Search This Blog

Friday, 9 November 2012

Celica

 Baru2 ni member aku angkat kete sport 2nd . Toyota celica. Cc 1.8. Dia ni ada buat kerja luar part time. Sewa  kelengkapan pengantin. No wonder boleh angkat kete idaman . Lgpun bujang lagik . Apa lg minta test drive lahhh. Bg aku dr segi luaran celica ni mmg nmpk gns berbanding Prelude, Integra tp dr segi performance bg aku hnya tahap bisa2 sahaja. Enjin ni jenis N/A  an ada soft turbo. Kbnykn bisnesman  membeli  kereta mewah sbgi strategi perniagaan utk menarik disamping minat tersendiri. Yer lah kalo org tgk keta  mewah first imperssion mesti rs bisness diorang  running good. Kbnyakan kontraktor ngan MLM yg guna strategi ni. Aku punya selera kat  kete dah kurang sebbab keta dah ada dan stkt ni mmg x de problem dan dr segi performance kira boleh thn lar. Mungkin  cuba try2 performance bike pulak kot. Ataupun  custom boat sbb sekolah aku x jauh dari muara Kuala Sepetang. Apa pun aku kn utamakan benda penting dulu sblm beli benda2 alah ni dan begantung kpd perancangan dan bajet.

Enjin 1.8 N/A soft Turbo

Sunday, 4 November 2012

Come out and Play 2 (Futsal )

Walaupun aku dah lama main bola tp baru  2, 3 bulan lepas mula aktif main futsal . Dari segi teori bola padang ngn peraturan futsal x bnyk jauh beza ngan bola padang. Cuma permainan futsal ni agk pantas berbanding bola padang  sbb gelanggang kecik. X boleh pegang bola lama. Kena main short past. Dari segi. letih mmg x ingat. Lebih2 lg kalo sikit org main. Bayaran dalm rm60  sejam. Nak kena cari kasut futsal lak lps ni.




Kicking out the Jam

Tuesday, 30 October 2012

Haiwan Liar di Hutan Batu

   Semalam  office aku dikejutkan dgn kemunculan seekor ular sawa batik sedang melingkar di jeriji  pintu masuk ke pejabat. Saiz x besar sngt. Kecoh jgk skjp office aku. Kalu ikut hati aku nk jgk amik ular ni sebab setahu aku ular sawa ni x berbisa. Cuma takut kn gigit ngan belit jer. Last2  member sekerja aku panjat amik ular tu. Mngkin dia dah ada pnglaman tangkap ular kot. Lgpun dia ni kaki pancing. Lps amik ular ni dibasahkan untuk mengurangkan stress kpd ular tersebut. Ular ni bg aku amat cantik  dengan corak barik batik pada badan ular ni.
   Teringat ms tazkirah agama ustaz bgtau ular ni kalau nak tangkap pegang kepala. Sbb tu antara kelemahan ular. Allah Taala pernah arahkan Nabi Musa untuk  mencampakkan tongkat beliau untuk menambahkan keimanan Nabi Musa. Dengan izin Allah tongkat Nabi Musa telah bertukar menjadi seekor  ular yang besar. Nabi Musa terkejut dgn peristiwa tersebut dan kemudiannya Allah mengarahkan Nabi Musa memegang ular tersebut. Pada mulanya Nabi Musa memegang ekor ular tersebut ttp kemudian Allah memerintahkan Nabi Musa memegang kepala ular tersebut. Setelah kepala ular itu di pegang ular tersebut telah bertukar menjadi tongkat kembali.

   Sunnah ni yg diamalkan oleh penangkap dan penjinak ular. Selain itu  kita juga digalakkan untuk berdialog dan menyuruhnya keluar  dengan ular yang berbisa untuk memastikan ular tersebut ular betul atau jelmaan jin. Takut  kalo ular tu jin kemungkinan dia akan menggangu hidup kita. Bg aku setiap peritiwa yg terjadi terutamanya  dalam sejarah nabi kita ada pengajaran untuk kita. Bg aku kalo nak mendaptkan sesuatu dalam hidup kita pertama  sekali tangkap "kepalanya"  dahulu.

KOrbaN

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur"



Fadhilat Korban :


-Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


-Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban) 


-Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani) 




Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi) 



-Hari raya korban tahun ni jatuh pada hari Jumaat. Kebanyakan tempat termasuk masjid tempat aku menjalankan ibadat korban pada hari Sabtu. Seawal jam 7 pagi ibadat koban di jalankan di tempat aku Taman Mewah , Kamunting. Lebih kurang 7 ekor lembu tumbang. Aku rs tahun ni aku terlibat dengan lebih  intensif dlm ibadat korban. Tahun sblm2 ni cuma tgk jer  org buat ibadat korban. Tahun ni tolong sekali melapah daging korban. Dpt jugak ilmu melapah dan cara- cara manyiat kulit lembu dari mula smpi tinggal dging. Mula2 takut gak tgk binatang kena korban lama2 seronok jugak buat ibadat korban ni. 
  Tp aku buat kesilapan sbb pki pisau tumpul. Lengah gak tangan nak melapah daging pada kaki lembu. Mayb next time kn cari pisau lapah. Nak lg cantik tempah pisau custom yg di buat oleh tukang besi yang mahir. Kebanyakan pisau custom ni di perbuat dari material berkualiti seperti besi spring kete atau lori, paku landasan keretapi dan lain jenis besi yang keras. Tempat aku ad satu tempat buat pisau ni tp harga mmg agak mahal . Selalunya dlm rm100 ke atas. Aktiviti korban ni sedikit sebanyak menaikkan minat aku utk bela lembu yg  pernah terlintas suatu ketika dulu.
 

