Search This Blog

Thursday, 26 June 2014

Courses N Vacation 2.....Hotel heritage

 Kursus lg. Sejak  in charge bahagian inventori kena la pegi kursus 2-3 kali. Batu2 ni kursus dkt Hotel Heritage, Ipoh 3 h 2m. Hotel ni  terletak otw  nak ke Tmn Cempaka dr bandar Ipoh. Dulu ms bljr kat Ipoh selalu  nmpk hotel ni bila nk pg sekolah dlm bas. Design hotel ni biasa jer. Interior pun agak selesa mcm hotel lain . View pun cantik .Makanan pun not bad even aku rs the best food setakat ni  spnjg aku kursus utk tahun ni.  So far kursus berjalan lancar cuma lps kursus kena la siapkan  kerja yg  diberi. Anyway aku happy gak sbb  dpt  gak vacation utk rest kan minda  sekejap dr kerja harian...........
Nice n Simple

Mcm Dorm asrama pun ad. Tempat mkn dkt bwh

Monday, 9 June 2014

MyRide (Blue trueno) Maintainace and Fix...Part 2 (Absorber)

  Time cuti adalah ms yg plg best. Kita punya masa yg agak lapang . So aku gunakan ms ni untuk  upgradekan  performance kete aku. Part yg diupgrade adalah absorber . Absorber lama dh lembut. Maybe minyak dah leaking. Yelah kete dh lama mmg patut tukar pun.  Especially bila  dah upgrdekan enjin  dulu.
Antara effect absorber yg dh lembut adalah yg pertama tayar akan tersagat dengan mudflap bila bwk beban yg banyak atau langgar bumper.Ini boleh  mengurangkan jangka hayat tayar. Yang kedua boleh merosakkan komponen bawah kete especially tank minyak. Aku rs tank minyak aku bocor mungkin disebabkan absorber aku yg lembut  menyebabkan tank tu selalu tersagat bila kena bumper.
   Absorber yg aku beli  adalah Kayaba Gas Absorber. Harga dalam RM500 untk 4 set. Ni standard biasa jer. Selalunya  hardcore peminat kereta selalu guna adjustable hi/low & soft/hard absorber. Kelebihan adjustable ni adalah boleh adjust  nak lembut atau keraskan absorber. Tp harga standard adjustable  dlm RM 1900. Lg pun sekarang ada servis absorber yg mana absorber lama dpt digunakan blk dgn memasukkan blk gas atau minyak dlam absorber lama dan pateri tempat yg leaking. Absorber akan diservis mengikut kehendak customer  nak lembut  ke keras.Walaupun  murah tp aku rs better aku beli yg baru  x pening kepala. Tp absorber lama aku  aku simpan jgk. Mana tahu kalo nk pki blk boleh pergi tempat  servis absorber untuk  servis aborber aku. Lg satu tayar depan depan kanan aku selalu kurang angin. Check2 blk rupanya tiub dah rosak tukar setel masalah.
    Skrang handling dh ok. Sedap skit la berbanding dulu. Cuma lps ni ad satu major servis kena buat. Tuka timing belt sbb dh cecah 13x,xxx. Patutnya 100,000 dh tuka. Tgklah bila ad bajet dgn timing yg sesuai.     Yg lain msh tip top stkt ni....

Proses penukaran absorber

Kayaba Gas Absober mengantikan absorber lama

Sunday, 8 June 2014

Berbudi kpd Tanah.....

Tanah merupakan aset yg bernilai . Harga selalunya naik especially bila tempat strategik. Org dulu2 belajar x tinggi tp cukup bijak bila melibatkan hartanah. Sekurangnya ad tanah pusaka utk diwariskan kpd anak cucu. X mcm working klas skrg . Kdg2 mampu beli rumah yg x seberapa. Mlh ad yg terpaksa menyewa shj disebabkan kekangan kewangan. Nk beli tnh lg x mampu. Harga sekarang mencanak2 harganya. Walaupun mencanak  tp boleh di jual sbb ad yg sggp membeli.
    Sbb tu bg yg ad harta pusaka seboleh2nya jgn dijual harta tersebut. Buatlah apa pun kt tnh tu rumahke, bela kambing ke, berladang ke atau lain. Bila dh jual bkn sng nk dpt blik. Duit nk habis sekejap jer. Baru2 ni tgk tnh arwah ayah yg telah diusahakan oleh penduduk setempat kt Trong dlm 2 ekar. Sblm ni ni mmg berhutan jgk walaupun ad pkk rambutan sbb dulu kerja kt Johor x sempat nk usahakan. Skrg bila dh blk Taiping ad jgk ms nk tgk2 & upah org usahakan tnh ni. Sekrg plan nk tanam sawit jer.


Tanah yg dah dicerahkan  untuk penanaman sawit

Antara kayu  pokok rambutan yg terpaksa dikorbankan
Benih sawit  yg baru ditanam.

