Search This Blog

Sunday, 3 November 2013

My Favourite Online Website

  Aku rasa aku mula2 kenal internet dlm tahun 97 dan mula aktif menggunakannya dlm tahun 98. Ms tu line internet mmg slow giler. Nak tunggu satu2 laman nk bukak kena tunggu dlm 2-3 minit. Wifi mmg x jumpa.  Antara aktiviti yg popular ms tu adalah chatting menggunakan  MIRC. Channel popular ms tu Kampung dan Mamak. Selalunya chat tanya a/s/l( Age/Sex/Live) iaitu nk tanya umur, jantina ngan tempat tinggal. Skrg internet dah mcm keperluan. Nk mintak kerja, nak beli barang, nak masuk U , nak isi borang, nak bayr bil semua nak kena guna internet. Perkara ini sedikit sebanyak menyebabkan stress kpd golongan olskol  yg sukakan ol' fashion.


  Hal ini ditambah dengan bercambahnya laman2 sosial mcm facebook, tweeter, instagram dll hingga menyebabkan satu ketagihan terutamnya kepada golongan Generasi Y. Mlh budak2 pun skrg x mcm dulu. Asyik duduk kat rumah jer. X mcm generasi aku yg bersosial melalui aktiviti luar dan permainan. Kalo musim gasing semua main gasing, kalo musim layang2 semua main lyg, kalo musim guli semua main guli dll. Tp kdg2 tu ada baiknya duduk kat rumah sbb skrg jenayah berleluasa merata2 hingga menimbulkan  ketakutan  kpd  ibu  bapa.
   Bg aku ada  beberapa  website yg menjadi  favourite aku  utk  mengisi  kebosanan  yang melanda.  Antaranya  ialah :

Blog yg  pnh informatif walaupun ceduk dr blog lain. At lesast dia bg kreadit pd blog yg diceduk

Blog yg  berkaitan dgn info yg pelik dan  kreatif. Ramai gak folower blog  ni.

Monday, 14 October 2013

Taiping Interesting places...3..Hutan Paya Laut Matang..



      At last dpt gak aku memecahkan kemalasan aku utk 'berblogging' kali ni.Lately bnyk perkara  yg menyerabutkan fikiran aku. Antaranya prestasi kerja yg agak down . Apapun bg aku segala yg berlaku ada hikmah msg2. Dengan kesilapan sebenrnya kita belajar benda baru. Bak kata  pujangga barat  " don't call it mistake call it education".Lives goes on.  Sebenarnya  apa yg aku nk ceritakan kt sini adalah antara tarikan utama yg  ada kat pekan taiping ni  iaitu   Hutan  Paya Laut matang. Ni merupakan antara destinasi wajib kalau singgah ke pekan Taiping . Menurut sumber pejabat hutan pengurusan hutan paya laut Matang merupakan antara  pengurusan hutan paya laut terbaik dunia dan menjadi rujukan negara lain.
        Antara tarikan yg ada kat hutan paya laut ni adalah boardwalk  yang  dikelilingi hutan paya bakau yg indah. Di sepanjang boardwalk  ni terdapat  beberapa info yang berkaitan hutan paya laut Matang seperti flora dan fauna yang ada di hutan paya Laut Matang . Selain tu terdapat juga chalet utk  disewa di sini. Agak selesa dan berpatutan mengikut rate kerajaan .  Aku rs plg mahal pun siap ekon dlm rm 80 jer. Dewan pun ada utk aktiviti berkumpulan. Bg kaki pancing pula boleh lah mencuba nasib di jeti berhampiran paya laut ni. Aku dah bersara dah bidang memancing ni atas sebab tersendiri.
      Tarikan lain yg ada berdekatan dengan kawasan hutan paya laut ni adalah restoran Mi Udang yg famous kt Taiping ni. Ada dua kedai yg ada kt sini iaitu Mak Teh dan Mak Jah. Tp aku prefer Mak Teh sebab kuah lbh pekat. Selain tu terdapat kilang arang dikawasan berdekatan  di mana pengunjung boleh melihat cara penghasilan arang. Apapun tempat di best utk dilawati kerana mempunyai flora dan fauna yg mendamaikan.
Boardwalk  di Hutan Paya laut Matang.
Info Pokok Bakau
Info Spesis pokok yg ada di Hutan paya Laut Matang
 

Monday, 2 September 2013

Merdayka Celebration....2013

  Berdasarkan pengalaman aku aku rs sekali jer aku sambut Hari Kemerdekaan . Tu pun ms bljr dkt universiti.kt Serdang, Selangor. Mula2 kitaorg   rancang pun main2 jer nk sambut merdeka. Last2 jd jugak pergi tu pun dah lmbt  dh nk mlm bru pergi. Kitaorg pg 3 tmpt. Mula2 Dtrn Merdeka klo x silap. Saje tgk sambutan kt sn. Ms tu ad persembahan kt sn oleh artis tempatan  . X brp meriah sngt. Bnyk org yg berkeluarga jer pergi . Lps tu bergerak ke Bukit Bintang. Ni baru btl2 happening. Mcm2 org termasuk mat salleh pun ad. Kt tepi jln ad 2-3 group buat breakdance dan persembahan lain . Dkt stage plk ad persembahan  dr artis kumpulan rock Jason Lo yg bwk lagu Evening News. Boleh dikatakan tmpt ni mmg sosial habis. Dh habis sambutan kt Bukit Bintang jln kaki pg KLCC. Walaupun dh hbs sambutan msh rmi lg org melepak kt sini. Ad jugk jumpa member ms sekolah dulu kt sini. Tp tegur camtu jer sbb msg2 ad haluan hidup msg2. Blk plk awal pg dlm pkl 3 pg kalo x silap. ms tu servis public transport dilanjutkan. Aku rs ni kali pertama dan terakhir aku sambut  merdeka  smpi mlm.......setakat ni laa.
  Fikir2 blk aku rs x bnyk manfaatnya sambut merdeka ni. Sebab time ni la bdk2 muda nk amik kesempatan blk lmbt dan buat aktiviti x berfaedah. Mlh time ni jugak bnyk benda x elok berlaks sebab pergaulan terlampau bebas. Aku rs kalo x sambut pun x jd masalah yg penting kita hayati sambutan kemerdekaan. Pernah sekali Malaysia x sambut Merdeka ms Pak Lah jd PM sbb time tu sma ngan sambutan hari raya. X de masalah pun. Kalo nk sambut pun bersederhana cukuplah.
    Jumaat lepas aktiviti sambutan merdeka tmpt aku adalah menunggang basikal mengelilingi kampung sejauh 15km. Sambil tu berhenti kat satu pit stop untuk makan dan  buat aktiviti kemasyarakatan dengan menyusun kerusi dan meja kat surau berdekatan utk program jamuan raya untuk malam tersebut..Ok gak buat sambutan raya camni. Badan sihat dan dpt menyumbang sesuatu kp masyarakat stempat. Apapun erti kemerdekaan pada aku adalah mempunyai jati diri yang kuat dan x terpengaruh dengan anasir luar yang x sihat.