Friday, 26 October 2012

My Favourite Hong Kong Movie




 Ms kecik2 dulu aku amat meminati filem Jackie Chan. Mungkin tu antara sebab aku pecahkan cermin almari nenek aku  ms kecik dulu  untuk mempraktikkan apa yg aku tgk. Ms tu filem Hong Kong meriah dgn filem yg berkualiti yg dilakonkan oleh pelakon berkualiti.  So this is my favourite Hong Kong movie list.

God of Cookery

 Masterpiece from Stephen Chow sifu of asian comedy. Masakan masterpiece 'nasi sedih' atau rice of sorrow sewaktu pertandingan akhir dan penilaian makanan  sewaktu menjadi ketua chef di permulaan cerita  mmg x dpt dilupakan. Aku percaya dia mengerahkan otak dia ke paras maksimum untuk menghasilkan karya ni.


The Lucky Guy

One of the best Stephen Chow movie. Dihasilkan pd tahun 1998 . Mengisahkan kehidupan pekerja di sebauh kedai makanan tart telur. Memegang watak Dr. Love atau pakar percintaan dalam kedai tersebut .

                                
Fight back to school

Another masterpiece from Stephen Chow. Mengisahkan polis yg menyamar menjadi student utk menyisast kes kehilangan pistol ketua polis. Bg aku FBTS part 1 jer yg plg best. X lupa tribute utk Ah Tat side kick Stepehen Chow dlm hmpir kesemua movie beliau yg menjadikan mereka pasangan yg ideal dlm memainkan semua watak dalam filem.

                         

Tuesday, 16 October 2012

Taiping Interesting Places 2 ( Maxwell/ B. Larut Swimming Pool)

   Taiping mempunyai banyak natural swimming places. Ini kerana ia dikelilingi oleh bukit bukau yang menjadi tadahan kawasan hujan. Ada antara tempat mandi yang terdapat di Taiping yang rare dan tidak menjadi tumpuan ramai dan ada yg famous. Antara tempat famous utk mandi di Taiping ialah Burmesee Pool dan Bukit Jana. Tapi Burmesee Pool lebih popular dan selesa kerana tempat yg lebih luas dan mempunyai bnyk kemudahan asas. Tempat yg rare pula adalah Taman Suria dan air terjun di kaki Bukit Larut. Tempat yg rare ni agak bahaya kerana terpencil dan kurang mendapat kunjungan orang ramai. Dalam  tahun lepas, kawasan air terjun di kaki  Bukit Larut telah mengorbankan seorang guru dari SMK King Edward dipercayai tergelincir ketika bersendirian di kawasan tersebut . Menurut teman rapat guru muda ini,guru ini pernah menceritakan kepadanya beliau pernah menemui satu kampung yang sangat Indah ketika mendaki Bukit Larut. Di sebabkan itulah arwah sentiasa terpanggil untuk mendaki bukit ini menyelusuri jalan hutan meskipun bersendirian. Kesahihan cerita itu hanya Allah yg lebih mengetahui.
    Di samping itu Taiping mempunyai satu kolam swiming pool binaan di kawasan kaki Bukit Larut. Ia menggunakan air bukit larut yang sejuk dan segar dari bukit dan mengalir melalui swimming pool tersebut. Bg aku aku swimming pool ni lebih selesa dan selamat berbanding natural  air terjun biasa. Mempunyai tandas, tempat persalinan,tempat simpan barang,  life guard dan cafe bagi aku ia adalah temapt yg ok  dan not bad. Bayaran masuk pun cuma rm2 per head. Masa belajar dulu ada ustaz pernah bg tau antara riadah yg menjadi sunnah nabi ialah berenang, menunggang kuda, memanah dan berlari. Malahan kebanyakan Nabi2 dulu seperti Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhamad juga sering memanjat bukit untuk bermunajat kepada Allah. Apa pun yg penting niat kita buat sesuatu yg baik kerana Allah. Disamping mendapat pahala dapat juga menyihatkan badan.


Pintu Gerbang Bukit Larut Swimming Pool

Kaunter Bayaran . Rm 2 jer per head. Mandi smpi kecut
Kawasan swimming pool yg luas. Kawasn yg hijau tu kawasan dalam

Monday, 8 October 2012

The Reason (ubat malas)

  Nabi pernah bersabda  lebih kurang maksudnya "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati". So apakah ubat  penyakit malas. Malas lawannya rajin tp mcmmn nak rajin. Apakah yg memotivasikan manusia utk  melakukan sesuatu. Selalunya ada 2 benda pertama ganjaran dan kedua hukuman. Ganjaran yg tinggi utk menggalakkan kita membuat  sesustu perkara dengan baik manakala hukuman yg berat pula utk kita meninggalkan sesuatu yg tidak baik dgn berkesan. Sebaik2 nya  bnykkan menceritakan  ttg ganjaran  berbanding hukuman dalam lingkungan 80%- 20 %. Aku rasa lg tinggi ganjaran dan lg berat hukuman terhadap sesuatu perkara  semakin berkualiti  produk yg kita dpt hasilkan..  Tanda malas:
1) Kalo rendam baju selalu seminggu baru basuh. Tu ok lg ad yg 2, 3 minggu baru basuh smpi baju bau telur busuk. Pengalaman kat asrama
2)Copy n Paste. Budaya Universiti ms buat assinment. Tukar nama ngan no matrik jer.
3) Buat last minute. Ni pun budaya universiti. Selalu mlm nk hantar assignment br kelam kabut buat .Bila terlebih dateline terpaksa la dipotong markah.Tu ok lg silap2 lecturer reject terus
4) Suka beralasan-Ni budaya kerja bila x mahu terlibat dalam satu aktiviti. Nk hantar anak la, ad kenduri kahwin la Nak jaga anak la, belajar pjj dan mcm lg.Ckp jer mls atau x minat terus trs lg sng.
5) Not in time- Ni pun budaya ms kerja. Kalo meting pukul 2, dlm 2.15 baru start kdg 2.30



