Search This Blog

Friday, 9 December 2011

The beautiful Gunung Kinabalu

 Akhirnya aku menjejakkan kaki ke Sabah Negeri di Bawah Bayu untuk memakan rezki yang telah ditakdirkan untuk aku di sana. Masa ceramah kat masjid selalu aku dengar penceramah bagtau kalo rezki kita ad di tempat tu kita pasti ke sana utk mengambil rezki kita  wlaupun jaraknya beribu batu. So pd 16/11/11 aku ke Sabah atas satu misi yg bg aku agak besar dlm hidup aku selain mengambil rezki yg telah ditakdirkan iaitu mendaki Gunug Kinabalu yg berketinggian lbh kurang 4092m dr ars laut . Sbnrnya misi ni agk nostalgik bg aku sbb arwah ayah aku pernah daki Gunung ni ms dlm askar dulu. Aku pernah tgk sijil dia ms kecik2 dulu. Trs terang aku agk gementar bila nak daki Gng ni walaupun dah buat latihan sblm ni. Seramai lbh kurang 20 lebih peserta menyertai misi ni.
  Kami bertolak dari PPD Kluang pkl 2p.m lebih  dan smpi ke Airport Senai dlm pkl 4 lbh.Lps chek in naik flight dlm pkl 6.25pm. Flight ambil ms dlm 2 jam 15 minit utk smpi ke Airpot KK lbh krg pukul 8.30 pm. Lps tu mkn dan gerak ke tempat penginapan di Mesilau iaitu kaki Gng Kinabalu. Sbnrnya utk mendaki Kinabalu ad 2 Trail iaitu dr Mesilau dan Timpohon. Mesilau view dia cantik tp jauh 2 km berbanding Timpohon. Kat sini dah start rs sejuk. Air dah mcm air batu. Smpi kat Mesilau pun lewt lbh krg pkl 12 a.m. Waktu kat Sabah ni kena tambah sejam . So kami mmg lewt smpi letih dan trs tido.
   Besok pg lps srpn guide kami memberi sdkt penerangan ttg aktiviti mendaki ni. Juga disertakan khidmat porter brg, 1 kg RM9. Sbnrnya ms nak naik ni bwk brg perlu je cm air ,makanan tp aku bwk bnyk brg yg x perlu tu yg berat tu. Start naik dlm pkl 9.15 a.m smpi lbh krg 4.30 p.m kat Kabin pendaki iaitu Laban Rata sblm mendaki ke puncak. Trek dia mmg cantik tp cabaran dia letih ngan sejuk. Purata dlm 20'C. Ms naik ni asyik fikir bila nak smpi tp akhirnya smpi gak.Smpi Laban Rata trs makan. tak sangka btl makan kat sini mcm hotel. Ad daging, kambing, ayam , syr, bubur dll. Aku ambik lauk kmbng 2 kali. Byrn x dikenakan krn termasuk dlm pakej. Kat sini boleh jumpa mcm jenis org. Ad Europe, Korea, Jepun,Indonesia dlll.
   Lps tu trs ke dorm utk membersihkan diri dan tidor. Pkl 2.30 pg dah siap2 mendaki utk ke puncak.Masa On the Way nak ke puncak ni jln dia start jln berbatu. Sejuk jgn citer. Aku rs aku kena Altitud Sickness ms kat atas ni. Oksigen kurang. Smpi kat dataran punck aku muntah tp sikit jer.Aku rs mkn coklat naik bukit ni krg sesuai la sbb aku muntah kluar coklat ngn telur rebus aku mkn sblm ni. Aku rs kalo gntikan coklat ngan kurma lg bagus.Aku smpi satu thp terpaksa berbarng dlm 15 minit sbb Altitud Sickness ni tp gagah gak . Last2 aku amik keputusan tinggalkan beg mkn ngan air aku utk bergerak ke puncak. Bg aku mendaki kali pertama ke Kinabalu ni mmg memeritkan. Tp  dgn pemandangn yg indah  di ats aku berasa nak panjat lg Kinabalu ms akan dtng. Sblm terlupa beg yg aku tinggal ms naik tu dah hilang termasuk Ray Ban ori dlm beg tu. tp x pe aku niat sedekah kat sp yg amik mungkin niat dia baik. Mungkin dia ingat beg tu sampah. Apa pun Sabah ttp best utk pergi termasuk Pulau Sapi dan makanan laut murah blkg psr Filipin . Untk Hamzi mungkin satu hari nnt kita naik sama2 amacam ok x.
Now everyone can fly (Flight ke KK dari Senai,JB)
Mesilau Gate (kaki Kinabalu)
Team Kinabalu PPD Kluang 2011 (Yg plg laju  2org yg pki spek hitam tu )
On The Way ke Laban Rata (Kabin Pendaki sblm mendaki puncak)
Trail ke Laban Rata
Kabin Laban Rata
Puncak 'Ugly Sister' (Kalo perasan nampak mcm muka org dr sblh knn)
Nice Guy Finish Last
Bergambar bersama bendera sekolah .Majulah TSK
Bersama Team Hikers Kluang
I'll be back InysaAllah