Saturday, 7 June 2014

Kejohanan Sepak Takraw MSSPk 2014

  Baru2 ni Kejohanan Sepak takraw dijalankan di Manjung, Bandar Maritim . Tahun ni kena jgk jd manager daerah LMS walaupun di tolak beberapa kali. Yelah  nak jadi manager bukannya senang sbb kena uruskan semua benda. Bermula dari pendaftaran pemain, makan minum ,penginapan, pengangkutan, perubatan semua kena tip top dan berjalan dengan baik.
   So far pengurusan berjalan baik sebab ada pembantu. Tp ad jgk insiden yg x dpt dielakkan  especially bila berlaku kecurian melibatkan pemain aku. Ad beberapa pemain yg kehilangan brg di tempat penginapan waktu main di venue lain. Nak buat cmna tempat penginapan adlh dorm asrama.
   Tp mcmna pun kekecewaan ini dpt ditebus apbila pasukan LMS dpt merangkul pingat emas utk 2 kategori mcm tahun lepas selapas menewaskan Sekolah Sukan Gunung Rapat b15 dan Kinta Selatan utk b18.. Selain tu dpt jgk anugerah killer dgn tekong terbaik setiap  kategori. Berbaloi jgk penat lelah setiap individu yg terlibat secara langsung atau tidak dlm pskn sepak takraw LMS 2014 dr pt, pengurus, jurulatih dan pemain. Semua memainkan peranan dgn baik. Tahniah pd semua..........

Taklimat sebelum game

Layout baju slps game

Thursday, 15 May 2014

Taiping Interseting Places 6...(Kuala Gula Bird Sanctuary)



  Kuala Gula terkenal sebagai tempat penghijarahan burung. Terletak kira2 50km dari bandar taiping.
Sebahagian daripada Hutan Simpan Paya laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan berlumpur. Menurut sumber kajian diadapati tempat ni menjadi tempat persinggahan burung dari bulan Ogos hingga April setiap tahun.
  Tempat ni memang sesuai  untuk orang menikmati keindahan hutan paya bakau dan kaki pancing. Im quit fishing already. Boleh gak crusing dengan bot mengikut masa dan bayaran tertentu.  Terdapat chalet untuk mereka yang ingin kelainan dan bermalam di tepi hutan paya bakau. Bayaran yg dikenakan dlm RM 110 hingga RM300 berdasarkan jenis, hari dan saiz. Terdapat juga restoren untuk mengalas perut dan menghilangkan dahaga.
   Baru2 ni saje dtg sini nk rest otak jap di samping ziarah sedara berdekatan. On the way nak ke sini agal sunyi skit tp best gak sbb jln lengang. Dulu pernah mancing kat sini dpt gak ikan gelama dan pari(tuka). Makanan kat sini pun not bad. Ad mcm2menu.


Welcome  to  Kuala Gula

Nive View.

Friday, 2 May 2014

Sport Week-Badminton & Sepaktakraw

 2 minggu yg meletihkan. Minggu pertama jd manager utk sukan badminton . Minggu kedua jd teknikal utk kejohanan sepak takraw. Anyway walaupun letih tp happy. Sbb dpt skip kerja jap.Kalo hr2 mcmni pun takpe. Badminton adalah sukan favourite kebnyakan orang. Mlh ada yg snggp byr coach utk jdkn anak mereka handal bermain badminton. Yela msg2 nk jd mcm Lee Chong Wei. Kejohanan badminton yg dijalnkan mnggunakan format kalah singkir.Permainan perseorangan atau single. So kalo mula2 dh kena lwn yg kuat mmg bungkus awal lah. Anyway aku puas hati gak dgn performance team aku  sbb  ada yg dpt melangkah ke pusingan ke 3 berbnding thn lepas yg hnya dpt msk pusingan ke-2. Nmpknya kena start train drpd awal lg utk  persiapan thn depan. Kena lbh intensif lg.
  Minggu ni pula  jd teknikal utk kejohanan sepaktakraw. Uruskan pemasangan net, dan persiapan tempat  dll. So far game berjalan lancar. Cuma bila msk pusingn separauh akhir dgn akhir perlawanan mnjd sengit. Perlawanan melibtkan  musuh tradisi Selama DHH dan Batu Kurau Sedaka . Dua 2 tempat ni mmg hardcore sepaktakraw. Ms game final  ramai yg turun termasuk org kampung msg2. Kira ni mcm "El Classsico" la. Game final berlanjuntan ke perlawanan ke-3. Setiap game menggunkan format mata 15.  Kemuncaknya pd perlawanan terakhir pd mata msg2 mengutip mata 13-13 apabila pskn Selama mnpt mata ke 14 tiba2  jurulatih pskn lawan mgamuk dan tendang kerusi alasannya bola yg masuk dikatakan out. Game delay gak dlm 10 minit. Akhirnya game diteruskan dan dimenangi oleh Selama DHHH. Bg aku sbg pemain dan pengurus kena profesional . Kalah menang adat permainan. Apapun bg aku dlm mana2 game yg penting semangat kesukanan bkn mng atau klh. Lbh baik kalah bermaruah dr mng tp lupa diri.

Badminton tournament

Team Mtg High bersama polis pencen

Monday, 28 April 2014

MyRide (Blue trueno) Maintainace and Fix

 Aku rs ni first time aku hantar maintainace kete aku dlm thn ni. Thn lps ad skali hantar repair aircond sbb compressor problem. Alhamdulillah aircond dah ok. Selain tu maintainace biasa jer tukar minyak hitam. Mlm smlm ad event kat masjid. Aku parking kawasan gelap dan berlumpur. Ms reverse x perasan ad mcm  ranting kayu kat blkg. Aku main redah jer. As a result tank minyak aku bocor mgkn terkena hujung ranting yg tajam mybbkan oil tank aku bocor. Bocor skit jer tp utk long term boleh kering minyak aku.
 .So far kete ni x pernah pernah mengecewakan aku. Speed mmg tip top. Pickup pun cepat. Bunyi ekzos pun lunak merdu bak buluh perindu. Cuma skrg dh tiba msnya nk servis atau tuka absorber sbb dah lembut. Timing belt pun dh boleh tuka sbb dh lbh 100,000 km.
  Tempat aku repair kete ni mmg famous kt Taiping utk buat body kete dan cat. Kerja dia mmg tip top dan cepat. Harga pun x mhl sngt . Semua total aku bukak tank, cuci ngan welding dlm RM 150. Dia bg waranty kalo jd apa2 jumpa dia blk.  Bg aku dlm servis  yg penting adalah kualiti. X guna kalo harga murah kalo customer x puas hati.