                        

Tuesday, 2 October 2012

King Durian

 Sebagai orang Perak terutamanya di Taiping durian adalah buah favourite aku. Kat sini  bnyk durian  yg berkualiti  yg diminati bukan  sahaja di Perak malah negeri2 lain. Antara  durian yg famous dtg dr kawasan  Batu Kurau, Padang Rengas, Bukit Gantang, Kuala Kangsar dan  sebgainya. Harga durian pula berbeza mengikut kualiti dan musim. Kalo durian diluar musim agak mahal sedikit  berbanding musim durian. Baru2 ni aku beli pisau kopek durian dkt RnR Sungai Perak. Kat RnR ni agk special sikit sebab bnyk menjual benda2 yg Rare dan x dijumpai di tempat lain  sbb bnyk org asli di kwsn ni yg menjual hsl hutan .
   Sbnrnya tujuan aku beli durian semalam adalah utk menguji keberkesanan  pisau kopek durian yg aku beli x lama dulu. Pisau ni berat dan menurut penjual diperbuat dr besi spring yg berkualiti. Sblm ni nk kopek siap luka2 tngn. Pisau ni alhamdulillah membantu untuk kopek durian. Sekali tetak ,lps tu kopek, setellll.....Apapun durian ni tak boleh mkn bnyk sngt sebab panas...Tp aku x lupa minum air yg dituangkan pada  pangsa durian utk mengurangkan kepanasn sperti pesan org tua2......Bila mkn durian teringat lagu Os dlm cerita Mr. Os...

Heavy Duty Durian Knife

Right tool for the righ job

Monday, 1 October 2012

Para Trooper

 Taiping bertuah kerana memiliki  lapangan terbang yang agak  luas iaitu di kawasan Tekah. Tempat ni bukan untuk  penerbangan domestik tapi untuk latihan pasukan beruniform mcm askar, polis, bomba dan sebagainya. Baru2 ni aku sempat tengok latihan parachut  dari  pasukan polis. Aku syak ni adalah pasukan khas polis  atau komando unit polis, VAT 69. Sbb  aku tengok baju diorang ada tulis VAT 69.
  VAT 69 atau 69 Komando merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan manakala "Unit Tindak Khas"di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Dewan negeri perak mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969 di kawasan Perak. Antara kejayaan pasukan VAT 69 ni adalah menangani pemberontakan Al Maunah di Sauk, Kuala Kangsar Perak sekitar tahun 2000 bersama komando ATM. Namun peristiwa  tersebut mengorbankan seorang perisik polis dan komando ATM  yang ditawan. Dua lagi tawanan dapat diselamatkan.
    Baru2 ni ada kes pengawal keselamatan yang  yang membunuh rakan sekerjanya di Giant Taiping  dan  melarikan wang tunai lebih kurang RM 1.2 juta bersama beberapa rakan yang lain. Namun dalam tempoh x smpi 2 minggu semua suspek berjaya diberkas termasuk suspek utama yg membunuh rakannya yang di temui di sebuah pondok di sempadan Perlis-Thailand  dengan bantuan pasukan khas polis. Syabas kepada pihak polis atas kecekapan menyelsaikan kes ini dengan cepat. Biaslah kalo dpt tgkp sorang  ,x susah nk dpt yg lain. Polis Malaysia mmg hebat bab2 interogate ngan korek rahsia ni.
   Aku percaya setiap orang ada perasaan gayat dan bukan  semua orang mampu buat terjunan parachut. Persiapan dan latihan  perlu melalui  disiplin  yang ketat  kerana kesilapan yang kecil boleh menyebabkan kecelakaan yang besar. Baru2 ni aku jumpa rekrut askar  kat supermarket. Seram gak tengok buku lima diorang  luka2 ngan pecah2 masa nak bayar kat kaunter. Aku syak ni mesti kena denda pumping kat jalan raya ni. Apapun aku tabik pada semua pihak  yang sanggup menggadaikan nyawa  untuk  mempertahankan  negara. Respect.......

Flight yang membawa  pelatih penerjun parachut

Sunday, 23 September 2012

All Cat Are Cute

 Kucing merupakan antara binatang  yang comel. Dengan bulu lebat,  misai dan bertelinga panajng  menjadikan kucing antara  makhluk yang mesra manusia. Aku x pernah bela kucing  secara intensif  atau  detail mcm sediakan makananan, tempat tinggal, mandikan  dan sebagainya.  Tp aku bela di luar  rumah jer .

Sleeping all day long

Hai,,,

Friday, 21 September 2012

Raintown Taiping

Taiping terkenal dengan tahap  curahan hujan terbanyak di Malaysia. Kalo dari segi Geografinya ini disebabkan  oleh  kerana  Taiping  dikelilingi  oleh  bukit bukau menyebabkan ia menjadi kawasan tadahan  hujan. Selalunya  dalam  seminggu  3 atau 4 kali hujan  akan  turun  biasanya  waktu petang. Kalo x hujan pun cuaca  selalu mendung. Dari segi agama pula hujan  adalah rahmat dari Allah. Ia membantu  menyejukkan bumi  ini dan  menumbuhkan tumbuh -tumbuhan.  Aku pernah dengar orang alim kata setiap  titisan hujan dibawa  oleh malaikat  untuk memberi rahmat kepada penduduk bumi. Dan kita disunatkan membaca doa  dan  mendapat  pahala  dengan setiap  titisan  hujan  yang turun .


Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat. (HR Bukhari)
Rain cooling  down  Taiping town


Saturday, 15 September 2012

Taiping Interesting Places (Bukit Larut)

    Hnnsss Hnnnns I need oxigent . Hari ni hari yg meletihkan bg aku bg aku sbb  mendaki Bukit Larut. . Aku rs dlm tahun ni  ni adalah hiking  pertama aku . Yelah  nak cari org yg berkongsi minat  dgn kita bkn senang. Mujur ada  student  praktikal   yg sudi nak naik Bukit Larut ngan  aku. Kalo tahun lps dkt  5 bukit  ngan gunung aku daki . Ms tu aku jd follower jer aktiviti yg  dianjurkan oleh  sekolah  ngan PPD. Org kuat yg  set up aktiviti ni Che Zul. Mmg hardcore hikers. Kalo boleh  dia nak daki semua gunung ngan bukit kat  Malaysia ni. Sbb x de yg buat xtvt outdoor  terpaksa lah aku yg set up aktiviti ni.
   Bukit  Larut  atau  Bukit  Maxwell  adalah  antara  tempat  menarik yg ada  di Taiping. Dibuka  pada tahun 1884  dan  diiktiraf  sebagai resort  tanah  tinggi pertama  di Malaysia. Taiping  memang  terkenal  dgn  binaan  pertama  di Malaysia  seperti  Zoo, Muzium , Keretapi , Penjara  dan sebaginya. X seperti  Genting dan Cameron,  Bukit  Larut  kurang diberi promosi  dan  krg dibgnkan  seperti resort  tanah  tinggi  lain. Ad  resort dan cafe di atas puncak tp agak lengang dan mcm x de ada  org menginap. Untuk smpi  ke puncak  boleh berjalan kaki  atau  menaiki land rover  mengikut  jln tar  yag disediakn.
    Aku ngan 2 org student praktikal  mula naik dlm  pukul  9.00 pg  dan  smpi di Tea Garden dlm pkl 11.00 pg. Dari  Tea grden  menuju ke puncak  smpi dlm pkl 11.50pg . Seorg  dr praktikel student cuma dpt  smpi ke area  air terjun jer iaitu 3/4 dari jarak kepuncak. Hujung  minggu  mmg meriah org naik  Bukit Larut  so  x la boring sngt. So lbh kurang 2 jam 40  minit diperlukan untuk ke puncak.
Bg aku view ats Bukit  Larut  sngt  cantik  dan lebih  kpd design  colonial  British . Ye la  buka pun zmn british menjajah Malaya lg. Actuallly  aku pun x expect smpi ke puncak  sbb  dah lama x hiking. Bdn pun dah naik. Perasaan ms smpi ke puncak adalah  satu  kepuasan  yg  x dpt diceritakan .Ms turun pulak  guna  short cut  pki jln hutan ms kat checkpoint 2 untuk menjimatkan ms . Dlm  1.10tgh  dah smpi  ke kaki bukit. Apa  yg aku hrpkan bukit larut dibgnkn  dan diberi promosi  untuk menjadikan hill resort seperti  Cameron..........

Pintu  Masuk ke  Bukit Larut
Sign board Bukit  larut
Checkpoint Tea garden. Dr checkpoint ni ke puncak amik ms  dlm 1 jam

Wednesday, 12 September 2012

Minor accident

Semalam  aku accident. Ni  pengalaman aku accident dengan kereta  orang lain ms tengah drive. Sebelum ni langgar benda  yg  statik. Ms  pki  Mazda  Astina  dulu  pernah  langgar  bumper  belakang  Pajero  kat  masjid  ms  reverse. Pajero tu x de ape2 cuma lampu  blkg  jer  pecah maklum le bumper besi. Bumper  aku  jer  kemek. Tp silap aku gak reverse laju2  x nampak  Pajero tu  warna  biru gelap. Owner  Pajero tu pun x kata  ape.Dia pun x minta  gantirugi. Lps cat  astina pun pernah  accident  skali. Sbb reverse  gak. Last2 aku jual astina tu.
   Sejak  aku  pki  corolla  se  ni aku rs  x pernah accident kecuali  semalam. Breakdown pernah ler. Aku ingat lg  ad  satu  hari dlm pukul 7.00 mlm kete aku breakdown x jauh dr rumah.  Cuak gak aku. Bateri rsnya baru tukar jer. Thanx  to my good friend ,Hamzi ms tu ad tolong tolakkan kete aku smpi rumah . Berpeluh gak ketiak aku ms  tolak kete tu. Yela br blk kerje. Bro ko mmg bnyk tolong aku ms kat Kluang  dulu. Untuk mengelakkan pisang berbuah  3 kali  aku amik decision tukar enjin yg  aku rs the best thing to do  utk kereta  berusia  mcm kete  aku. Then lps tu  enjin alhamdulillah xde problem smpi skg plus  lbh  laju dan berkuasa dari  kereta  standard  bersesaran 1.6 L.
    Tp  peristiwa  semalam  sedikit  sbb  memberi kesan emosi yg bercampur  baur pd aku. Mula2 mmg  marah. Yela  org  langgar kita dr belakang . Ms tu baru bergerak dr  traffik light tb2 bammm bunyi org langgar dari blkg.  Mula2 dia mcm  nk cabut last aku potong depan kete   dia.  Kereta kelisa  lady  driver. Bincang2  last  deal rm60 sbb dlm dompet  dia  ad  dlm rm 80 jer. Tp  fikir2  blk  segala  yg  berlaku  adlah  takdir  dr yg Maha  Esa. Mungkin  ad  hikmahnya. Mungkin aku  sblm ni bwk  laju  sngt  atau  selalu  show  off  ms drive  . Mungkin  ini  'rotan' pada  aku. Apa  pun aku bersyukur  sbb x  de  yg bengkok  dan kemik cuma cat  merekah  pd  bumper. Tgklah  hujung tahun ke  cat blk bumper tu. Lg pun aku x ralat sngt  sbb  sebelum  ni  bumper blkg tu  dah bercalar  sbb pernah  langgar  btg divider  jln . Mungkin aku perlu memandu  lebih  berhemah  lps ni............