Tuesday, 29 November 2011

Last Training (Gunung Datuk)mN. Sembilan

 Gunung terakhir yg aku daki sblm ke Kinabalu. Ketinggian lebih kurang Gng Lambak ,Kluang iaitu 885m dr ars laut. Trail agk mencabar dgn sudut lbh krg 70%. Byk batu ngan akar. Kn pulak hujan yg membuatkan jln jd licin. Tp apa pun Ia memupunyai pandngan yg menarik dari atas. Enjoyce  the pics.
Stretching sblm mendaki
Rehat sebentar bersma Kit Kat
Puncak Gng Datuk

Need backup
'Lock n Load'

Friday, 28 October 2011

3rd Training (Gng Ledang)

  Gunung Ledang dgn ketinggian lbh kurang 1276 meter dari aras laut dikenali sbg gng lagenda kat Malaysia nih. Ms kecik2 aku pernah dengar psl lagenda Puteri Gunung Ledang. Sultan Mahmud a.k.a Sultan Melaka ms tu dikatakan tergila2kan Puteri ni telah hantar pendekar Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa org  lain utk meminag puteri ni. Tp syarat yg diletakkan pelik2. 7 Dulang hati nyamuk la, 7 dulang hati kuman la, 7 tempayan air mata anak dara la, 1 jambatan emas dan 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang la dan yg paling bahaya 1 mangkuk darah Sultan Ahmad iaitu anak Sultan Mahmud. Semua syarat sultan sedia tunaikan kecuali darah anaknya sendiri. Bagi aku no komen psl lagenda ni. Mungkin betul @ tidak. Sbgi org Melayu aku berbangga dgn lagenda ni  dan mungkin ada hikmah tersembunyi yg cuba nak disampaikan.
    Kembali  psl hiking kat Gng Ledang kitaorg bergerak ke Gng Ledang dr Kluang pkl 9.45mlm dan smpi kat S.R.K Tun Mamat utk bermalam sbb nak daki awal pg. Pg esoknya lps sarapan kitaorg check in kat Pejabat Rekreasi Gng Ledang utk taklimat  & register brg. Semua kena register termasuk pakaian, makanan dll supaya kitaorg x tinggal brg tu bila daki. Dlm pkl 8.45pg kitaorang pun start daki. Trak 1 naik tangga dlm 700 lebih anak tangga smpi ke check point 1 di Bukit Semput. Pergh Memang Semput pun. Seterusnya terus daki smpi di check point 4 dan 5. Di check point 5 ad sungai so kiatorang refill blk tangki air yg kosong smbil piknik jap sambil menikmati keindahan Gng Ledang.Tp yg peliknya ad seko anjing putih ikut kami on the way ms naik smpi ke check point ni. Kuat gak stamina anjing ni. Mungkin dier dah biasa kot ngan tempat ni. Lps tu teruskan perjalanan ke KFC atau 'Killing Fitness Centre' yg mencabar sbg terpaksa melalui kawasan yg curam dan terpaksa gunakan tangga dan tali  khas. Akhir skali smpi ke checkpoint 7 iaitu Bukit Botak sbgi destinasi terakhir. Checkpoint terakhir iaitu Puncak tidak dibenarkan ke sana lg sejak 2009 ats faktor keselamatan. Perjalanan ke puncak lbh krg 3 jam 15 minit dan turun lbh krg 2 jam 30 minit.

