
 

Monday, 2 September 2013

Merdayka Celebration....2013

  Berdasarkan pengalaman aku aku rs sekali jer aku sambut Hari Kemerdekaan . Tu pun ms bljr dkt universiti.kt Serdang, Selangor. Mula2 kitaorg   rancang pun main2 jer nk sambut merdeka. Last2 jd jugak pergi tu pun dah lmbt  dh nk mlm bru pergi. Kitaorg pg 3 tmpt. Mula2 Dtrn Merdeka klo x silap. Saje tgk sambutan kt sn. Ms tu ad persembahan kt sn oleh artis tempatan  . X brp meriah sngt. Bnyk org yg berkeluarga jer pergi . Lps tu bergerak ke Bukit Bintang. Ni baru btl2 happening. Mcm2 org termasuk mat salleh pun ad. Kt tepi jln ad 2-3 group buat breakdance dan persembahan lain . Dkt stage plk ad persembahan  dr artis kumpulan rock Jason Lo yg bwk lagu Evening News. Boleh dikatakan tmpt ni mmg sosial habis. Dh habis sambutan kt Bukit Bintang jln kaki pg KLCC. Walaupun dh hbs sambutan msh rmi lg org melepak kt sini. Ad jugk jumpa member ms sekolah dulu kt sini. Tp tegur camtu jer sbb msg2 ad haluan hidup msg2. Blk plk awal pg dlm pkl 3 pg kalo x silap. ms tu servis public transport dilanjutkan. Aku rs ni kali pertama dan terakhir aku sambut  merdeka  smpi mlm.......setakat ni laa.
  Fikir2 blk aku rs x bnyk manfaatnya sambut merdeka ni. Sebab time ni la bdk2 muda nk amik kesempatan blk lmbt dan buat aktiviti x berfaedah. Mlh time ni jugak bnyk benda x elok berlaks sebab pergaulan terlampau bebas. Aku rs kalo x sambut pun x jd masalah yg penting kita hayati sambutan kemerdekaan. Pernah sekali Malaysia x sambut Merdeka ms Pak Lah jd PM sbb time tu sma ngan sambutan hari raya. X de masalah pun. Kalo nk sambut pun bersederhana cukuplah.
    Jumaat lepas aktiviti sambutan merdeka tmpt aku adalah menunggang basikal mengelilingi kampung sejauh 15km. Sambil tu berhenti kat satu pit stop untuk makan dan  buat aktiviti kemasyarakatan dengan menyusun kerusi dan meja kat surau berdekatan utk program jamuan raya untuk malam tersebut..Ok gak buat sambutan raya camni. Badan sihat dan dpt menyumbang sesuatu kp masyarakat stempat. Apapun erti kemerdekaan pada aku adalah mempunyai jati diri yang kuat dan x terpengaruh dengan anasir luar yang x sihat.

Basikal berhias dengan bendera Malaysia siap utnuk berkonvoi

Antara basikal 'Custom Made' . Kreatif tp x praktikal. Handel rendah sngt . Lenguh nk kayuh

Friday, 23 August 2013

Orang Asli Tribe Mission -Tasik Banding,Grik Perak

5 hari sebelum hari raya aku pergi  ke perkampungan  orang asli utk kali ke brp pun aku dh lupa. Tp antara semua tempat yng aku pergi tempat ni yg plg 'asli' dan agak jauh dari  kehidupan bandar . Line telefon mmg x de apatah lg internet. Sebelum bertolak kena sediakan brngn makanan utk stok 5 hari mcm sardin, telor beras, acar buah, gula kopi dll.Kitaorang bertolak hari Jumaat 5 Aug dngn Nissan Xtrail & Ford Ranger. Mlm tu bermlm kt Kg Gerik. Pg Sabtu terus bergerak ke Jeti  Tasik Banding .Smpi kt sn bot JKOA (Jab. Kebajikan Orang Asli) dah lm tunggu.Bot diorang mmg laju. Guna 2 enjin setiap satu 200 hp . Dlm 45 minit smpi ke destinasi.
  Tempat ni mmg agk terpencil terletak di slh satu pulau dlm tasik Banding ni.  Nama perkampungan orang asli ni adlh Pos Chiong. Tempat ni mmg best . Sejuk ,nyaman tak tercemar dan dikelilingi oleh tasik. Rumah kt sini dlm 50 buah . Kebanykannya dah Islam sejak dr tahun 90'an.Tp pengamalan nmpk msh kurang. Surau x hidup walaupun bulan ramadhan.
   Air kena angkut dr sungai. Kdg2 pki air hujan sbb air paip selalu putus. Mlm x digalakkan berada  di tepi  sungai bnyk haiwan liar yg ada kt kawasan ni terutamanya gajah. Aku ad jumpa tpk kaki gajah ms ambil air dan nmpk babi hutan waktu mahgrib kt tepi sungai dr jauh. .Org asli kt sini baik2 belaka cuma diorg mcm malu2 skit. Yerlah jrg bergaul dgn orang luar. Apa pun ms kt sini adalah escapism yg sesuai utk memperbaiki diri krn jauh dr  kesibukan dan hiruk pikuk yg x berkesudahan.