Blue  Trueno

Monday, 3 September 2012

My Favourite TV show

Bg aku zmn 90's merupakan antara zmn terindh bg aku. Ni zmn sekolah , zmn belajar. X fikir pasal kerja ke, hutang ker dn lain2 problem. Zmn ni mula nk cari identiti diri. Zmn ni x de handset . Kalo ada pun hujung 90's. Tu pun besar gedabak. Internet pun mula popular di pertengahan  tahun 90's. Yg popular ms tu adalah chatting MIRC. Ayat popular ms chatting adalah a/s/l. Line mmg lembap betul. Nk open satu2 page kdg2 amik ms 3-5 minit. Wifi mmg x de ms tu.  Walaupun  kemudahan  x mcm skg x dinafikan kebanyakan produk tahun 90's adalah kreatif. Antara produk menarik tahun 90's adalah siri tvnya yg ohsem.

                                                                McGyver
Hnya berbekalkan swiss army knife dan otak kreatif semua masalah setel. Niceeeee
                            
                                                                      X- files
Ni plak favourite tv show aku ms sekolah menengah. Menyiasat kes2 paranormal  dan  konspirasi kerajaan
                                                     Kennan  and  Kel
Slh satu produk nickleodeon yg terbaik. Menceritakan kehidupan 2 sahabat baik yg suka prank org di sekeliling mereka

Monday, 27 August 2012

My new addicted

 Aku prnh berjanji kat diri aku xkan beli handset touchscreen. Bukan sbb x mampu tp aku jns lsk. Dah brp kali dah hanset aku rosak ngan hilang. Lg pun aku bkn guna sgt hanset cuma time perlu jer. Kredet dlm h/set aku pun bnyk lg. Sbbnyar  hati aku tergerak nk beli smartphone sbb aku pernah lost ms pergi  Ipoh. Terlepas susur msk pertama lps tu terpaksa masuk susur kedua. Jln2 smpi bercham. Last2 tanya org try n error jumpa gak banda Ipoh. Ms nk beli dlm delima nk beli GPS GARMIN ke atau beli smartphone. Harga GARMIN yg ok dlm rm600 dah sama ngan harga harga smartphone. Buat reserch skit kat internet last2 angkat  Samsung Galaxy mini2. Harga dlm rm560 + kad memori 8g, skrin protector ngan cover casing. Dah pki lama smartfon ni not bad gak . Gambar pun clear compare ngan Galaxy Y. Bnyk gak function dia selain GPS.  Bnyk gak usefull apss yg aku download. Tp plg best lyn Punch Hero. Antara apps game boxing plg best . Tp nk main game ni kena ad kn ad line internet. Teringat aku main kinect game boxing xbox kat rumah member kat Kluang , Hamzi. Aku pun mmg plan nk beli xbox  ngan  punching bag bila  dah duduk rumah sendiri nnti. Layannnnn. Clear the ring...clear the ring.

http://www.jayceooi.com/wp-content/uploads/2012/08/Punch-Hero.jpg
Uppercut  on the way

Tuesday, 14 August 2012

Berbuka puasa di Lake Town Resort bukit Merah

Aku x pernah berbuka puasa di hotel atau resort. Kalo kedai makan tu selalu jugak la dgn kwn2. Kalo tengok rate kat TV mcm 2 harga ada. Ad yg ltk rm25. Rm 99 pun ada. Ni pglmn pertama aku berbuka kat resort. Hidangan yg disediakan pun not bad. Ad cendol, soto, desert, lauk ,nasi dan pelbagai jenis air. Harga yg diletak pula dalam RM 35 per head. Aku tgk resort ni mcm x de org jer . Sunyi semacam . Mgkn lps bulan puasa meriah skit kot.
Entrance Lake Town Resort
Tasik Bukit Merah yg famous. Boleh thn gak besar tasik ni
Time to eat...................

Saturday, 28 July 2012

Ramadahan memories (part 1)



 Baru2 ni pegi  ziarah org sakit. Smbil 2 tu lalu dkt sekolah lama iaitu SMA Izzuddin Shah Ipoh. Bulan puasa  ni teringat kenagan ms puasa kat sekolah asrama dulu. Nk bagn sahur ms tu mmg perit. Dah tu kn beratur lak nk amik makanan . Dgn mengantuk 2 tu terpaksa la berdiri smata2 nk sahur. Ditambah pulak dgn senior2 potong line . Berbuka  kat skolah pulak ok gak lauk dia. Cuma kn tgk btl2 sblm mkn sbb tkt ad telur lalat. Yelah bila dah hidang tinggal lama2 lalat pun dtg. Buah atau kuih lebih selalunya bwk blk simpan kat bilik mkn ms mlm nnt.
   Ms yg plg best bila nk blk cuti raya. Tiket raya kn beli awl. Selalu psn kat kwn beli tiket raya. Ms mlm nk blk raya semua kwn sibuk lipat baju masuk dlm beg. Mlm tu sembang smpi lewat mlm cerita ttg program nk buat ms raya nnt. Pg sekolah tu bljr dah x boleh msk dah. Semua fikir nk blk kampung jer. Ad satu ms tu bulan puasa pegi outing ngan kwn. Cuaca ms tu mmg panas terik. Nk kn berjalan jauh pulak tu nk ke sekolah. Ms tu mental dah tahan nk bukak puasa. Last2 ms mandi teguk air paip utk  melepaskan dahaga. Bnyk kngn ms belajar dulu. Terima kasih kpd guru yg bynk mengajar aku ms zman tu 95-97. Antaranya Cikgu Dasuki , Ustaz Fahmi, Cikgu Megat, Cikgu Jaafar dan tak lupa Ustaz Mad yg garang. Aku x pernah lupa kn libas dgn getah paip kat blkg ms prep sbb bising.
Hostel SIS yg bersejarah
In memoriam
                                   