Jek and jerk

Tuesday, 15 April 2014

Made in Malaysia - Film

  Art is subjektif. Seni itu indah.  Untuk menghasilkan sesuatu indah bukan satu kerja yang mudah. Filem juga salah satu cabang seni.  Filem Melayu bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40-an. Sekitar 50-an - 60-an Jalan Ampas di Singapura dan Jalan Ampang di Malaysia, menjadi terkenal sebagai pengeluar filem-filem Melayu. Ramai pelakon yang berbakat mempunyai teknik lakonan yang baik dan menonjol pada masa itu seperti P.Ramlee, ,Nordin Ahmad dan sebgainya. Bagi aku setakat ni filem P.ramlee still evergreen dan terbaik  walaupun dah  berpuluh tahun lamanya
   Pada hari ini,dah banyak filem tempatan yg  bg aku 'not bad'  sbb masih ada nilai artistik. Bg aku filem yg terbaik x semestinya mencatakan kutipan tinggi atau mendapat publisiti yg bnyk. Ttp diingati  sehingga masa yang mendatang. Kebanyakn filem yg  yg hebat  dihasilkan berdasarkan realiti semasa atau filem rakyat. Bkn mcm kebnyakan filem skrg yg lbh memaparkan ilusi yg berlebihan. Kalo kaya tu melampau2 kayanya. Ad kereta  BMW, Merc dll. Anak Datok. Ad projek juta2 dll. Tp isi cerita"null".
   Selain tu filem tempatan turut dimeriahkan dgn filem indie.Filem bebas, atau juga dikenali sebagai filem indie, ialah filem yang dihasilkan kebanyakannya di luar dari  studia filem utama. Istilah ini juga boleh merujuk kepada filem seni (art film) yang berbeza dengan jelas daripada kebanyakan filem pasaran umum. Tambahan kepada ia dihasilkan oleh syarikat pengeluar bebas, filem indie sering kali dihasilkan dan/atau diedar oleh subsidiari studio utama. Untuk dianggap bebas, kurang dari separuh pembiayaan filem datangnya dari studio utama. Filem indie seringkali tidak dapat dibezakan dari kendungannya dan gaya dan cara yang mana artistik peribadi penerbit filem dihasilkan. Biasanya, tetapi tidak semestinya, filem bebas dihasilkan dengan belanjawan lebih rendah berbanding filem studio utama.Apapun semuanya terpulang kepada selera masing2. Msg2 ada minat msg2.  So this is my favourite malaysia film. Aku x senaraikan  filem P.Ramlee sbb semuanya ceritanya legend.

Filem Kami 1982
  Filem ini mengisahkan dua orang yang masih mentah usianya, Tookoo dan Din, yang melarikan diri daripada rumah penjaga mereka untuk mencari kebebasan dan rezeki di kota.  Terpaksa tinggal di bunglow usang beralaskan kotak, mencari botol kosong, mencuci kereta, mengutip sampah dan pelbagai pancoroba hidup demi sesuap nasi. Bg aku filem mcm ni menyedarkan kita bhw sewaktu kita enak menikmati McD terdapat segelintir manusia yg terpaksa struggle utk mencari sesuap nasi utk mengalas perut. Satu2nya filem Allahyarham Sudirman.

Kembara Seniman Jalanan
Filem ini diarahkan oleh Nasir Jani pd thn 1986. Mengisahkan  Bujang lakonan M.Nasir yang baru tiba di ibukota untuk mencuba nasib sebagai artis rakaman telah bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus (lakonan Pyan Habib) di Hentian Puduraya.Osman merupakan seorang penyeluk saku @ pencuri sepenuh masa. Pertembungan itu mengakibatkan dompet Bujang juga turut menjadi mangsa Osman. Terpaksa tinggal di Bunglow usang bersama Osman Tikus utk meneruskan hidup di kota dengan bermain muzik di tepi jalan sehinga diterima oleh syarikat rakaman indie @ bebas. Penipuan, rasuah dan hak cipta muzik, diceritakan Nasir Jani melalui Kembara Seniman Jalanan tanpa prejudis sedikit pun. Apakah untuk menjadi popular sebagai seorang penyanyi, kita perlu mencuri hak cipta orang lain yang bertungkus lumus berkarya dan merasuah para wartawan untuk membuat liputan terbaik bagi sesuatu album, sedangkan hasilnya adalah penuh dengan penipuan? Mungkin barangkali situasi tersebut masih lagi berlaku dalam industri muzik ketika ini?
Dari Jemapoh ke Manchestee
 Filem ini diarahkan oleh pengarah kontrovesi Hishamuddin Rais ditayangkan pd thn 1998. Filem yang berlatarkan zaman 70-an ini mengisahkan dua anak muda Yadi dan Mafiz dari sebuah kampung di Jemapoh N9  dalam perjalanan ke   England untuk mencapai hasrat masing-masing hnya dengan menaiki Volvo lama berwarna merah. Yadi ingin ke Manchester untuk melihat bintang  bola sepak kesayangannya George Best sementara Mafiz ingin mencari ayahnya seorang kelasi yang dikatakan berada di Liverpool. Dalam perjalanan itu, banyak halangan pahit manis yang terpaksa ditempuhi. Mesej utama filem ini adalah kejar impian msg2 sementara msh muda. Tiada yg mustahil