Basikal berhias dengan bendera Malaysia siap utnuk berkonvoi

Antara basikal 'Custom Made' . Kreatif tp x praktikal. Handel rendah sngt . Lenguh nk kayuh

Friday, 23 August 2013

Orang Asli Tribe Mission -Tasik Banding,Grik Perak

5 hari sebelum hari raya aku pergi  ke perkampungan  orang asli utk kali ke brp pun aku dh lupa. Tp antara semua tempat yng aku pergi tempat ni yg plg 'asli' dan agak jauh dari  kehidupan bandar . Line telefon mmg x de apatah lg internet. Sebelum bertolak kena sediakan brngn makanan utk stok 5 hari mcm sardin, telor beras, acar buah, gula kopi dll.Kitaorang bertolak hari Jumaat 5 Aug dngn Nissan Xtrail & Ford Ranger. Mlm tu bermlm kt Kg Gerik. Pg Sabtu terus bergerak ke Jeti  Tasik Banding .Smpi kt sn bot JKOA (Jab. Kebajikan Orang Asli) dah lm tunggu.Bot diorang mmg laju. Guna 2 enjin setiap satu 200 hp . Dlm 45 minit smpi ke destinasi.
  Tempat ni mmg agk terpencil terletak di slh satu pulau dlm tasik Banding ni.  Nama perkampungan orang asli ni adlh Pos Chiong. Tempat ni mmg best . Sejuk ,nyaman tak tercemar dan dikelilingi oleh tasik. Rumah kt sini dlm 50 buah . Kebanykannya dah Islam sejak dr tahun 90'an.Tp pengamalan nmpk msh kurang. Surau x hidup walaupun bulan ramadhan.
   Air kena angkut dr sungai. Kdg2 pki air hujan sbb air paip selalu putus. Mlm x digalakkan berada  di tepi  sungai bnyk haiwan liar yg ada kt kawasan ni terutamanya gajah. Aku ad jumpa tpk kaki gajah ms ambil air dan nmpk babi hutan waktu mahgrib kt tepi sungai dr jauh. .Org asli kt sini baik2 belaka cuma diorg mcm malu2 skit. Yerlah jrg bergaul dgn orang luar. Apa pun ms kt sini adalah escapism yg sesuai utk memperbaiki diri krn jauh dr  kesibukan dan hiruk pikuk yg x berkesudahan.

Jeti tasik Banding, Grik perak.
Sign Board Hutan Belum, antara Hutan tertua di dunia

Monday, 15 July 2013

Penawar bg semua bulan..........Ramadhan


 Ramadhan adalah penawar bg semua bln. Kalo bulan lain kita mls nk beribadat dan membuat baik tp bulan Ramadhan ada suasana untuk membuat kebaikan. Masjid dah mula penuh terutamanya waktu malam untuk solat sunat Tarawikh. Selain itu ada  suasana org baca Al-Quran, solat sunat, berzikir dll. Ini kerana semua amalan digandakan . Kalo amalan sunat digandakan menjadi pahala wajib. Kalo amalan wajib digandakan menjadi 70 x ganda.
   Bulan ni jugak syaitan yg selalu menghasut manusia akan dibelenggu. Pintu syurga akan terbuka luas. So  inilah peluang terbaik untuk kita memperbaiki diri dan menjadi manusia yg lebih baik dr sebelumnya.


Dugaan bulan Ramadhan

Monday, 8 July 2013

Genting Higland.......Adrenaline rush

 Sabtu lepas pergi Genting. Bertolak dalam pkl 12.00 a.m sampai kat Genting dalm pkl 5.30 a.m.  Cuaca mmg sejuk pg cam ni lbh2 lg kt kawasan tinggi mcm Genting. Sepanjang perjalanan aku tido jer. Sedar2 dah smpi  kat  atas. Mls nk tgk luar tkt pening sbb jln bengkang- bengkok. Dkt lobi Hotel Fisrt world dh  rmi org tunggu. Lps solat Subuh cr kdi mkn. Harga mmg x ingat punya mahal . Sarapan pg Air teh tarik + Nasi lemak @ Mi goreng pun dah dkt RM.9.00. Tp don't worry sbb fast food pun bnyk kat sini. Ad McD, KFC, Marry Brown, Pizza huts , Burger King dll. Aku mkn kat Marrybrown jer. Harga pun x mhl sngt . Boleh lah mengalas perut. So kalo dtg sini kalo nk save bwk bekal. Lg satu beli asam atau candy utk meneutralkan rs pening lps main game kat sini.
   Kaunter tiket  bukak  dlm  pkl  9.00 pg. Kat sini ada  beberapa  pilihan. Ad indoor theme park ngan outdoor theme  park. Kalo nk main semua indoor  dan  outdoor harga dlm RM 70.00.  Kalo outdoor shj Rm 54. Kalo indoor shj RM32. Aku main outdoor shj.  Tiket yg diberi berupa gelang  tangan waterproof. Game pertama yg aku main adalah Flying Coaster. Kira mcm Roller  Coaster cuma posisi kedudukan seolah2 mcm nk terbang. Mula2 dia bwk kita naik atas pelan2 lps tu zooooooom terus laju menjunam, pusing2 dan belok ngan kelajuan tinggi. Aku tutp mata jer. Rs mcm nk tercabut jantung pun ada. Dh hbs game tu nk jln pun menggigil lutut.
   Game kedua yg aku main adalah Spinner  iaitu  buaian yg dimainkan dgn kelajuan tnggi. Mula2 pusing pelan2. Mkn lm mkn laju dan berpusing mengikut sudut tertentu. Dia punya melayang rs mcm nk tercabut buai pun ada. Hbs game ni aku mula rs lain mcm. Member aku ckp muka aku dh pucat. So the best thing adalah berehat.
   Bila dh rs lega sikit aku cuma jln2 jer tengok theme park ni. X  dinafikan kebanyakan game kat sini memang nk menaikkan adrenaline kita ke tahap maksimum. Aku rs dlm bnyk game Space shot yg plg 'badass'. Mula2 dia bwk kita naik pelan2 smpi atas lps tu turun dgn laju. Lps tu naik dan turun blk beberapa kali. Aku rs kalo aku buat ni boleh muntah dibuatnya.
   Dh hbs pusing theme park outdoor aku pg kawasan indor pulak. Kt sini ada beberapa game tp x bnyk mcm outdoor. Kt sini ad bnyk  outlet brgn branded mcm adidas, baju, jam beg dll. Dkt dpn stage ad persembahan dr luar negara yg krg aku minati. Aku x beli apa pun sbb harga semua mhl2. Dlm pkl 4.30 ptg kitaorg bergerak pulang. Smpi dlm pkl 10.30 mlm kt  Taiping. Blk tu lps mkn trs tidor sbb msh pening main game kat Theme ms  x hilang lg.