Saturday, 21 July 2012

SELAMAT BERPUASA

 Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan. Antara kelebihan bulan Ramadhan :
-Terdapat malam Lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan
-Terdapat solat tarawikh yang tiada pb bulan lain
-Amalan fadu digandakan 70 kali dan amalan sunat menyamai ganjaran amalan fardu
-Bulan kesabaran
-Sesiapa yg memberi kpd org lain sesuatu utk berbuka mendpt pengampunan & kelepasan dr api neraka
-Bhgn awl rahmat, pertengahan keampunan dan akhirnya kelepasan dr api neraka
-Bau busuk mulut org yg berpuasa lebih harum dr bau kasturi di sisi Allah
-Ikan2 di laut beristighfar utk mereka yg berpuasa hingga mereka berbuka
-Puasa umpama perisai 
-Dirantai syatan2 yg jahat
-Perbanykkn 4 perkara
 * Penyaksian bhw tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah
 *Istighfar
 * Memohon syurga
 * Memohon perlindungan dari api neraka

Semoga kita dpt menggunakan kesempatan bulan Ramadhan ni utk memperbaiki fizikal dan rohani kita. Kalo kita x dpt gunakan kesempatan dlm buln yg baik ni rsnya sukar utk kita perbaiki pd bulan lain.

Sunday, 15 July 2012

Come out n Play(Part 2) football

 Aku mula main bola sejak sekolah rendah lg. Ms tu ad unofficial liga kampung. Kampung A lwn kampung B, kampung C dll lg. Pdg pun asl boleh jer. Kdg2 pki padang sekolah. kdg2 tmn permainan . Main dkt halaman rumah org pun pernah. Ms dulu selalu main x pki kasut. Pernah sekali tpk kaki terpijak duri. Smpi bernanah sebb x keluarkan duri. Lps main kalau dahaga pergi surau berdekatan utk togak air paip. Kalo ad duit lebih beli aiskrim. Ms sekolah menengah minat bermain bola diteruskan . Boleh dikatakan stp ptg main bola. Begitu juga matriks dan universiti. Sepanjang bermain bola x de tornument besar pun msk cuma wakil rumah j ms sekolah dulu. Skg bnyk padang dah dibuat pembangunan . So bdk2 dah x de tmpt nak main.  Gelanggang Futsal jer bnyk
  Hari ni msk selection bola utk PSKPP daerah Larut Matang & Selama. Berlatih 2 game jer buat freindly nagn budak sekolah lps tu trs msk pertandingan . Ad Zon Selama, Zon Batu Kurau, Zon Trong, Zon Taiping, Zon Simpang dan Zon Kamunting. Aku wakili zon Simpang. Perlawanan  mmg tough. Bnyk team yg hebat2. Yelah diorg berlatih dr awal tahun . Siap buat freindly every week. Team aku dua kali jer berlatih. Apa yg aku nmpk  antara kriteria pntg main bola adlh STAMINA. Kalo x der kirim slmlah nk menang.One more thing dont push to hard ms main. Nnt injured mcm aku . Terseliuh gak kaki aku ms game last sbb nak tackle striker lwn. Mayb amik mc isnin ni.. Result zon aku:

Zon Simpang vs Zon Batu kurau 0-4
Zon Simpang vs Zon Kamunting 1-2

Pasukan Zon Taiping sedang berlatih
Team Zon Simpang yg ttp  ceria walaupun kalah.

Wednesday, 11 July 2012

Super 8

 Bola sepak antara sukan favourite seluruh dunia  termasuk Malaysia. Nampak mcm senang nak main bola tp hakikatnya perit duh. Nak kejar bola, nak sepak bola , body contact semuanya memerlukan stamina dan kekuatan. Kalo x warm up ngan lama x main boleh sakit2 badan. Baru2 ni practice bola PSKPP buat freindly ngan pemain sekolah mmg lepak.  Terjelir lidah di buatnya. Tgk badan diorang pun boleh thn . Kebanyknnya six pac.Tendang bola pun laju.
   Bg aku bola sepak Malaysia sdg meningkat sedikit demi sedikit. Ini ditambah dengan pemain Malaysia yg dpt memikat kelab luar utk bermain dengan mereka. Contohnya Safee Sali yang bermain dengan Pelita Jaya, Indonesia dan Nazmi Faiz Mansoor yg bermain dengan Beira Mar, Portugal. Pemain Malaysia yg aku minat dulu adalah Azizol Abu Hanifah.Pemain Perak tahun 90'an. One of the best Malaysian midfielder before involve in corruption. Tp kini pemain Malaysia yg aku minat adalah Safiq Rahim. Pemakai jersi nombor 8 ini merupakan antara pemain mifielder terbaik Malysia kini terutamanya dalam mengambil free kick. One of the best free kick yg dia buat ialah masa friendly dgn Liverpool. Mmmg klas. Mungkin kurang promosi atau kurang pendedahan mybbkan beliau tidak di pancing kelab luar setakat ini. Aku rasa tahap beliau mengambil free kick setanding dgn Paul Scholes. Aku hrp Malaysia dpt mencari pelapis seperti Safiq Rahim supaya negara x ketandusan bakat seperti beliau.