Tuesday, 8 April 2014

My Folding Bike

 Dah lama aku x naik basikal. Ms sekolah dulu selalu gak naik basikal . Ni jelah transport yg ada dan 'legal'. Nilah kenderaan nk pi sekolah, main,  mandi sungai, tangkap ikan ,pegi surau ,main bola dan ronda2. Kdg rasa letih jgk bwk basikal ni lbh2 lg bila bwk orang  tp ms tu x fikir sngt yg penting seronok. Basikal yg ada masa tu adalah BMX biasa jer. X de modified aper sbb ms tu instint nk modified belum ad.
  Sebenarnya aku dh lama dah beli basikal lipat ni. Cuma jrg guna. Jenama basikal lipat ni atau' folding bike' ni adalah Raliegh Ugo  7 speed. Harga dlm Rm 8** . Berat dlm 13 kg.Aku rs  plg jauh pun aku bwk basikal ni dlm jrk 12km ms program kembara merdeka. Dh lama x naik basikal ni. Kdg2 je naik pusing2 tmn. Basikal ni x mcm mountain bike atau road bike yg laju dan sesuai utk long distance. Size roda pun cuma 20" berbanding mountain bike dlm 26". So mmg  slow skit kalo bwk basikal lipat ni. Tp kelebihannya dalah ia boleh dilipat dan dimasukkan dalam kereta walaupun kancil. Kalo mountain bike mmg x boleh masuk dlm kereta kecik. Kalo letak kat bumbung bolehlah. Selain tu bskl ni mudah dibawa utk travel naik public transport seperti bas dan keretapi.
   Skrg naik basikal dh jd trend. Kdg2 mlm pun ada orang naik. Tp kena jg safety mcm pki baju terang dan psg lampu. Antara faktor utama org naik basikal  ni adalah utk jaga stamina bdn dan kuruskan bdn. Tp ada jugak yg  fanatik dgn dunia basikal ni dan snggp laburkan ribuan ringgit utk aksesori dan  beli brg2 basikal yg berkualiti utk kelajuan  dan ketahanan. Mlh kategori hardcore ni sering memasuki tournament dan event yg dijalankan dimana- mana. Apapun bg aku semuanya terpulang kepad individu  msg2. Bila dh minat soal duit jd perkara kedua. Yg penting kepuasan diri.


New from box

Sebaris dngn transport  aku yg lain

Saturday, 5 April 2014

Taiping Interesting Places 5.......(Perpustakaan Awam Taiping)


   Membaca jambatan ilmu. Dulu aku minat membaca. Selalu gak pg kedai buku tgk apa buku yg best yg boleh dibeli. Selalunya buku yg aku beli lebih kepada motivasi dan komik. Skrg still jgk pg kedai buku tp dh kurang membeli mcm dulu.  Mngkin kekangan masa utk membaca atau skrg dah ada kemudahan online utk membaca. The best places utk membaca adalah perpustakaan. Alhamdulillah di Taiping ad perpustakaan  yg indah  dan mesra pengguna.Aku selalu jgk pg perpustakaan ni utk baca surat khabar dan majalah. Dibuka  setiap hari dari pukul 9 pg smpi 5 ptg.Cuti hari Isnin dan cuti awam. Hari Ahad buka dr pkl 9 pg hingga pkl 1 ptg.
    Pada asalnya bangunan kerajaan ini pernah menjadi premis Charted Bank of India, Australia dan China yang kemudianya dikenali sebagai Standed Charted Bank yang telah membuka agensinya di Bandar Taiping dalam tahun 1888. Ia telah disewakan kepada Charted Bank dengan peruntukan permulaan sebanyak RM40,000.00 . Pihak majlis Bandaran Taiping telah menjadikan bangunan ini sebagai Perpustakaan Peringatan Merdeka. Ia telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak pada ketika itu, yang bernama Almarhum Sultan Almutawakkil Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Kaddamsallah pada 5 November 1966. Pada Januari 1967, ia telah dibuka kepada orang ramai. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengambil alih pentadbiran perpustakaan pada 1986 dan dituka namanya kepada Perpustakaan Awam Taiping. Pada tahun 1990, bangunan tambahan telah dibuat dan siap dibina dan dibuka setahun selepas itu. Ia merupakan salah sebuah perpustakaan cawangan terbesar di negeri Perak.
   Bg  aku  membaca adalah slh satu cara  utk mendapatkan ilmu. Bahkan ayat pertama wahyu yg diturunkan kpd Nabi Muhamad S.A.W adlah Iqra'. So kita kenalah bnykkan  membaca terutamnya Al-Quran iaitu manual kehidupan manusia dunia dan akhirat. Bahkan kebnyakan teknologi yg kita pki skrg ni bnyk yg diambil dr Al-Quran samada kita sedar atau tidak.


Ruang membaca surat khabar dan majalah yang selesa. Kat sini la aku cari  iklan kerja termasuk kerja  aku skrg dlm paper. Skrg semua  iklan kerja dah online.