The beautiful First World Hotel

Tuesday, 25 June 2013

Viet War.....Unforgetable memories............1955-1975

  Perang Vietnam, ada kalanya disebut juga "Perang Indochina" ataupun "Konflik Vietnam". Dalam bahasa Vietnam, peperangan ini disebut sebagai "Perang Amerika" ataupun mengikut nama yang digunakan oleh Kerajaan Vietnam, Kháng chiến chống Mỹ (Peperangan Menentang Amerika). Peperangan ini melibatkan Republik Demokratik Vietnam (dipanggil juga Vietnam Utara) dan sekutunya menentang Republik Vietnam (ataupun Vietnam Selatan) dan sekutunyanya, khususnya Amerika Syarikat.
   Sekutu Vietnam  termasuk Barisan Pembebasan Vietnam  Selatan (Vietong) , Kesatuan Soviet  dan China . Manakala Vietnam Selatan  dibantu Amerika Syarikat , Australia , New Zealand   dan Korea Selatan  . Sekutu Vietnam Selatan  menghantar bantuan tentera untuk berjuang di Vietnam . Penglibatan tentera Amerika Syarikat  sebenarnya bermula sejak tahun 1959  lagi, tetapi bilangan tentera yang terlibat kecil. Askar Amerika dihantar dalam jumlah yang besar ke Vietnam Selatan  mulai tahun 1965  dan hanya berundur sepenuhnya dalam tahun 1973.Peperangan ini mengorbankan ramai penduduk awam. Peperangan tamat secara rasminya pada30 April  1975 apabila Vietnam selatan tewas keseluruhannya dan Vietnam dimenangi Vietnam utara yang pro komunis seterusnya menyatukan Vietnam menjadi republik Vietnam dan diperintah oleh presiden  iaitu Ho Chi Minh.
   Perang Vietnam juga menjadi saksi penggunaan pelbagai senjata yang meninggalkan  kesan mendalam dalam perang Vietnam.Antaranya M16 yang masih digunakan oleh ATM sehingga kini.
Helicopter Huey  yang sering digunakan dalam pengangkutan trup yang menjadi icon semasa perang Vietnam. Helicopter Chinok untuk pengangkutan bekalan makanan dan utiliti lain.
       Antara senjata  yang paling bahaya adalah  bom Napalm.Walaupun telah digunakan semenjak tahun 1944, penggunaan bom napalm secara meluas di Vietnam membuka mata dunia kepada kekejaman pengguna senjata ini. Dibuat menggunakan galian daripada asid naphthenic dan palmitic , campuran ini menjadi sejenis gel yang melekat. Apabila dicucuh, ia membakar pada paras 800 darjah celsius. Napalm  juga menghapuskan oksigen dari udara dan mengeluarkan carbon monosida dengan jumlah yang banyak. Bom napalm digunakan untuk mewujudkan dengan serta merta kawasan untuk pendaratan helikopter.       
        Senjata kedua berbahaya ialah senjata kimia atau agen oren. Amerika menggunakan racun herba atau agen oren semasa Perang Vietnam untuk menyebabkan pokok-pokok hutan menggugurkan daun supaya pergerakan Viet Cong dan tentera PAVN, dan untuk memusnahkan sumber makanan pihak musuh. Peranggas disembur daripada pesawat udara (biasanya pesawat C-123 Provider) yang terbang rendah sangat berbahaya, walaupun dalam jumlah yang kecil. Hampir 50 juta liter Agent Orange , mengandungi 170 kilogram dioxin disembur sepanjang Perang Vietnam.Agent Orange  dipersalahkan untuk kadar keguguran kandung yang terlampau tinggi, penyakit kulit, kanser, dan kecacatan semasa kelahiran. Tentera Amerika, Australia dan New Zealand juga mengalami kesan daripada Agent Orange.  Sejak tahun 1980, banyak kes saman diajukan terhadap Dow Chemical  dan Monsanto , pengeluar Peranggas yang digunakan. US$180 juta telah dibayar kepada veteran tentera di Amerika Syarikat, dan satu jumlah (tidak diketahui) dibayar kepada veteran Australia dan New Zelnd  dalam satu penyelesaian luar mahkamah. US$62 juta dibayar kepada veteran dari Korea Selatan .
    Honestly hari terakhir kat Vietnam ni memberi kesan mendalam dalam jiwa aku. Melihat kesan peperangan yang di pamerkan kat War Remnant Museum di sini  memberikan   aku gambaran betapa buruknya kesan peperangan. Penyeksaan, kehilangan orang, orang yang ditawan, kecederaan serius,  kesan senjata biologi dan kematian  mencatatkan satu kenangan pahit kepada mereka yang terlibat. Seolah2 pada waktu tersebut nyawa manusia tidak berharga. .War....easy to start... difficult to end... and impossible to forget."Give peace a chance".-Peace