Pusat Operasi Gunung Ledang.

Senarai  checkpoint Gunung Ledang

Check point 5 Sungai 3 segi
Anjing putih yg ikut kitaorang smpi check point ni. Check point lain x boleh sbb kena bergayut dgn tali
Laluan KFC "Killing Fitness Centre"
Laluan Tmn bonsai yg marvelous
Nice View up here. ke Check point Bukit Botak

Sunday, 9 October 2011

Gunung Belumut (2nd Training)

 Alhamdulillah dapat gak daki Gunung Belumut setelah hampir 4 tahun kat Kluang ni. Nak daki gunung ni bkn  boleh suka2. Kena mintak permit dr Jab. Hutan. Kalo nak ok lg amik sorang tourist guide @ penunjuk jalan. Gunung ni famous di kalangan org kluang sbgi tmpt mandi air terjun . Bg aku sungai kat sini not bad kalo nak mandi walaupun kebanyakan tempat kat sini airnya cetek. Tp x boleh nk challange  tmpat aku kat Taiping tmpt mandi air terjun je ad 3. Semua dekat2 pulak tu.
   Gunung Belumut ni ketinggian dia lbh kurang 1010 meter dr aras laut. Aku start naik dlm 8.45 pg smpi lbh kurang pukul 12.00 tgh. Turun plk dari pukul 12.30 tgh  smpi pkl 3.00 ptg  So amik ms lbh krg 3 jam 15 minit utk naik &  2 jam 30 minit utk turun. Antara Gunung Belumut ngan Gunung Lambak bg aku Gunung Belumut menang dari segi suasana hutan yg masih  fresh  & dikelilingi pokok balak yg besar 2. Ditambah ngan tempat mandi air terjun yg  fresh berbanding anak sungai Gunung Lambak . Cuma Gunug Lmbk menang dr segi track yg mencabar dipenuhi akar dan batu dan cerun yg curam. Apa pun berat aku turun gak 2 kilo bila timbang kat rumah lps  naik Gng Belumut ni. So kalo nak kurus cepat rajin2 le mendaki.
Sblm naik spray dulu ngan ridsect utk elakkan pacat. Tp kena jugak
Antara pokok besar kat Gunung Berlumut
Pemandangan pokok di puncak yg diselaputi lumut.

Tempat mandi di Gunung Belumut
Pintu Gerbang yg sterotaip tp cool
                                      

Saturday, 1 October 2011

Let's excercise

 Aku memang minat dgn martial art dari kecik lg. Ms kecik2 slalu tgk citer jackie chan, bruce lee rambo dll. Bg aku fighting ni nmpk cool. Lbh2 lg bila sorg dpt kalahkan byk org. Tp bila dah besar fikir2 blk mcm x logik la pulak. Tp nak buat mcmner kalo hero kalah dulu x dramatik la citer tu . Bg aku martial art falsafah dier lebih kpd self improvement. Yela kalo dulu bljr silat mmg penting. Sape yg terer silat di kira berjaya. Silap2 boleh kerja kat istana. Bahkan slah satu kriteria utk dijadikan calon menantu pd masa tu  adalah pandai mempertahankan diri. Dulu nak belajar silat bukannya senang. Tuk Guru bukan duduk kat tempat biasa. Silap2 kena daki gunung semata2 nak belajar silat. Mcm citer P.Ramlee. Sbb tu org dulu bnyk merantau. Org2 lama2 ni bnyk pengalaman diorang. Berbanding skg kriteria yg dikira berjaya adalah berkerjaya dan bnyk duit. Lbh2 kerja kerajaan. Yelah manusia berubah mengikut peredaran zaman.
   Bg aku cara hidup org dulu2 lg menyihatkan dr zmn skg. Yelah aktiviti diorang bnyk menggunakan tenaga fizikal  mcm berkebun, bela kambing ngan lembu. tangkap ikan dll. Zaman skg pun boleh keluarkan peluh bila bekerja walaupun kerja dalam pejabat kalo btl2 nk. Tempat aku bekerja  tingkat 4 ats sekali. So mmg berpeluh gak naik turun tangga.  Ptg2 aku slalu main bola ngan bdk2 kat pdg kalo x de kerja apa2.Bru2 ni beli punching bag colour favourite aku. Hitam merah. Dah tumbuk 2 @ 3 round. Mmg feel . Rs mcm blsh org. Cuma 2 benda jer aku susah nak control . Pertama makan. Nak jg makan mmg sussah. Ye la selera tgh ad. Yang kedua tidur. Mmg susah btl nak tidur awal. Kdg x tido. Lps subuh baru tido.Nak kata buat kerja x jugak. X tau la knp. Mngkin boring kot. Yela kdg2 sorg2 kat rumah. Housemate slalu out station. Apa pun aku kena perbaiki 2 benda ni as soon as posible utk stabilkan sdkt  hidup aku. I wish to have a good dream in my sleep. X dpt dlm realiti dlm mimipi pun jadilahhhh.
Kerusi sit up yg dah jd tmpt sangkut baju
  