Ruangan membaca kanak- kanak

Wednesday, 2 April 2014

Grand Kampar Hotel

Cuti br ni mmg x de niat pun nk pg vacation. But anyway dpt gak aku pg vacation on duty dngn izin Allah sbb kn pg bengkel  kt  Hotel Grand Kampar selama 3H 2mlm.  Bengkel ni dibuat utk sipakan plan bangunan ngan maklumat plan utk inventori aset. Bengkel ni x striaght sngt.  Pg hari kedua dah siap. So bila dh siap boleh buat xtvt bebas. So apalagi jln2, mkn ngan lpk hotel smpi besok pg. Roomate plak ptg tu dh blk sbb kerja dh siap .So lpk sorg2 kt bandar kampar ni smpi pg esok  br chekout.  So far  hotel ni not bad berbanding hotel lain. Selesa dan sejuk.. So far ok gaklah skrg-krgnya dpt gak aku pg vacation  ni tanpa guna kos yg bnyk. Minyak ngan tol pun boleh claim.

Standard hotel deco

Sejuk dan Selesa

Hotel Grand Kampar

Wednesday, 26 March 2014

Home Deco

  Cuti ni mcm x de xtvt nk di buat. Sebab  utama adlh baru recovery dr berjimat lps repair rumah. Bln lps mmg prs2 hidung jer saving. Mujur x de  ape2  major problem. So aku rs azam aku tahun adalah berjimat. Dah x nk beli benda merapu lg & kena kurangkan traveling. Nmpk mcm sng tp bila saving dh bnyk mulalah kelabu mata. Hopefully azam aku berjaya tahun ni. Aku rs aset utk diri aku ni kira cukup kut ada  motor , kereta, basikal, rumah, laptop, netbook, jam tangan , baju, seluar, henset dan seumpanya dh cukup kut. Beli bnyk brg pun nnt bnyk pulak kena hisab lbh2 lg bila beli brg x pki. Tp yelah manusia ni selalu klh dgn nafsu. Bila dpt satu gunung emas msh nak satu lagi gunung emas. Mmg x pernah cukup. Gaji RM 10,000 pun x ckp kalo  berbelanja ikut nafsu.
    Skrg brng pun dah mahal. Kalo mkn nasi kat kedai harga kdg xmasuk akal. Nasi + sayur + Daging/Ayam/Ikan + Air selalunya RM 6-RM8. Kalo harga mcm ni baik mkn KFC atau McD terus lg puas hati. X dinafikan ada juga kedai yg murah tp bilangan x bnyk. So kena pndai2 pilih keai sebelum membeli.
Cuti ni cuma aku kemas rumah dan cuba buat lanskap ruang yg ada dlm rumah aku. Mula2 kn buat kawasan berumput dulu. Nmpk mcm sng tp letihnya mcm kerja kontraktor buat bangunan. Lbh2 lg bila nk pindahkan  tanah ketempat jauh. Terpaksa guna pongkes untuk angkut tanah, Apapun bagus gak xtvt ni boleh gak keluar peluh dan pecahkan lemak yg dah lama berkampung kat prut aku ni. Lps ni nk kena cuci sliding door pulak.


Tanah lebihan hasil renovation pagar tempohari





Rumput yg dibeli untuk buat lanskpa. Sekeping RM5. Mhl btl

Tuesday, 11 March 2014

Half boiled egg

 Baru2 ni beli alat membuat telur separuh masak. Saje2 nk try buat sendiri.So far ok gak hasilnya lbh kurang mcm kat kdi kopi.  Sebelum ni cuma beli kat kedai jer. Teringat ms tinggal kat Kluang dulu bila lepak ngan member selalu order telur separuh masak ni kalo lepak kedai kopi . Kdg2 order roti bakar. Aku rasa kalo sarapan menu ni dah cukup sebelum lunch.
   Aku rasa telur adalah sumber tenaga mudah disamping mempunyai protien yg tinggi. Even ms daki Kinabalu dulu diet yg dibekalkan adalah 2 biji  telur rebus , limau ,pisang dan air mineral. Malah  telur menjadi souviner kalo pegi kenduri. Tp skrg ramai yg gantikan ngan gula2 yg  kurang menyihatkan. Antara khasiat telur :

  • Makan telur boleh membantu anda untuk kurus!  Mengikut kajian Surrey University, jika kita semua makan telur sewaktu sarapan, kita semua berupaya untuk tahan lapar lebih lama kerana telur memberi kesan kenyang yang berpanjangan. sekaligus boleh mengurangkan potensi mendapat kegemukan/obesiti. 
  • Telur sebenarnya rendah  kolestrol dan tinggi protien serta khasiat- khasiat  lain yang penting seperti vitamin D, B12, selenium dan choline
  • Telur baik untuk mata dan megurangkan risiko katarak
  • Baik untuk kesihatan rambut dan kuku
  • Tingkatkan kesihatan otak dengan choline yang terdapat dalam telur. mengurangkan risiko nyayuk
  Apapun  kebaikan telur ni bergantung kepada cara penyediaannya . Yelah kalo kalo asyik2 goreng jer konferm lah bnyk lemak. Lgpun dgn menggoreng akan mengurangkan khasiat telur ni. Kalo nk goreng pun gunakan sedikit jer minyak atau x pki minyak langsung atau buat scramble egg + lada hitam. Perghh

Ok gak hasilnya. Mcm kt kedai kopi Oldtown


Alat untuk membuat telur  separuh masak. Ad sukatan kat tepi bergantung kepada jumlah telur yg di rebus