M48 Patton tank. Tank Amerika ms prg Vietnam

Jet Fighter U.S ms perang Vietnam dulu

Helicopter Bell UH-1 (Huey). Helikopter ikon ms prg Vietnam dulu


Sunday, 23 June 2013

Vietnam.........Rise from war..Part 2

 Sungai Mekong antara sungai yg memainkan peranan penting bg  negara asian utara mcm Vietnam, Cambodia, Laos,Myanmar dan Thailand. Dr sungai ni penduduk tempatan mendapatkan air, sumber protien, jaringan perhubungan dan lain- lain. Begitu juga di Vietnam. Di sini  antara  tarikan utama adalah River Mekong Cruising. 2nd day kitaorng bergerak  ke jeti sungai Mekong untuk ikut  trip  mengelilingi Sungai Mekong dan pulau berdekatan.
   Sungai ni pernah  menjadi  saksi  peperangan  Vietnam dahulu. Kini  menjadi salah  satu  tarikan di Vietnam. Kitaorang cruising dengan bot yg besar melihat aktivit yg di jalankan penduduk setempat. Mula2 singgah ke pulau yg mengandungi  aktiviti  pemprosesan kelapa. Di sini  kelapa di peroses untuk di buat  pelbagai  produk termasuk gula- gula2 kelapa. Mcm2 perisa   ada termasuk pandan, kelapa ngan durian. Beli gak sikit sebab rare  dan sedap.
    Kemudian bergerak ke pulau menternak lebah. Sebaik tiba kitaorang di beri minum air yang dicampur madu  dan pollen. Diorang juga ada tunjukkan macamana nak bezakan madu asli  dan bukan. Caranya masukkan madu dalam mangkuk berisi air. Kacau perlahan2 dan kita dapati madu asli x bercampur dgn air dan membentuk corak berbentuk heksagon  berbentuk  sarang lebah. Aku beli sebotol. Kalo duit Malaysia dlm RM 15. Kt sini ad jugak jual souvineer lain. Baju, beg dll.
      Lps tu  kitaorang di jamu dgn buah- buahan temapatan. Sambil tu dihiburkan dengan  nyayian  live oleh orkes Vietnam. Dah nyanyi kena byr tips laa. Lagu  popular "Anak Kampung" dr artis Malaysia  pun diorang boleh nyanyi. Aktiviti seterusnya  adalah  menaiki sampan melalui hutan nipah. Mmg best. Dengan suasana yg tenang dan mendamaikan  rasa  ditambah dengan angin yg bertiup sepoi2 bahasa. Kat Malaysia susah nak cara suasana mcm ni.
     Lps makan tghari kitaorg bergerak ke pasar besar China Town. Kt sini lah tempat memborong pelbagai brg  termasuk pakaian, baju, beg, topi, kasut dll. Kalo beli bnyk mmg dpt harga yg murah.
Aku rs rmi bisnesman dr  Malaysia yg memborong kt sini.
     Kemudian kitaorang gerak ke Russian Market. Kat sini bnyk dijual brangan branded dgn harga yg murah. Sebenarnya walaupun Vietnam ni pengeluar barangan branded under licensed tapi itu semua utk  pasaran eksport. Cuma ad sikit2 jer yg di jual disini. Antaranya kat Russian Market ni. Aku beli beg camping deuter kt sini. Kalo  kat Malaysia rs dlm rm 2xx tp kt sini dlam rm80 jer. Tu pun x bnyk pilihan. Yg x ori bnyk lar.
      Mlm tu x buat ape2 cuma shopping utk  souvineer blk ke Malaysia kt Night Market. Mmg rambang mata ler shopping kt sini.

Central Saigon Post Office- arkitek post office ni sama dengan arkitek Eifel Tower kat Paris tuh

Nice coconut

Wednesday, 19 June 2013

Vietnam.........Rise from war..Part 1

   X pernah terlintas  dlm  fikiran aku selama ni utk  pergi ke negara Vietnam. Aku  selalu  dengar  Vietnam ni ms  kecik2 dulu. Dlm TV  selalu  dipaparkan cerita perang US  vs Viet Cong dan seperti  biasa  Amerika digambarkan  sebagai hero dan  menang dalam  peperangan tersebut tetapi hakikatnya  berbeza  sekali. Certa yg popular  ms tu adalah drama bersiri Nam Tour of Duty. Tp tulah  apabila Allah dh tetapkan rezki kita kat satu tempat tu kita pasti ke situ walau apa keadaan sekalipun. Pada 2 Jun lepas  hingga  5 Jun lepas aku ke sana  bersama rakan -rakan sekerja. Pada  mulanya aku saja bg nama main2 jer utk trip ke sana. Tp bila nk trk diri  rupa -rupanya  member aku dh beli tiket  semua org yg bg nama. Nak tak nak terpaksa la pg walaupun pd asalnya main2 jer.

   Brg2 utk  ke Vietnam aku   bwk sikit jer.  Semua brg muat dlm beg galas kecik jer,  Aku bwk satu lg beg pegang berisi   makanan termasuk mi segera, buah coklat dan roti sbb menurut sumber online kat sana susah nk dpt brg halal. X lupa baju sweater  yg sering aku bwk bila travel mn2. Bertolak dlm 7 .15pm smpi dlm 9 lbh. Perjalanan Malaysia ke Vietnam dlm 2 jam jer. Smpi di sana dh ad  tourist guide yg tunggu. So tempat pertama yg kitaorg pergi adalah  Restoren Halal  Banana  Leaf. Makanan mmg sedap lbh2 bila lpr. Lepas tu terus Check in kat Hotel Espoir x jauh dr  Pasar Benh Tanh yg famous di kgln org yg minat shopping kt Vietnam ni. Ad gk member aku x tunggu lg terus jln2 mlm tu  gak tp aku nk rehat dulu tidor puas2. Letih jetlag x abih lg.