Jeti tasik Banding, Grik perak.
Sign Board Hutan Belum, antara Hutan tertua di dunia

Monday, 15 July 2013

Penawar bg semua bulan..........Ramadhan


 Ramadhan adalah penawar bg semua bln. Kalo bulan lain kita mls nk beribadat dan membuat baik tp bulan Ramadhan ada suasana untuk membuat kebaikan. Masjid dah mula penuh terutamanya waktu malam untuk solat sunat Tarawikh. Selain itu ada  suasana org baca Al-Quran, solat sunat, berzikir dll. Ini kerana semua amalan digandakan . Kalo amalan sunat digandakan menjadi pahala wajib. Kalo amalan wajib digandakan menjadi 70 x ganda.
   Bulan ni jugak syaitan yg selalu menghasut manusia akan dibelenggu. Pintu syurga akan terbuka luas. So  inilah peluang terbaik untuk kita memperbaiki diri dan menjadi manusia yg lebih baik dr sebelumnya.


Dugaan bulan Ramadhan

Monday, 8 July 2013

Genting Higland.......Adrenaline rush

 Sabtu lepas pergi Genting. Bertolak dalam pkl 12.00 a.m sampai kat Genting dalm pkl 5.30 a.m.  Cuaca mmg sejuk pg cam ni lbh2 lg kt kawasan tinggi mcm Genting. Sepanjang perjalanan aku tido jer. Sedar2 dah smpi  kat  atas. Mls nk tgk luar tkt pening sbb jln bengkang- bengkok. Dkt lobi Hotel Fisrt world dh  rmi org tunggu. Lps solat Subuh cr kdi mkn. Harga mmg x ingat punya mahal . Sarapan pg Air teh tarik + Nasi lemak @ Mi goreng pun dah dkt RM.9.00. Tp don't worry sbb fast food pun bnyk kat sini. Ad McD, KFC, Marry Brown, Pizza huts , Burger King dll. Aku mkn kat Marrybrown jer. Harga pun x mhl sngt . Boleh lah mengalas perut. So kalo dtg sini kalo nk save bwk bekal. Lg satu beli asam atau candy utk meneutralkan rs pening lps main game kat sini.
   Kaunter tiket  bukak  dlm  pkl  9.00 pg. Kat sini ada  beberapa  pilihan. Ad indoor theme park ngan outdoor theme  park. Kalo nk main semua indoor  dan  outdoor harga dlm RM 70.00.  Kalo outdoor shj Rm 54. Kalo indoor shj RM32. Aku main outdoor shj.  Tiket yg diberi berupa gelang  tangan waterproof. Game pertama yg aku main adalah Flying Coaster. Kira mcm Roller  Coaster cuma posisi kedudukan seolah2 mcm nk terbang. Mula2 dia bwk kita naik atas pelan2 lps tu zooooooom terus laju menjunam, pusing2 dan belok ngan kelajuan tinggi. Aku tutp mata jer. Rs mcm nk tercabut jantung pun ada. Dh hbs game tu nk jln pun menggigil lutut.
   Game kedua yg aku main adalah Spinner  iaitu  buaian yg dimainkan dgn kelajuan tnggi. Mula2 pusing pelan2. Mkn lm mkn laju dan berpusing mengikut sudut tertentu. Dia punya melayang rs mcm nk tercabut buai pun ada. Hbs game ni aku mula rs lain mcm. Member aku ckp muka aku dh pucat. So the best thing adalah berehat.
   Bila dh rs lega sikit aku cuma jln2 jer tengok theme park ni. X  dinafikan kebanyakan game kat sini memang nk menaikkan adrenaline kita ke tahap maksimum. Aku rs dlm bnyk game Space shot yg plg 'badass'. Mula2 dia bwk kita naik pelan2 smpi atas lps tu turun dgn laju. Lps tu naik dan turun blk beberapa kali. Aku rs kalo aku buat ni boleh muntah dibuatnya.
   Dh hbs pusing theme park outdoor aku pg kawasan indor pulak. Kt sini ada beberapa game tp x bnyk mcm outdoor. Kt sini ad bnyk  outlet brgn branded mcm adidas, baju, jam beg dll. Dkt dpn stage ad persembahan dr luar negara yg krg aku minati. Aku x beli apa pun sbb harga semua mhl2. Dlm pkl 4.30 ptg kitaorg bergerak pulang. Smpi dlm pkl 10.30 mlm kt  Taiping. Blk tu lps mkn trs tidor sbb msh pening main game kat Theme ms  x hilang lg.