Tuesday, 4 March 2014

Renovate house 1


  Rumah antara  aset yg plg 'renyah'  utk dpt. Yelah nk dpt rumah proses amik ms dkt 6 bln kalo pki loan kerajaan. Tp bila pki loan bank biasa  mugkin sebulan 2. Harga pulak skrg mmg membunuh. Semakin hari semakin meningkat bukan  semakin menurun. Mungkin ada yg menurun kalo lokasi yg x strategik dan sebab lain tp percentage dia kecil. Harga bahan binaan pun semakin maningkat. Sekampit simen dulu Rm 14. Lps tu naik Rm17. Skrg dah naik dlm RM19. Tu blm besi  dan lain2 brg.
  Baru2 ni aku renovate rumah. Bkn sebab nk mencantikkan rumah tp 'terpaksa' sbb  kawasan longkang belakang ngan tepi dinding konkrit dah turun & merekah. Aku perasan bila ms nk buka gate belakang x boleh sebb gate tu dah turun dan stuck. So utk safety nk x nk kena repair gak utk keselamatan long term. Rupa2nya longkang belakang ngan tepi rumah dah merekah ,so air dpt mengalir di kawasan tepi rumah dah melonggarkan struktur tanah.
  Kontraktor pki kontraktor Bangla. Pernah gak pnggil kontraktor melayu. Tp dia dtg ukur lps tu sibuk  dan tp pernah dtg walaupun dah follow up bnyk kali. Bangla ni  dh hustler dlm pembinaan sbbb bnyk tahun kt Malaysia. Sebelum ni pun dia pernah renovate bilik air aku. So far cepat dan hsl kerja yg memuaskan.
   Dia bg cdngan kalo nk renovate dia akn buat yg terbaik. Waranty setahun .Selepas perbincangan ngan dngr idea dia aku setuju. Mula2  mskkn kayu bakau dlm 3 meter sebagai piling. Backhoe digunakan utk mengorek longkang dan membenamkan piling kayu bakau. Lps tu buat 'beam' masukkan besi, konkrit dan batu dlm ketinggian 1 meter.  Lps tu baru susun bata. Bata merah digunakan berbanding bata putih sbb thn . Aku tgk bata ni diturunkan dgn hidraulik dr lori x pecah pun . Mmg thn. Lps tu  tukar semua longkang dgn longkang baru. Tempoh renovate dlm 3 minggu lebih.
    So far aku puas hati gak dgn renovation ni. Hbs gak simpanan aku selama ni. Redha jelah. Mgkn ad hikmah yg tersembunyi. Apa pun aku puas hati sbb berjaya membuat payment x pinjaman. Aku rs rumah yg x de org duduk mcm  org x de roh . Lm2 dia akn menyusut walaupun rumah baru. Mgkn lps ni aku kn spent bnyk ms kt rumah ni supaya rumah ni ada 'roh'. Ye la aku jrg duk sini .Aku rs dh tiba msnya aku cr org rumah plkk. ...........Tp kn start simpn  blk  dlm bln 3 dan control diri dr beli benda yg x faedah.

Pagar lama ngan lomgkang di buang. Kayu bakau dlm 3m di piling utuk asas yg kukuh

Pemasangan beam. Campuran besi , batu ngan konkrit


Pemasangan bata merah. Thn bata ni berbanding bata putih

Monday, 17 February 2014

Jalan- jalan Cari Makan Taiping....(pt 4).. Ketam Masak Cili

  Kawasan Matang dan Kuala sepetang terkenal dgn beberapa kedai makan yang popular. Kebanyakan orang ramai tahu Mi Udang . Tp sebenarnya bnyk lagi  kedai mkn yg popular dan unik kt kawasan ni yg ramai x tahu. Antara  favourite aku  adalah Kedai Makan Asroza yg popular  dgn  masakan ketam masak cili. Kedai ni terletak di Matang Gelugor x jauh dari Kuala sepetang.
   Kebanyakan  regular pelanggan kat sini akan memesan dulu menu ni sebelum pergi sebab ketam ni di masak apabila di pesan untuk mengekalkan kualiti kepanasan masakan. Kalo nak order ms smpi pun boleh tp kn la tunggu skit. Kedai ni spesial sbb masih mengekalkan ' harga kampung' sebab market dia lbh kepada penduduk kampung berbanding Mi Udang yg lebih kpd market seluruh Malaysia yg lebih mhl. Lokasi  kedai ni tersorok skit. Tp masakan dia mmg superb  sbb ketam fresh dan kuah yg pekat dan lazat. Harga pula dlm RM2-Rm4 bergantung pada saiz. Selalunya kalo mkn dua orang 3 ketul dah cukup. Ketam selalunya dimakan bersama ulam. ........Marvelous..
  
Masakan Ketam bercili yg superb

/Lebih sedap di makan panas2...Perghh

Sunday, 16 February 2014

Pisau.........1


   

  Pisau  adalah senjata  yg plg mudah dan lama  digunakan oleh manusia. Zaman  dulu mungkin pisau diperbuat dari  batu. Revolusi  penghasilan  pisau  berubah -ubah  dari semasa ke semasa sehingga pisau dihasilkan dari besi. Sebenarnya kualiti pisau bergantung  pada  jenis  besi  yang digunakan. Antara  besi  berkualiti  yang sering digunakan dalam  penghasilan  pisau  dan parang  ialah besi paku keretapi lama, spring  kereta  yang berkualiti, bajak jentera, mata pemotong besi dll.
  Pisau x mcm  senjata api  yang lain yang berisiko  untuk jammed atau rosak . Selain itu ialah adalah  senjata  yang  senyap  dan  sesuai  untuk  operasi stealth atau  penyusupan. Pisau antara keperluan  utama  semasa  survival  di  dalam  hutan.  Pisau menjadi trademark pasukan khas  atau komando. Mereka  ditauliahkan pisau dan beret sebagai tanda  mereka telah  lulus ujian dan bersedia memikul tanggungjawab untuk menjalankan  apa   jua misi  untuk  mempertahankan negara.
   Pisau juga  mempunyai signature individu tertentu. Setiap pisau mengambarkan karekter  individu tertentu. Apa pun pisau ni bermanfaat kalo digunakan  dengan tujuan baik dan akan jadi mudarat  jika digunakan  untk tujuan  tidak  baik. So kat sini ad  beberapa list pisau yg popular-....