  Bgn pg kn awl  sbb pkl 5.oo dh cerah.  Subuh dlm 4.17 pg. Satu yg aku raspek org Vietnam ni pg2 lg  diorg dah exercise termasuk org tua di kawasn taman berhampiran hotel.  Pttlah majoriti org vietnam kurus2.  Susah nk jumpa bdn yg  berisi mcm kt Malaysia neh. Lps sarapan terus gerak ke tempat lawatan yg pertama iaitu Cu Chi Tunnel. Cu Chi Tunnel adalah terowong bawah tanah  yg digunakan  oleh tentera Viet Cong untuk  bersembunyi, tempat penyembunyian makanan dan senjata, hospital dan  markas  tentera Viet Cong sewaktu Perang Vietnam . Yg menariknya terowong ini di buat di bawah  markas  tentera Amerika. Juga di kenali  sebagai Tunnel Rat oleh  tentera  Amerika.
Amerika pernah beberpa kali cuba untuk melumpuhkan sistem terowong ni tp x berjaya.  Ramai G.I US yg masuk sesat, terkena jerangkap samar dan sebagainya. Terowong ni mempunyai sistem yg kompleks termasuk ventilation untuk pengudaraan dan sebagainya. Terowong ni sejauh 121 km panjangnya.

   Makanan utama masa tu adalah ubi kayu. Sistem pengudaraan untuk masak begitu kompleks sampai asap  yg keluar nmpk mcm kabus jer. Kt situ ada satu shooting range open untuk pelancong. Ad mcm2 jenis senjata yg di gunakan  ms perang Vietnam yg boleh di cuba mcm AK 47, M16, Carbine dll. Aku cuba senjata  lama  jenis Carbine . Teruja gak menembak ni sebab 1st time menembak  peluru  hidup dalam hidup aku.

    Lps tu  sebelum balik kitaorang  melawat  shoping centre yg ad popular kt Bandar Ho chi Minh atau Saigon ni mcm Saigon Square . Bg aku tempat bisa2 jer x tarikan sngt. harga pun boleh thn mahalnya. Destinasi terakhir adalah Night Market berhadapan Benh Tanh market. Market ni mcm Petaling Street KL. Harga pun msh boleh ditawar lg. Penuh dgn org Malaysia jer dah mcm kt Malaysia. Lbh2 lg bila time cuti  mcm waktu ni. Kt sini bnyk jual souviner mcm fridge magnet baju, beg dll. Tp yg plg best kopi Vietnam . Pekat dan melekat.




Malam sebelum berlepas ke Vietnam LCCT KLIA

Makanan Halal di Restoren Banana Leaf


Entrance Restoren Banana Leaf
Penerangan tentang Cu Chi Tunnel

Monday, 10 June 2013

Jorney to the north Malaysia

 Unplanned travel . Kebanyakan travel aku slalu dirancang terlebih dahulu. Tp travel kali ni mmg x dirancang. Semuanya bermula minggu terakhir bln 5 lepas bila member  aku dari Johor dtg ke  tempat aku, Taiping.  Dia dtg sini pun sbb hantar bini dier kursus kat Grik. So ad lbh krg 3 hari utk kitaorg spent ms utk jln2. Member aku bercdg pergi ke tempat plg  utara di Malaysia. Apalagi kalau bkn Bkt Kayu Hitam, Kedah yg terletak bersempadan dgn Thailand. Tempat ni mmg  famous  dulu  utk membeli belah brgn Siam dgn harga yg murah.  Mmdangkn aku pun x pernah pergi &  ad cuti 2 minggu aku pun  on jer.
   Perjalanan dr Taiping ke Bkt Kayu  Hitam  kr Taiping  memakan masa dlm 3 jam lbh. Rupanya Bkt  Kayu Hitam dh  x mcm dulu lg. Dh x bnyk kedai utk membeli blh . Yg ad pun  hdp segan mati x mahu. Skrg ni  dah x mcm dulu. Org dtg Bkt Kayu Hitam cuma utk pergi ke sempadan jer.
   Kemudian kitaorg divert  ke Padang Besar yg terletak di negeri perlis. .Rupanya  Padng  Besar ni  x jauh dari  Bkt Kayu Hitam. Ikut jalan melalui felda Chuping. mmg cantik view ni dikelilingi oleh lag tebu yg luas sejauh mata memandang. Kitaorg hampir nk masuk Thailand ms kt sempadan sebab x tahu jln. Mujur Polis Malaysia yg  ada d sempadan bgtau. Kalo x takpasl2 kn thn kat sempadan. tempat membeli belah kt Padng Besar ni sebelah kiri. Tempt ni memang heaven utk membeli belah. Dr brngn dapur hingga kpd jersi. Mmg murah. Kbykn jersi yg di jual di pasr mlm di Malaysia dtgnya dr sini. Lps tu pergi Tmn ular ngan mkn kt jeti  Kuala Perlis.
  Mlm tu  kitorg tidur dkt hotel bajet bumiputera dkt permatang pauh. Oklah not bad. harga pun dlm rm 65 jer. Bolehlah  menghilang penat lps seharian berjalan. Misi seterus adalah Pulau Pinang atau Penang. Misi pertama adalah mencari Nasi Kandar Plg Power di Penang. Mgkt penduduk di sini diorg syorkn nasi kandar Line Clear. Dlm GPS pun  ada. Restoren ni berada dlm lorong kecik jer. Kalo x cari btl2 mmg x jumpa. Seriusly aku rs ni mmg btl2 pure punyar nasi kandar. Mmg secukup rs. Walaupun harganya agk mahal tp mmg btl2 puas hati. Lps tu pg Bukit Bendera  naik kereta kabel slh satu destinasi wajib jika ke Penang. Mmg cntk view dr atas dan cuaca kt atas pun agk sjk  & nyaman.
   Seterusnya bergerak slow ikut jln Batu Feringgi. Pantai kt sini mmg cantik tp ombak kuat beb. Batu Feringgi ngan Tanjung bunga ni di kelilingi oleh hotel  mcm Pantai Chenang kt Langkawi. Lps tu kitaorng bergerak ke Tmn Rama2 . X byk tarikan kat sini tp bolehlah sj2 tgk. Balik pulau mmg dikenali sbgi tempat menjual pelbagai jenis durian yg bermcm gred. Kitarong try sebiji durian gred sultan gred Sultan. Oklah rs pun not bad tp harga mahal giler. Mula2 cdg nk pergi muzium perang  tp dh petang so muzium pun dh tutup so kitorg trs bergerak ke Taiping. Anyway trip ni berjalan lancar walaupun  x dirancang.