The beautiful First World Hotel

Tuesday, 25 June 2013

Viet War.....Unforgetable memories............1955-1975

  Perang Vietnam, ada kalanya disebut juga "Perang Indochina" ataupun "Konflik Vietnam". Dalam bahasa Vietnam, peperangan ini disebut sebagai "Perang Amerika" ataupun mengikut nama yang digunakan oleh Kerajaan Vietnam, Kháng chiến chống Mỹ (Peperangan Menentang Amerika). Peperangan ini melibatkan Republik Demokratik Vietnam (dipanggil juga Vietnam Utara) dan sekutunya menentang Republik Vietnam (ataupun Vietnam Selatan) dan sekutunyanya, khususnya Amerika Syarikat.
   Sekutu Vietnam  termasuk Barisan Pembebasan Vietnam  Selatan (Vietong) , Kesatuan Soviet  dan China . Manakala Vietnam Selatan  dibantu Amerika Syarikat , Australia , New Zealand   dan Korea Selatan  . Sekutu Vietnam Selatan  menghantar bantuan tentera untuk berjuang di Vietnam . Penglibatan tentera Amerika Syarikat  sebenarnya bermula sejak tahun 1959  lagi, tetapi bilangan tentera yang terlibat kecil. Askar Amerika dihantar dalam jumlah yang besar ke Vietnam Selatan  mulai tahun 1965  dan hanya berundur sepenuhnya dalam tahun 1973.Peperangan ini mengorbankan ramai penduduk awam. Peperangan tamat secara rasminya pada30 April  1975 apabila Vietnam selatan tewas keseluruhannya dan Vietnam dimenangi Vietnam utara yang pro komunis seterusnya menyatukan Vietnam menjadi republik Vietnam dan diperintah oleh presiden  iaitu Ho Chi Minh.
   Perang Vietnam juga menjadi saksi penggunaan pelbagai senjata yang meninggalkan  kesan mendalam dalam perang Vietnam.Antaranya M16 yang masih digunakan oleh ATM sehingga kini.
Helicopter Huey  yang sering digunakan dalam pengangkutan trup yang menjadi icon semasa perang Vietnam. Helicopter Chinok untuk pengangkutan bekalan makanan dan utiliti lain.
       Antara senjata  yang paling bahaya adalah  bom Napalm.Walaupun telah digunakan semenjak tahun 1944, penggunaan bom napalm secara meluas di Vietnam membuka mata dunia kepada kekejaman pengguna senjata ini. Dibuat menggunakan galian daripada asid naphthenic dan palmitic , campuran ini menjadi sejenis gel yang melekat. Apabila dicucuh, ia membakar pada paras 800 darjah celsius. Napalm  juga menghapuskan oksigen dari udara dan mengeluarkan carbon monosida dengan jumlah yang banyak. Bom napalm digunakan untuk mewujudkan dengan serta merta kawasan untuk pendaratan helikopter.       
        Senjata kedua berbahaya ialah senjata kimia atau agen oren. Amerika menggunakan racun herba atau agen oren semasa Perang Vietnam untuk menyebabkan pokok-pokok hutan menggugurkan daun supaya pergerakan Viet Cong dan tentera PAVN, dan untuk memusnahkan sumber makanan pihak musuh. Peranggas disembur daripada pesawat udara (biasanya pesawat C-123 Provider) yang terbang rendah sangat berbahaya, walaupun dalam jumlah yang kecil. Hampir 50 juta liter Agent Orange , mengandungi 170 kilogram dioxin disembur sepanjang Perang Vietnam.Agent Orange  dipersalahkan untuk kadar keguguran kandung yang terlampau tinggi, penyakit kulit, kanser, dan kecacatan semasa kelahiran. Tentera Amerika, Australia dan New Zealand juga mengalami kesan daripada Agent Orange.  Sejak tahun 1980, banyak kes saman diajukan terhadap Dow Chemical  dan Monsanto , pengeluar Peranggas yang digunakan. US$180 juta telah dibayar kepada veteran tentera di Amerika Syarikat, dan satu jumlah (tidak diketahui) dibayar kepada veteran Australia dan New Zelnd  dalam satu penyelesaian luar mahkamah. US$62 juta dibayar kepada veteran dari Korea Selatan .
    Honestly hari terakhir kat Vietnam ni memberi kesan mendalam dalam jiwa aku. Melihat kesan peperangan yang di pamerkan kat War Remnant Museum di sini  memberikan   aku gambaran betapa buruknya kesan peperangan. Penyeksaan, kehilangan orang, orang yang ditawan, kecederaan serius,  kesan senjata biologi dan kematian  mencatatkan satu kenangan pahit kepada mereka yang terlibat. Seolah2 pada waktu tersebut nyawa manusia tidak berharga. .War....easy to start... difficult to end... and impossible to forget."Give peace a chance".-Peace