Pisau Bear Gryll-Man Vs Wild
  Pisau yg sering digunakan oleh Bear Gryll utk Siri Man Vs Wild yg menceritakan bagaimana untuk menjalakan aktiviti ikhtiar hidup dalam pelbagai lokasi dan situasi. Beliau merupakan bekas pasukan khas SAS. Disertakan dgn fire starter iaitu penghidup api dalam pelbagai cuaca. Berwarna oren untuk mudah dikesan.


Pisau Rambo-Rambo1 First Blood
Pisau legend dalam movie Rambo. Bersaiz agak besar. Mempunyai  mata  gergaji  untuk memotong kayu besar. Mengandungi pelbagai alatan survival dlm hulunya. Antaranya ialah  mancis tahan lembap, mata kail, jarum dan kompas di hujungnya.

Monday, 10 February 2014

Taiping Interesting Places 4......Burmese Pool

  Kat Taiping ni ad bnyk tempat mandi air bukit  yg fresh dan menarik. Lebih kurang ad 4-5 tempat mandi yg ad kat sini .Tmpt yg sering  menjadi kunjungan orang ramai  adalah  Burmese  Pool  yang  ada  terletak di bandar  Taiping. Tempat ni  mmg rami ms cuti  dan  hunjung  minggu. Terletak x jauh dari  lokasi  Kolam  renang Maxwell yg aku dah review  sblm ni.
   Kat sini dah  ad  mcm2 kemudahan untuk keselesaan  pengunjung mcm tandas, restoren, kedai cenderamata  dan lain2. Setiap  parking  kereta  dikenakan  bayaran rm2. Deruan air lata yang sederhana laju menerjah batuan besar menghiburkan halwa telinga di tambah suara unggas rimba memberikan kedamaian dan ketenangan semula jadi. Bagi pencinta alam, meneroka di hutan sekitarnya cukup menakjub­kan kerana mereka bukan saja menemui pel­bagai flora hutan, malah berpeluang mendekati pelbagai spesies fauna. Justeru, tidak sah rasanya kunjungan ke Taiping jika tidak merasai kesejukan air terjun di Burmese Pool serta tempat-tempat lain di situ.
    Kawasan tempat mandi kat sini  ad yg cetek dan ad yg dalam . So kena pandai2 "ukur baju di badan  sendiri".Bagi memudahkan pengunjung sampai ke kawasan atas air terjun, sebuah jambatan juga dibina di situ.Apa2 pun  keselamtan perlu diutamakan  bila cuaca mendung dan hujan turun  kawasan mandi mcmni perlu ditinggalkan segera untuk mengelakkan "kepala air" mengganas menyebabkan air tenang menjadi laju dan keruh. Yelah Taiping kan tempat plg bnyk hujan kat Malaysia ni. ...

Kawasan burmese pool yg cetek

Jambatan lama merentangi Sungai

Port  chantek utk mandi. Kawasn hijau tu tmpt dlm

TLDM Lumut Navy Malaysia -Junior Summer Camp.....Part 2 (PASKAL)


    Pasukan Khas  Laut  atau  PASKAL merupakan  pasukan  elit  dari  Tentera  Laut Diraja  Malaysia.Unit ini juga diperkatakan  sebagai  pasukan elit no.1 di  Malaysia  kerana  terkenal  dengan  sistem  persenjataan, taktikal  dan kelengkapan jauh  lebih  moden  daripada  pasukan  elit ATM dan  PDRM. Memulakan  operasi  pada 1 Oktober  1980  dan  menjalankan 3 cabang  operasi  meliputi  darat  ,udara  dan  udara.Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.
    Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.
     Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.
  Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.Antara  kejayaan  PASKAL  yg menjadi  kebanggaan negara adalah bila dpt mengalahkan Lanun  Somalia  yg cuba  menawan Kapal dagang Bunga Laurel 5 di Teluk Eden yg menjadi  sebutan dlm  media massa bukan sahaja di Malaysia  malah media luar negara.
   So bila ada peluang melawat  tempat latihan PASKAL  adalah "dream come true" bg aku. Bg aku dlm bnyk aktiviti yg dibuat dlm  Perkhemahan ni aktiviti ni plg best sekali. Pegawai NAVY yg join kem ni pun bgtau aku ni first time dia dtg tempat ni sbb bukan sebrangan org boleh msk. Kt sini diorang x pun ceritakan latihan ngan misi  diorang. cuma diorang tunjukkan skil ikhtiar hidup seperti mcmana nk msk dlm hutan, nk buat perangkap , shelter, tumbuhan yg boleh dimakan dan  jungle  tracking. Untuk Keselamatan anggota PASKAL gambar  tidak  di ambil secara  terus  memaparkan wajah mereka. NI baru genggampisau  yang sebenar.