  
Bazar  Bukit kayu Hitam yg suram
   

 
Bazar  Padang  Besar. Heaven utk brngn dapur, jersi dan lain2.


King Cobra yg di awet-Taman Ular Perlis

Kari Kepala Ikan, Bapak besar giler-Nasi Kandar Line Clear
Penang signature dish. Pure nasi Kandar

Thursday, 23 May 2013

Kejohanan Sepak Takraw MSS Perak di Matrikulasi Gopeng

      Sepak Takraw  adalah  sukan tradisi orang Melayu. Berasal  dari  permainan  sepak  raga  iaitu  bola  rotan  yang  dimainkan  dalam  bulatan. Kalo  x silap  dalam  sejarah  ada diceritakan bagaimana seorang  sultan melayu pada waktu tu menjatuhkan hukuman bunuh  pada  seorang pemain sepak  raga  masa tu sebab  bola  yang di mainkan masa tu terkena tengkolok  sultan hingga  jatuh pada masa tu. Aku pun x pasti  cerita  ni  betul ke tak. Cikgu  sejarah  sekolah  aku  yang cerita  kisah ni. Kalo ikut   ranking  Sepak  Takraw  sekarang ni no 1  Thailand  no2  Malaysia. Thailand  masih  mengungguli  permainan  ni walaupun asalnya  dari  Malaysia.
      Lebih  kurang  10 daerah  berentap  untuk   menjadi  pasukan  sepak  takraw  terbaik  dalam negeri  Perak. Juara  bertahan tahun  lepas  adalah  daerah  aku iaitu  LMS atau  Larut  Matang  Selama  yg  memenangi  Emas  utk  kategori b15  &  b18.  Saingan  mmg  sengit terutamanya  dr  Sekolah  Sukan Gunung Rapat  dan daerah lain  terutamanya yg mempunyai orang Asli. Orang  Asli mmg diakui  kehebatannya  dlm permainan sepak takraw.  Dengar  cerita kat  tmpt diorang kdg2  main  pun  x pki  kasut. Senag  nk knl diorng ni. Tgk  sepintas  lalu  pun  dah  kenal. Rambut  kerinting dan gaya  percakapan mgkt  slang  orang asli.
      Aku dilantik  sbg  manager b15 LMS. Jd manger  bidan  terjun  mengantikan member  aku  yg menglami  masalah  kereta  sbb acident  dgn  lembu. Cuak gak  first  time jd  manager utk daerah. Tp  terima gak  niat nk beljar. So far  uruskan team ni  x de masalah. Cuma sediakan mkn dan penginapan jer. Perasaan nervous ngan cuak tu dtg  ms game jer . Ye la bnyk team kuat2. Mng pun x bnyk beza pun. Tp Alhamdulillah  daerah LMS  dapat  mempertahankan emas  utk b15  dan b18  mcm  tahun  lepas.
    Aku  rs antara  game  yg  plg  dramatik  ms  final b18 LMS. Game  pertama kalah. Game kedua plk ketinggalan  14 berbalas 10. Satu mata lg utk team lwn menang. Tp akhirnya team b18 dpt kejar dan seterusnya memenangi set  ketiga. Apapun tahniah  kpd team  spaktakraw LMS 2013 . Semoga  bnyk  player  dapt  mewakili  Perak  untuk  MSSM Sepak  Takraw di  Kedah  awal Jun ni.

  
Pemandangan dr tempat penginapan Matrikulasi gopeng yg indah  yg dikelilingi oleh bukit batu kapur

Wednesday, 8 May 2013

Langkawi-Trip

 2 Minggu lepas  Matang High ad trip pergi Langkawi. Aku mmg ad niat pun nk pergi Langkawi tp x kesempaian. Ni  first time aku menjejakkan kaki kat Langkawi ni. Gerak awal pagi pkl 12.00 pg .  Sedar2 dah smpi Kuala Perlis. Solat Subuh  kat sini dulu. Lps sarapan terus gerak ke Pulau Langkawi. Lbh kurang 2 jam 15 minit  sampi kat Pulau Langkawi.
        Kami travel naik bas yg di sewa oleh penganjur rombongan. Mula2 melawat kilang minyak gamat. Souvineer wajib dari Langkawi. Honestly aku krg yakin dengan keaslian minyak gamat  skrg ni walaupun dari Langkawi. Kalo fikir2 x kn minyak gamat ni bnyk sangat kot. Apa pun aku beli gak le sedozen sbgi souviner.
  Lps tu melawat  kedai pakaian dan batik jawa. Beli gak le sikit batik ngan kain pelikat. Harga pun murah sikit jer dr tempat aku. Kemudian pergi Makam Mahsuri . Dari info yg aku dpt rupa2nya waris Mahsuri ni ad kat Thailand. Tempat ni dah dikomersialkan. Yela nak masuk Makam Mahsuri pun kena bayar. Kalo x silap rm7 kot. Aku x masuk cuma lihat kedai cenderahati yg ada kat kawsan sekitar jer. Rupa2 nya brg kat sini lg murah dari tempat yg aku pergi sebelum ni. Batik, minyak gamat pakaian murah semua ad. Aku beli magnet fridge jer. Ni antara souvineer wajib yg aku beli kalo travel sesuatu tempat.
   Kitarong lunch kat tempat mkn spesial iaitu Jom Ikan Bakar kat Padang Mat Sirat. Mkn pun sedap ala2 kampung. Yg best air free yg siap dibancuh seperti anggur, oren dll. Harga pun x mahal walaupun amik mcm2. Lps tu melawat tempat beras terbakar. Biasa jer tempat ni. Mengikut sejarah beras kat sini di bakar untuk mengelakkan kerajaan Siam mencuri beras  sewaktu peperangan.