Basikal  exercise. Ok gak bike ni ad speed, kalori, masa ngan jarak kayuhan.
Tmpt lepas geram. Wachaaaaaaa
Pki glove pun merah2 tgn. Kalo x pki   lg teruk injured.

Tuesday, 27 September 2011

Semarak Johor di TSK

   Semarak Johor di TSK. Gempak gak promo die siap masuk Radio Johor. Program 3 hari dari hari Jumaat smpi hari Ahad. Kdg2 aku terfikir knp nak buat kat sini. Tmpt lain x de ker. Aku rs bnyk lg tempt yg lg Ok ngan lg besar dari TSK. Apa2 pun so far majlis berjalan lancar.
     Hari Jumaat program bermula dgn jamuan rakyat free di Surau berdekatan. Lps tu  Forum Perdana dkt pdg Sekolah . Aku pegi lmbt sikit sebab temn membe pegi open house TNB. Perrrgh mkn mmmg x ingat  .Sate, rendang, kambing bakar dll smua ada. Aku cuma mkn sate ngan kambing bkar je tp bnyk kali tambah. Siap bwk blk lg kmbing bakar bg kat membe. Mlm tu aku ngan membe setting gerai untuk berniaga esok. Kitaorang bukak kedai game. Aku bwk TV pastu psg game X box ngan Stering kete. Mmg layan . Mcm Racing kat trek plak rasa. Blk pkl 2 pg lebih trs tido.
    Esok  dtg pkl 7.30 pg tgk bdk2 dah pnh. Rupa2nya membe aku dah siap bukak gerai. Kitaorg bukak 4 kaunter iaitu Kaunter menembak bbg gun,game bola PES 2011, Racing Forza X box ngan Nintendo Wii. Tp aku plg minat pertandingan open boxing mlm tu kpd penonton. Ad budk2, remaja  & org tua yg join. Aku rs stp sekolah perlu ad gelanggang mcm ni.Ye la kalo nak bertumbuk biar btl2. Pki safety head ngan glove Bru Gentleman Malam tu pulak persembahan artis.Bnyk artis yg  x terkenal. . Hari Ahad  mcm x de per2 jer. Org pun x ramai . Cuma ad game futsal jer. Dlm kul 4.30ptg program pun abis.

Gerai Game Kitarong . Yg tgh main tu regular customer

Pistol utk permainan menembak.  
Rumah Hantu  Hisap Darah .
Pertandingan Boxing open. ....Clear the ring..........Clear the ring