Pintu gerbang ke tempat Latiahn PASKAL


Stretching dan warm up sebelum  jungle  tracking
Jungle  Tracking
Taklimat  tentang survival di  hutan

Sunday, 9 February 2014

TLDM Lumut Navy Malaysia -Junior Summer Camp.....Part 1

 Hujung tahun lepas  aku berkunjung ke Pengkalan TLDM ats misi  y membawa  pelajar2 "bertuah" atau "aktif" utk didisiplinkan mengikut  disiplin ketenteraan ATM dan polis   . Pihak keselamatan  negara  yang  terlibat  seperti  Tentera darat, Tentera Laut ,Tentera Udara  dan Polis  berganding bahu bersama-sama  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  KPM menerapkan disipilin  pihak beruniform utk  pelajar ini.
  Bg ini  ini  satu  inisiatif yg  baik  sebagai salah satu alternatif utk  mendisiplinkan  pelajar yg  sngt istimewa ini. Kem ini  diadakan  di pengkalan TLDM Lumut iaitu  pengkalan TLDM  yg terbesar  di negara  kita. Kem  sebelum  ini  diadakan di  PULAPOL Ulu Kinta, Ipoh kalau  x silap  dimana  pasukan komando polis VAT 69 turut dilatih di sana. Mungkin di masa  yang yg mendatang  kem ini  di buat  di Kem Tentera  Darat  atau di Kem  Tentera  Udara.
    Sebaik  sahaja tiba di pitu hadapan kami disambut  oleh   seorang pegawai TLDM  iaitu Encik Hilimi  yg bertgjwb  sbgi jurulatih utk  pelajar.Kem  tentera  x boleh masuk  ikut  suka  hati. Perlu kepada  kebenaran  atau  pas  lawatan yg dibenarkan. Kami  kemudian  dibawa  ke dewan dan  berkumpul  bersama- sama  pelajar  lain.Sebaik  tiba  di sana  operasi  spotcheck terus dibuat  kepada  beg  pelajar  dan badan peserta  untuk  memastikan  pelajr tidak  membawa  bahan  terlarang  seperti  rokok dll. Telefon  bimbit  di tanda dan dirampas  dan  diserahkan  kepada pihak  yg  bertanggungjawab.
    Pelajar  diberi  taklimat   dan  diberi  brngn percuma  seperti  t-shirt, bag, traksuit, buku  dan  pen. Pelbagai aktiviti  yg  dibuat bermula dgn fitness waktu pg.Lawatan  dan pameran pada waktu tengahari. Berkawat  dan  bersukan pada  waktu  petang  dan  taklimat  serta  ceramah  pada  waktu  malam. So far  aktiviti berjalan lancar termasuk  aktiviti torturing pada pukul 12 mlm  kerana  pelajar  bising pada  waktu  malam. "Naik motor"  atau  half squat  adalah  denda dikenakan atas  kesalahan  mereka. Mereka juga dienda utk  membersihkan  kawasan  kediaman  sehari  sebelum  pulang. Hambek ko. Main2 dgn geng askar kan dah kena.
  


Spot check  sebelum kem bermula. dilakukan oleh NAVY
Kerjasama antara 3 pasukan keselamatan dalam mendisiplinkan pelajar istemewa ini.
Fitness  setiap pagi

Wednesday, 5 February 2014

Taiping bike week

  Skrng ni  motor besar dah jd trend masa kini. Mungkin  harga  motor besar ni skrg dh murah dan macam -macam pilihan dari brand motor yg popular x mcm dulu. Kalo ikut trend skrang kawasaki yg mendominasi  pasaran motor besar tempatan. Bermula dengan kawaski 150 rr, ninja 250r, z250r , er6-n, er6-f, z850  hingga  z1000. Kalo model lain pulak x bnyk sngt model berbanding kawasaki. Tp  model favourite aku adalah Honda dan Yamaha sebab aku pernah pki honda EX5 dan Yamaha lagenda 115. Mmg puas hati x bnyk problem . Aslkan jaga minyak hitam cukup. Plg jauh aku pernah travel naik motor adalah dr Taiping ke Ipoh. Jarak perjalanan dalam  60 km. Ok jer.Motor yamaha lagenda aku msh digunakan sehingga sekarang.
  Thn lps Bandar Taiping mengadakan Taiping bike week bermula hari Jumaat hingga Ahad. Mcm2 jenis motor ada. Ada superbike, touring bike, easy rider, 2 stroke bike , cup dll. Kat sinilah bikers akan menghabiskan ms berkumpul sambil berkongsi minat masing2 tentang motorsikal masing2. Aku meminati motor2 lama mcm kawasaki Vulcan 500 ngan  kawsaki ninja ZXR 250  dua2 skrng market dlm RM 10000 . Kalo motor baru  1st   choice adalah  Yamaha  xj6  600cc 4 piston . Harga  dlm RM 38,000 cash.Top speed dlm 200 km/h. 2nd choice adalah kawasaki z250 2 piston. Top speed dlm 170-180 km/h. Harga dlm RM 21,000 cash. Tp tu semua  cuma  angan 2 jer kalo ada duit lebih. Apa pun aku kena utamakan priority dlm hidup aku.Beli motor  berkuasa  tinggi jatuh ranking no 4 dlm priority aku.

Virago 535 . Jgn ragu -ragu menunggangnya
 Kawa ER-6F. Tp banyak yg pki jenis ER-6N . 600cc