  Sblm balik ke hotel pergi Underwaterworld. Bayaran masuk Rm 28 utk dewasa. Oklah jugak dengan pameran mcm2 jenis hidupan laut yg jarang dan x pernah aku lihat sebelum ni mcm penguin, anjing laut, ikan jerung obor2 dll.  Last tempat yg dibawa oleh guide kitarong adalah tempat shopping. Langkawi mmg dikenali sebagai tempat bebas cukai. Antara barangan yg sering dicari  pelancong adalah barangan dapur, coklat, rokok dan ain2 lagi. Aku beli pemanggang  serbaguna jenis Vantage. Kalo luar Langkawi harga dlm Rm 2XX. Kat sini cuma dalam Rm 119 Jer. Bnyak lg barangan dapur branded yg dijual kat sini mcm Cornell, Tefal, Vantage dll.
    Mlm tu lepak hotel Langkasuka. Lps solat jamak Maghrib Isyak keluar jap tgk2 kedai kat sini. Beli  coklat mcm2 jenis utk souvineer. Bnyk coklat kat sini import punya dari Turki, U.S, Europe  dll.
Bg aku Langkawi memiliki tarikan tersendiri yg x der pd tempat lain. Mayb lain kali aku pergi lagi next time. Sehari mn cukup. Bnyk tempt lg x pergi lg.

Jeti  Kola  Perghlih (Sebutan utara)

Wednesday, 17 April 2013

Military Power

   Baru2 ni ATM  membuat pameran persenjataan di Taiping.  Aku rs ni first time kot  pameran ATM besar- besaran. X silap aku pameran ni bukan sahaja  dkt  Taiping tp seluruh negara. Mgkn ni  slah satu  propaganda ATM utk menunjukkan "kuku sebenar" ATM yg disimpan selama ni. Apapun Tahniah pd ATM kerana telah membuat satu operasi besar-besaran sewaktu pencerobohan  orang Sulu di  Lahad Datu. Bermula  dengan   operasi  bom oleh jet pejuang, disertai dengan hujan bom mortar dan di akhiri dengan operasi pembersihan oleh pasukan khas  sehingga  menyebabkan bnyk penceroboh  ditangkap dan di bunuh. Antara taktik peperangan yg pg sukar ditewaskan adalah taktik gerila. Namun ATM mempunyai rekod tersendiri apabila diiktiraf antara pasukan keselamatan di dunia yg berjaya mengekang perjuangan komunis di negara kita. Aku percaya pengalaman  terdahulu sedikit sebanyak membantu operasi  di Lahad Datu. Sehingga kini msh bnyk lg negara lain yg msh bergelut dgn pemberontak di negara msng2. Contohnya MILF di Filipina. GAM di Acheh  dan serangan bom yg sering berlaku di Selatan Thailand.

   Bahkan pasukan khas komando ATM juga mempunyai rekod yg baik sebelum ni. Pernah terlibat sewaktu perang di Bosnia, terlibat sewaktu menyelamatkan tentera USA  di Somalia sewaktu peristiwa Black Hawk Down dan beberapa operasi lain termasuk beberapa siri black ops. Cuma harapan aku pihak berwajib dpt mengupgredkan persenjataan ATM  dari persenjataan kpd aset2 yg bernilai tinggi sbg persiapan utk menghadapi insiden yg tidak diduga.

Land Rover ATM .Mmg lasak kete nih.

Sunday, 14 April 2013

Reminder for the Remainer.....1



SIBUKKAN DIRI PADA ENAM PERKARA INI

Tanbihul Ghafilin (Pringatan pada yang lupa)

1. Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk menyempurnakan sebaik-baik amal.

2. Jika manusia sibuk dengan perkara-perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.

3. Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu sibuk memperbaiki perkara-perkara batin.

4. Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, maka hendaklah kamu sibuk mencari kesalahan diri sendiri.

5. Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran Akhirat.

6. Jika manusia sibuk mencari keredhaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredhaan Akhirat.


Friday, 5 April 2013

Jalan Jalan cari Makan Taiping (pt 3) Doli

  Kat Taiping ni ad beberapa kedai makan yg telah mencapai thp legend. Antaranya Koew  Teow
Doli. Aku selalu dengar tentang kehebatan Koew Teow ni sejak sekolah lg tp x berpeluang mencuba. Sepanjang aku duduk kt Taiping ni first time aku cuba koew teow ni. Ni koew teow kering bkn koew basah  atau char koew teow.  Even ms kat  U dulu kalo ad buat  lawatan  kajian  kat Hutan Paya Laut kbnykn  lecturer ngan driver prefer tmpt ni utk  lepak. Aku rs status koew teow Doli ni lbh kurang mcm M Udang Banjir Kuala Sepetang especially Mi Udang Banjir Mak Teh. Kalo aku x silap Koew teow Doli ni dah  buka cawangan kat KL.
   Disebabkan  dh mencapai status legend atau hustler dlm arena makanan  so harga dia pun  agk eksklusif.  Kalo pinggan kecil RM 5. Pinggan besar RM 7. Special  RM 12. Di  samping tu ad menu lain mcm Nasi Ayam, Mi rebus & sebagainya. Anyway enjoy the food.

Famous in Taiping n probally Malaysia


Restoren Doli dari depan

Monday, 18 March 2013

Badminton Tournament MSSD Larut Matang & Selama Taiping

  This year aku jd coach cum manager utk Matang High Badminton Club. Bknnya pndi sngt tp stkt basic badminton tu bolehlah . Lgpun skg ni rutin aku setiap mlm Selasa main badminton kt Dewan Bandaran Tmn Seri Kota.Dulu main dua hari iaitu hari Selasa  ngan hari  Khamis. Skg tinggal sehari mungkin disebabkan bnyk yg dah quit atau  mempunyai  komitmen  msg2.Aku terjerumus dlm badminton bila  secara paksa rela terpaksa  menjadi  pengadil  utk tournament badminton ms kt Johor dul.
   Semalam PPD LMS menganjurkan  Tournament Badminton MSSD  utk daerah  Larut Matang & Selama. Tournament ni selama  5 hari. Bermula hari Isnin  smpi hari  Jumaat. Format Permainan kalah mati. One shot one kill. Semalam ak hantar 4 org utk tournament.  Sadly 3 tak lepas cuma 1 jer lepas. Yg x lepas  3 orang under 18 lelaki. Yg lepas under 15 lelaki seorang jer   . Tp aku rs resault ni kira ok  lah sbb training pun dalm 2 minggu jer. Hari ni ad 4 game lg utk lelaki & 2 utk perempuan. Hopefully ad yg lepas utk pusingan kedua  dan  pusingan seterusnya lps ni.