Sunday, 25 September 2011

Trip to KL

   Hari Khamis lepas pergi trip ke KL. Gerak pukul 4.00 pg. X tidur sebab takut terlepas. Temapt mula2 pergi adalah Muzium Negara. Mujur bawak bdk2 kalo x kena bayar RM2. X de yg best sgt lah. Pameran x best sgt lebih kpd kemerdekaan n Propaganda Kerajaan. Lepas tu bergerak ke Pusat Sains Negara Kat Bukit Kiara. So far dah dkt 4 kali pegi campur trip sblm ni. Yg peliknya makin x best dari semasa ke semasa. Brg pameran & permainan makin kurang & bnyk yg rosak. Cuma  ad Pameran Dinosour yg best sikit. Tu pun Kena byr RM 8.
      Kemudian pergi lawatan ke Kilang Gardenia Shah Alam. Mula2 tgk video korporat gardenia. Bnyk gak info yag dpt. Lps tu buat lawatan ke kilang .X dibenarkan amik gambar atas sbb yg x di ketahui.Kagum gak la tgk mcmana roti di buat dari adunan, bakar, potong, dan bungkus.Lps tu mkn jamuan ringan ngan 2 keping waffle jer. Sblm blk dpt goodie bag mcm jenis roti.
     Last skali pegi Mid Valley utk shopping ngan jln2. Ok gak la dari trip sebelum ni asyik pegi SOGO jer. X beli byk barang pun sebab brg mahal cuma brg2 khemah mcm kelambu, fly sheet dan Rain Cover utk bag. Bdk2 nampak happy je kat Mid Valley. Siap pki spek lg. Aku dah biasa sgt pergi especially bila blk Taiping. Smpi Kluang pkl 11.00. Lotih gak. Tidur awal sbb esok kejo.
Real gak T-Rex ni, siap boleh gerak2.
Lawatan ke Kilang Gardenia yg famous di kalangan pencinta roti
     

Friday, 23 September 2011

Kinabalu Training

Dah 2 kali dah aku train utk misi Kinabalu. Daki Gunung Lambak yang berketinggian 510 meter atau 1,673 kaki dari  paras laut. Salah satu tempat rekreasi popular di Kluang selain Gunung Berlumut. Walaupun nampak macam rendah tapi mencabar gak dengan sudut ketinggian lebih kurang 80 ◦ di tambah dengan akar dan  batu  di kebanyakan laluan. Tapi latihan  kedua dah kurang sikit letihnya berbanding yang pertama sebab dah mula dapat "step".
Laluan Gunung Lambak yang mencabar minda

  
Pemandangan yang indah dari atas
   
Menara Telekomunikasi dari atas Gunung Lambak
  
Pemandangan Hutan Gunung Lambak
     Apa pun train must go on especially daily training. Argh bila la aku nak naik balik basikal exercise aku. Harap dapat mulakan secepat mungkin.

Monday, 15 August 2011

Untitiled( U Name It)


Mari2 Laksa ad, Bihun sup ad,Mi kari ad. Mungkin ad antara kita dah biasa dengar. Dunia sekarang adlah dunia consumerisme. Ad yang menjual. Ad yg membeli. Duit yg kita susah pyh dpt  kita gunakan utk membeli brg atau servis. Ad benda yg perlu mcm mkn, transport, & tempat tinggal. Ad yg kehendak mcm McD, Movie, Bowling & lain2. Kdg aku terfikir perlunya ad kursus survival kat kat sekolah. X delah smpi mkn biawak, katak, ular mcm komando tu. Tp basic survivor mcm mkan nasi dlm buluh, roti lilit, telur rebus dlm tanah supaya lebih menghargai makanan & x membazir.
     Aku percaya semua peniaga berniaga utk dptkan keuntungan. Kdg2 satu sen nak kira. Ape dehal. Tp yelah kalo x de sat sen x cukup sejuta. Bg aku apa yg penting dlm urusniaga ialah satisfaction. Aku sanggup byar lebih kalo servis atau brg tu berkualiti atau servis tip top. For example Kalo ko servis kete kat bengkel lepas tu x rosak2 lg.. Mmg best. X pening kepala. Tp sadly skg ni bnyk benda yg kurang kualiti berbanding dulu walaupun teknologi skg dikatakan lebih maju . Yelah dunia di hujung jari. Aku ckp dari bnyk segi antaranya bolasepak Malaysia smpi skg x de siapa dpat ganti Mokhtar Dahari. P.ramlee pun x de penganti. Begitu juga kereta  kalo nak banding model kereta honda, toyota & mazda dulu2 memang best. Jahat & ganas. Aku rasa engineer & pemain bola dulu jenis outlaw punya. Rambut panjang, bad ass tp bijak . Aku pernah dengar pepatah masa sekolah dulu "Biar selekeh gila tapi bijak dari hensem gila tapi bangang".