Deadly Volly

Sunday, 8 July 2012

Hari Keusahawanan Matang High

Semalam Matang High mengadakan Hari Keusahawanan. Program diadakan dgn tergesa- gesa . Ye la mesyuarat hari Selasa hari Sabtu dah nk start. Jbtn kerajaan dan swasta pun x de bukak booth. Yg ada cuma persatuan sekolah je buat Jualan. Nothing so special. Ad gerai jual Mee Udang, Burger, Ice blended, Spagetthi dll. Berdsrkan pengalaman aku kalo program mcm ni the best bisnes is entertainment  biz. Mula2 plan nk bukak booth game tp game dh jual ms nk pindah dulu. Yg ad cuma laptop ngan lcd projector jer.So fikr2 why not bukak movie. X sangka plk sambutan more than expectation. Citer yg ditayangkan Jln Kembali: Bohsia 2. Berebut2 bdk2 nak tgk dan terpaksa dihadkan penonton  utk  keselesaan dan  control. Citer ke-2 The Mechanic. Kurang sambutan kecuali bdk sekolah rendah yg msk.  Aku rs lain kali kalo bukak citer kartun Madagascar 3 pun ok gak.  Program pun hbs awal dalm pukul 12 tgh sbb kebanyakan brg dah hbs dijual.
One of famous Kuala Sepetang Mee Udang, Mak Teh Mee Udang
Puteri Islam Booth. Ice Blended. Not Bad smpi kena tempah utk order

Tayangan movie yg kelab aku buat. RM 2 per entri. Bg aku citer ni not bad sbb ad mesej.
Antara gerai yg menjual moist cake

Monday, 2 July 2012

Lauk Ayam Manis

  I'm speechless and wordless today. Team Itali bertukar jadik Lauk Ayam manis yg diratah oleh David Silva, Torres , Juan Matta dan Jordi Alba. Torres pulak tiba2 menonjol siap boleh assist gol keempat. Sepanyol akhirnya menunjukkan taring sebenar yg disimpan selama ini. Taktik permainan  Barcelona dan Real Madrid sukar digugat. Diharap FAM hantar pemain Harimau Malaya untuk berguru di sana.
Ayam panggang Itali
Aku nak makan ayammmmm.Yeaahh

Saturday, 30 June 2012

Euro Fever

Akhirnya Euro akan berakhir malam ini pertarungan antara SEPANYOL dan ITALI. Sepanyol memang pasukan feveret tp bkn Itali.X ramai yg expect Itali masuk final. Ramai yg predict final between GERMANY and ITALI. Bg aku Euro tahun ni bnyk kejutan yg x dijangka. Antaranya kekalahan Belanda yg memegang title 2nd runner up dlm final Piala Dunia 2010 dan kebangkitan pasukan Portugal.
   Belanda dilihat mempunyai control ball yg cantik tp ketiadaan penyerang berbisa. Yelah kalo main cantik tp x score gol pun x guna jugak. Russia bermula dgn baik tp tersungkur akhirnya.  England menunjukkan peningkatan berbanding dulu. Pemain2 baru mcm Walbeck, Walcott dan Milner,Andy Caroll dan lain2 menunjukkan perestasi yg terbaik. Mgkin sudah tiba generasi lama berundur diri utk memberi peluang kpd generasi baru. Perancis juga bnyk menampilkan pemain baru namun ketumpulan Benzema yg x menjaringkan sbrg gol membantutkan usaha Pernacis utk pergi  lebih jauh. Ini ditambah dgn disiplin Samir Nasri yg mengundang kemarahan wartawan  dan peminat.
  Sepanyol bg aku mcm "Barcelona B". Bnyk main shot pass dan mempunyai ramai midfilder terbaik dunia mcm Iniesta, Xabi Alonso, Fabregas dan lain2. Cuma x de Messi jer dlm team ni. Itali pula terkenal sbgi permainan defensif yg bagus dan ketuai oleh kapten terbaik iaitu Pirlo.  Mario Balotelli membuktikan dirinya berbaloi diturunkan wlaupun jrg diturunkan pada awal perlawanan peringkat kumpulan  Dgn badan yg besar dan tegap serta rembatan dan tandukan padu menjadi ancaman yg besar buat Sepanyol. Nk bandingkan dengar striker Sepanyol yg jambu iaitu Fernando Torres, Balotelli lbh Bad Ass dan nmpk jahat especially bila dia bukak baju ms lwn Jerman. Mmg bad boy.Pd mulanya aku sokong Perancis tp bila dah kalah pd final ni aku sokong Itali sebab aku minat blue team dan  hrp Itali dpt bertahan dan  counter attack kubu Sepanyol menggunakan  Balloteli a.k.a Super Mario.

Antara jaringan terbaik Balotelli sewaktu menentang Ireland
1 Sepanyol

Tuesday, 26 June 2012

Worst movie I ever seen

Sometimes  apa yg kita expect x seperti realiti sebenar. Bak kata pepatah" indah khabar dari rupa". Kdg 2 kita lihat promosi ngan poster sesuatu movie mcm best tp bila tgk mmg fail.  Ad producer filem yg hnya menjual nama pelakon terkenal utk sesbuah film tp jln citer mmg out. Silap2 citer tamil lg best dr Hollytwood Serius, Bg aku kalo nk jual brg atau servis biarlah berkualiti. Maksud aku sesuatu yg di buat dr hati dan bukan mengejar keuntungan semata2. Org sanggugp bayar servis yg mahal tp puashati dr beli brg yg x de kualiti walaupun murah. So this is some of worst movie I ever seen.