Taklimat sebelum pertandingan

Perlawanan  sedang berlangsung

Wednesday, 13 February 2013

3 day in Asli Tribe

  Recently aku br pergi ke Ringlet Cameron Highland di Kg Leryar selama 3 hari . Aku dah pernah ke tempat org asli sebelum ni di Gua Musang dlm  beberapa tahun lepas. Kebanyakan org asli dah diberi kemudahan mcm. surau, generator atau elektrik bantuan kewangan dsb. Org asli mengamalkan kehidupan yg sngt simple. Makan, pakaian & tmpt tinggal. Diketuai oleh Tok Batin dan menjadikan hutan sebagai sumber pencarian rezki. Kebanyakannya dah Islam. Cuma pengamalannya msh blm sempurna mungkin kerana kurangnya  majlis taalim dan muzakarah bersama ustaz yg mursyid. Kebanyakan kerja diorang adalah mencari durian hutan, petai, rebung buluh dan menjual kraftangan asli.
    Tmpt  yg pg ni agk selesa skit. sbb  ad sumber air dan elektrik sbb dkt dgn highway. Rumah diorang dan surau pun diperbuat dr batu bata. Menurut diorang rumah ni diberi oleh kerajaan sbb kmpg lama diorg memasuki kaw, pembinaan highway. Alhamdulillah kt sini ad seorg asli yg telah bnyk menjalani dan kursus bersama Jakim yg fasih bacaan dlm solat dan boleh azan dan menjadi Imam. Tp menurut ustaz asli ni terdpt usaha lain yg cuba merosakkan akidah  org asli sperti di kg berhampiran Leryar. Sbb tu taggungjawab 'org x asli ' dtg kesini utk sama2 membuat usaha utk hidupkan amalan utk dtgkan kesempurnaan agama dlm kehidupan kita dan tempat rural mcm ni.
Sojuk tuu

Fresh air

Monday, 21 January 2013

My new home

 Keperluan asas kehidupan manusia ada 3 iaitu pakaian, makanan dan tempat tinggal. Kalo yg keempat mungkin kenderaan. Tapi kejayaan sebenar manusia apabila bawa agama yang sempurna  yang di bawa Nabi Muhamad S.A.W dalam kehidupan seharian x kira  apa keadaan sekalipun. Kalo x de agama  kehidupan manusia akan terasa kosong walaupun ada segala-galanya dekat kehidupan dunia ni.

  Alhamdulillah akhirnya dpt juga aku merasa duduk rumah sendiri  awal tahun ni. Keinginan nk beli rumah timbul bila mula dah blk tempat asal dan rs nk menetap kt sini. Beli rumah menerlukan perancangan  yang betul dan teliti sbb ia melibatkan kos yg besar dan ms yg pembayaran yg panjang.

Aku mula mencari rumah kat Taiping sejak awal tahun 2012. Mcm2 tmpt dan cara  aku cari. Kalo rumah baru kat Taiping ni rumah teres 1 tgkt  4 bilik dlm RM 158 k. Kalo 3 bilik dalam RM 130 k. Kalo rumah teres 2 tingkat plk dlm RM 178 k.  Semua bergantung pd design dan lokasi tempat.

    Lps buat  house scouting bbrp lm akhirnya terjumpa satu rumah  pd pandangan aku agak baik utk dimiliki. Korner lot  yg dikelilingi oleh kawasan hijau di sebelah tepi dan depan. Antara ciri- ciri rumah ni yg menarik minat aku adalah:

 -Mempunyai jiran ug baik dan friendly
- Ad sliding door utk memaksimumkan kemasukan angin dan udara
-Ad suasan hijau dan pemandangan menarik
-Satu tingkat. Utk safety dan kesian kat warga emas  nk panjat tangga
-Mempunyai jaringan jalan raya yg baik & ad public transport
-Mempunyai halaman dpn dan tepi tg boleh yg boleh diguunakan utk bersantai.
-X jauh dari bandar Taiping  dan Highway Changkat Jering-Taiping
-Dgr cerita ad satu tpk sedang dibangunkan TESCO x jauh dari rumah aku.

Monday, 14 January 2013

New year 2013

 Salam . Semoga berada dalam rahmat Allah. Sebelum aku mulakan apa2 aku nak flashback blk apa target aku tahun lepas. Blog ni pun dah bersawang. Ni baru nk cuci . Hujung tahun lps aku menghilangkan diri jap utk islah diri utk persiapan tahun ni.  Tahun lepas aku buat beberpa target Antaranya :
-Nak beli rumah
-Basikal
-Marathon
-Fitkan badan
-Kahwin
So this is resault early 2013
-Alhamdulillah rumah dah dpt kunci .cuma kena cuci dan tambah apa yg patut
-Basikal pun dah beli . Basikal lipat raliegh rege dlm RM7xx .Tahun ni br nk start cycling pelan2 .
  Aksesori pun dah ada
-Tahun lepas ada event marathon kat Taiping tp aku x join sbb dianjurkan oleh Rotary Club yg  sering di kaitkan dgn  freemason. Lgpun dia start pkl 4 pg . Biar btul
- Target 6 pac & jg mkn . Mcm x jalan jer  jer. 
-Kahwin?...No comment
Tahun ni plak trget
    * Usaha utk dtgkan kesempurnaan iman dan amal dlm hidup aku
    * Cuba libatkan diri dlm bisnes
    * Fitkan bdan. Azam tiap2 tahun
    *Beli easy rider . Vulcan @ Virago mayb
    *Kahwin bila tiba waktunya
..................................................////////////?????????????????????