M48 Patton tank. Tank Amerika ms prg Vietnam

Jet Fighter U.S ms perang Vietnam dulu

Helicopter Bell UH-1 (Huey). Helikopter ikon ms prg Vietnam dulu


Sunday, 23 June 2013

Vietnam.........Rise from war..Part 2

 Sungai Mekong antara sungai yg memainkan peranan penting bg  negara asian utara mcm Vietnam, Cambodia, Laos,Myanmar dan Thailand. Dr sungai ni penduduk tempatan mendapatkan air, sumber protien, jaringan perhubungan dan lain- lain. Begitu juga di Vietnam. Di sini  antara  tarikan utama adalah River Mekong Cruising. 2nd day kitaorng bergerak  ke jeti sungai Mekong untuk ikut  trip  mengelilingi Sungai Mekong dan pulau berdekatan.
   Sungai ni pernah  menjadi  saksi  peperangan  Vietnam dahulu. Kini  menjadi salah  satu  tarikan di Vietnam. Kitaorang cruising dengan bot yg besar melihat aktivit yg di jalankan penduduk setempat. Mula2 singgah ke pulau yg mengandungi  aktiviti  pemprosesan kelapa. Di sini  kelapa di peroses untuk di buat  pelbagai  produk termasuk gula- gula2 kelapa. Mcm2 perisa   ada termasuk pandan, kelapa ngan durian. Beli gak sikit sebab rare  dan sedap.
    Kemudian bergerak ke pulau menternak lebah. Sebaik tiba kitaorang di beri minum air yang dicampur madu  dan pollen. Diorang juga ada tunjukkan macamana nak bezakan madu asli  dan bukan. Caranya masukkan madu dalam mangkuk berisi air. Kacau perlahan2 dan kita dapati madu asli x bercampur dgn air dan membentuk corak berbentuk heksagon  berbentuk  sarang lebah. Aku beli sebotol. Kalo duit Malaysia dlm RM 15. Kt sini ad jugak jual souvineer lain. Baju, beg dll.
      Lps tu  kitaorang di jamu dgn buah- buahan temapatan. Sambil tu dihiburkan dengan  nyayian  live oleh orkes Vietnam. Dah nyanyi kena byr tips laa. Lagu  popular "Anak Kampung" dr artis Malaysia  pun diorang boleh nyanyi. Aktiviti seterusnya  adalah  menaiki sampan melalui hutan nipah. Mmg best. Dengan suasana yg tenang dan mendamaikan  rasa  ditambah dengan angin yg bertiup sepoi2 bahasa. Kat Malaysia susah nak cara suasana mcm ni.
     Lps makan tghari kitaorg bergerak ke pasar besar China Town. Kt sini lah tempat memborong pelbagai brg  termasuk pakaian, baju, beg, topi, kasut dll. Kalo beli bnyk mmg dpt harga yg murah.
Aku rs rmi bisnesman dr  Malaysia yg memborong kt sini.
     Kemudian kitaorang gerak ke Russian Market. Kat sini bnyk dijual brangan branded dgn harga yg murah. Sebenarnya walaupun Vietnam ni pengeluar barangan branded under licensed tapi itu semua utk  pasaran eksport. Cuma ad sikit2 jer yg di jual disini. Antaranya kat Russian Market ni. Aku beli beg camping deuter kt sini. Kalo  kat Malaysia rs dlm rm 2xx tp kt sini dlam rm80 jer. Tu pun x bnyk pilihan. Yg x ori bnyk lar.
      Mlm tu x buat ape2 cuma shopping utk  souvineer blk ke Malaysia kt Night Market. Mmg rambang mata ler shopping kt sini.

Central Saigon Post Office- arkitek post office ni sama dengan arkitek Eifel Tower kat Paris tuh

Nice coconut