1. Buried
Aku x faham mcmana filem mcm ni buleh lepas msk cinema. Hnya bermodal blackberry ngan pelakon terkenal Ryn Reynold yg baring dlm coffin dan lighter  boleh jd movie dr mula smpi hbs . Menceritakan  tebusan U.S citizen di Iraq meminta bantuan . Konnon kreatif  tp hampeh.

2. Book of Eli
 Antra Filem yg membuatkan aku tertidur. Serius x pernah aku tertidur tgk movie selain citer ni.Walaupun mesej dia mcm ok iaitu menyelamatkan buku  yg penting tp jln citer boring dan boleh dijangka.

Monday, 25 June 2012

My Favourite Movie List (Part 1)

 Movie yg bagus adalah piece of art. Walau hnya lakonanan tp sdkit sebnyk dpt memyerap ke dlm jiwa seseorg hingga menyebabkan scene movie tsbt  dpt mencetuskan semngt atau memberi inspirasi kpd seseorg. Stp org ad taste msg2. Ad yg suka komedi ringan mcm kebanyakn genre movie melayu kebelakangan ni. Ad yg suka genre seram, Ad yg suka genre gangstar. Ad yg suka genre thriller dan mcm lg. Bg aku ad beberapa kriteria movie yg menarik minat aku. Antaranya  1. Unit pasukan khas   2. Sniper 3. Pembunuh upahan 4. Gangster 5. Percubaan mendapatkan sesuatu dgn terancang dll. Tp mcmana pun  aku tgk gak movie genre lain yg  menarik dan cool.

1.Rambo 2
Scene rambo diseksa dlm najis babi dgn bdn dipenuhi lintah
Rambo adalah icon kpd individual skill pasukan elit yg menarik minat anak muda pd zmn 90 an  utk menyertai pasukan askar terutamanya komando. Bg aku Rambo 2 plg best sbb scene dlm hutan dan misi selamatkan  POW (Prisoner of War). Terkenal dengan pisau rambo hingga skrg.

2. Hunted
Cereta ni mungkin x famous tp cool. Menceritakan ttg bekas seorg bks anggota pasukan khas yg mengalami mental disoder akibat prg semasa bertugas di Bosnia. Scene plg best bila dia buat pisau sendiri dari besi semasa diburu bks ketua sendiri.

3. Bangkok Dangerous
Antara  lakonan Nicholas cage  plg serius.Quote plg  cool mengenai kehidupan pembunuh upahan.:
Joe: I was taugh four rules...
Joe: One: Don't ask questions. There is no such thing as right and wrong.
Joe: Two: Don't take an interest in people outside of work. There is no such thing as trust.
Joe: Three: Erase every trace. Come anonymous and leave nothing behind.
Joe: Four: Know when to get out. Just thinking about it means it's time. Before you lose your edge, before you become a target.

Wednesday, 20 June 2012

Review Game Sniper Ghost Warrior

 Laptop lama aku dah rosak. Jenis lenovo Thinkpad. So aku beli yg baru  ASUS A438. Seatakat ni dah masuk 3 laptop aku beli. Yg pertama Compaq. Kedua Lenovo dan terbaru ASUS. Yg pertama kena songlap dengan "kawan". Aku mls fikir psl peristiwa ni. Bak kata pepatah Melayu "Bagai melepaskan anjing tersepit".Ye la org yg kita bwk tumpang duduk sekali boleh ambik kesempatan kat kita. Mungkin ada hikmah tersendiri. Yg kedua sound x de ngan skrin jd putih kat tengah. X sngka pulak baru setahun lebih pki dah problem. Warranty pun setahun jer. Dr pemerhatian aku, aku rs punca problem laptop aku adalah prosesor yg aku pki iaitu prosesor AMD. Dr ms pki PC lg aku minat pki AMD. Sbb menurut kwn2 AMD ni sedap main game. AMD ni cepat panas .Teras bahang bila guna lama2.Kabel Power supply PC aku dulu pernah melekat kat motherboard  sebab plastik kabel tu cair.
     Skg pki processor Intel i5. Grafik kad NVIDIA Geforce 2G. Monitor pun kualiti HD. Ram 2G dan dlm perancngn nk tambah jd 4G. Yg bestnyer cover utk typing dr aluminium utk mengoptimakan suhu. So tkt nk game yg biasa aku rs x de masalah.Baru2 ni install game Sniper Ghost warrior. Grafik game ni mmg ohsem. Ditambah dgn pemandangan indah di tepi pantai, gua dah hutan yg realistik. Siap boleh berenang kat mn2 kawasan berair yg kita jumpa. Utk target musuh pun memerlukan fokus yg betul  sbb bergerak2 seolah2 bernafas. Tp boleh di tetapkan seketika seolah2 menahan nafas dlm 20 saat dengan menekan button shift.
   Satu perkara yg menarik ialah bila kita buat headshot ad replay peluru melayang dari nozzle terus ke kepala musuh. Ad sence panjat bukit untuk mencari sniping sport, meluncur melalui kabel letrik mcm flying fox dn mcm2 lg.Bg aku overall aku bg  4/5. Layaaannnnn......
Review star :   

Nice View mcm Pulau Redang


Bammm Bersepai kepala

Quiet but deadly