Thursday, 11 August 2011

My Aim Recently


Semenjak 2 menjak ni tidur aku dah teratur. Slalu tidur lps Subuh smpi tghari. Setiap org ad impian msg2. Ad yg target long term .Ad yg target short term. Bg aku dua2 penting. Dulu ms sekolah dulu bila cikgu tanya ap2 cita2 kamu mesti terlintas nak jadik askar sbb nampak best especially ms tu famous citer Rambo. Bygkn ko sorg2 boleh kucar-kacirkan markas musuh. Tp lama kelamaan cita2 berubah mengikut masa. Smpi skrg aku msh tercari apa cita2 aku walaupun dah kerja kerajaan.
       Skg apa yg boleh aku rs aku minat travelling especially eco tourism. Anatara tempat yg pernah aku pergi
    - Tmn Negara Jerantut
    - Tmn Negara Kuala Koh ,Gua Musang
    - Gunung Angsi N. sembilan
     -Pantai Pasir Lanun Mersing
    - Pulau Redang. & bnyk lg.
Masuk hutan ni mmg best. Suasana dia lain. Sejuk dan udara yg fresh. Walaupun penat ms jungle tracking tp yg penting seronok especially bila dah smpi puncak. Rs semua letih hilang bila sampai kat puncak. Analogi yg boleh aku ambil ms xtvt outdoor ni adalah sabar mengejar impian. Mmg rs nak quit bila panjat gunung ni especilly yg mencabar.Tp paksa diri gak smpi puncak. Kdg2 dengar mp3 ms naik supaya x fikir psl  jarak dakian. Bulan 11 ni  plan nak panjat Gunung Kinabalu lak. Persiapan blm buat lg.Cdg nak daki Gunung Ledang, G. Datuk & beberapa gunung utk latihan. Plan nak buat lepas puasa ni. Tp mcm mn pun  kena buat persiapan awl gak . Buat latihan ringn. Rs mcm stamina dah kurang ni. Bdn pun dah naik ni skg dlm 68 kilo.  plan nak dptkn berat 60-65 kilo. Apa pun aku kena start disiplin utk excersie skg ni. Mkn pun kena jg.
                    "What better time than now, What better place than here"















Wednesday, 10 August 2011

Seni

-"Retro & Cool"-
                              
Seni itu indah . Manusia sukakan sesuatu yang indah. Definisi indah berubah mengikut perdedaran masa. Kalo masa kecik apa yang best mcm kartun. Lps tu basikal especially BMX. Masuk remaja minat barang branded cam adidas, nike, converse.X dilupakan muzik juga memainkan peranan pentang dalam kehidupan remaja. Dari muzik Melayu sampi muzik omputih. Namun dlm bnyk perkara manusia lebih menyukai pasangan yang berlainan jantina. Itu fitrah.  Ada orang nampak kereta lama tu indah. Cool & retro.Rasa cambest best bila bawak Toyota celica ala Mustang pakai pulak spek Rayban aviator. Ada yang minat kereta baru cam vios, persona dll. Semuanya terpulang kepada individu masing2. Bg aku apa yang penting adalah originality. Bukan minat sesuatu sbb ramai org lain  minat atau terpaksa. Minat @ Passion  akan menghasilkan  sesuatu yang indah, berkualiti dan evergreen smpi bila2. Contoh benda evergreen adalah karya P.ramlee walaupun dah hampir 40 tahun karya masih "hidup" smpi skrg dan mungkin akan dtg.Persoalannya apa yang membuatkan sesuatu benda tu nampak indah. Bagi aku untuk utk capai status tahap lagenda cam P.ramlee, Kurt, Mokhtar Dahari adalah pengorbanan. Honestly kalo kita menghayati biografi lagenda kat dunia ni boleh menangis dibuatnya.

       MokhtarDahari hanya ad motor kapcai masa main untuk Malaysia. Tu pun kena rembat. Kurt pernah tinggal bawah jambatan kat Sungai Wishkah  & tulis lagu Something In the way  sblm Nevermind meletup lbh kurang 30 milion copy worlwide. P.ramlee hanya makan telur ngan nasi  ms di penghujung hayat hidup beliau. Persoalannya perlukah kita buat pengorbanan yg sama. Tidur bwh jambatan, makan meggi or whatever. The answer is blowing in the wind. Tp walau mcm pun kita takkan jd pemuzik lagenda dgn hanya memiliki Gibson  Les Paul atau photografer hanya dengan membeli Canon DSLR.